Monday, May 30, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 9

Sepatutnya minggu depan adalah final, tetapi disebabkan sambutan yang menggalakkan dan bagi menggantikan 2minggu disiarkan percuma di saluran Astro Prima 105 dulu maka ditambah lagi 3minggu.
Minggu ni Balas terkeluar, mungkin Astro dan barisan juri sudah tidak tahan lagi dengan 'lawak masa depan' spt kata Mamat Khalid. Saban minggu Balas menggunakan lawak lucah atau double meaning sebagai kekuatan utama, bukan kedua atau ketiga menyebabkan kumpulan itu terkeluarminggu ini, tiada tanda2 perubahan akan Balas lakukan jika masih kekal hingga ke final.
Minggu ini, mereka berpasangan dengan artis undangan. Ada yang memilih artis yang betul2 pelawak dan pelakon komedi biasa. Cabaran minggu peserta perlu menyesuaikan diri dengan bukan kebiasaan apa yang mereka buat sebelum ini, dan ternyata nampak ada sikit goyang dan kelam kabut pada semua peserta, lebih lagi yang baru2 ni.

Penilaian aku minggu ini (by Youtube);
1. Jambu & Achong (Sweet Child) -Dengan lawak internasionale. Aku kurang minat lawak Jambu minggu ini. Tapi respon penonton dan punchline yang menjadi aku letak dia no1 minggu ni.
2. Sepah & AR Badul -Memang susah nak control otai Badul ni. Sepah berjaya. Cuma biasalah kelam kabut minggu ini sebab partner yang takde perasaan bertanding ni lain.
3. JoZan & Komala Devi -Pengisiannya tak kuat. Zizan dengan watak Mail Lambung, Johan agak kurang menjadi meniru gaya Mamat Khalid.
4. R2 & Sathiya -R2 dengan lawak lawyer buruknya bernasib baik kerana mendapat pelawak berkaliber spt Sathiya yang banyak membantu.
5. Nabil & Sharifah Shahira -Malang Nabil, partnernya kaget sangat sampai aku yang menonton turut kaget, macam kagetnya penonton tengok Amir punya show. Nabil terpaksa buktikan lagi dia boleh melawak bukan secara solo.
6. Balas & Bell Ngasri -Balas tersingkir. Pergh tengok lakonan Bell kalah Yus. Itu jugalah point tersingkirnya kumpulan Balas kerana tahap lakonan budak sekolah begitu ketara.

Keseluruhan minggu ini tidak menarik.

No comments:

Post a Comment