Monday, March 29, 2010

Bintang Porno Ke Presiden MCA

Tahniah MCA kerana telah memilih Bintang Porno sebagai Presidennya. Dan jangan terkejut nanti kalau mereka boleh terima kaki liwat sebagai Perdana Menteri.
MCA sebenarnya telah lama dipimpin oleh bayang2 dibelakang, agendanya antara lain untuk melemahkan parti utama yakni BN dan kerajaan Malaysia umumnya.
Siapa yang menjadi presiden adalah tidak penting bagi mereka. Bengong!

Wednesday, March 24, 2010

Lubok 4

Baca dulu : Lubok 1
Baca dulu : Lubok 2
Baca dulu : Lubok 3
10:10PM - Setelah ditimbang2 kena juga balik dan berkemas dan salam perpisahan lalu keluar. aku tengok rumah2 kampung semua dah gelap, kalau KL masih siang lagi. Singgah kedai makan dijalan besar. dari jauh sayup2 terdengar suara orang menyanyi. Sedia menunggu ipar Bri termasuk geng Osama Laden tadi, serta sedara-kawan sekampung. Tanpa berlengah aku tulis ‘Gersang: Masih Aku Terasa’. Pergh 12 lebih baru dapat menyanyi, menunggu punya lama. Aku tak peduli siapa punya lagu yang tak bertuan aku belasah, tinggi tak tinggi. Waduh! Apahal tangan bergoyang pula, ini penangan jadi tukang besi tengahari tadi ni.
01:15AM – Setelah puas hati, bergerak mencari stesen minyak, Kuala Krau tutup, Temerloh tutup, sampai Mentakab baru jumpa, menggelabah takut sangkut tengah jalan. sape nak tolong. Aku tambah lagi RM10.
02:00AM – Menuju ke tol Temerloh dan menyusuri highway ke KL menjunam turun bukit pula. Berhenti kejap ditol Karak mata silau berpinau2, macam tak berapa sedap badan, tekak loya. 5 minit terus gerak. Dan kami janji singgah di perhentian Gombak.
03:30AM – Berpecah di MRR2, Perhentian Gombak dah tutup, terus saja balik. Mat Bri ke Pandan.
04:00AM – Ke Puchong dan terus tidur, nak buka laptop pun mata tak terangkat, sekali tidur diringi musik karaoke dari dengkur budak serumah. Aku layan je. KGGRRRRRR..
Itulah percutian singkat yang tak dirancang tapi sangat, terasa macam 3 hari punya aktiviti & berjalan lancar. Cuma, kebiasaan kalau berjalan dengan kereta sendiri aku bawa biarlah complete. Campakkan je dalam kereta tu, takde siapa nak marah. Lainlah kalau naik bas atau flight, itu kena simple. Rancanglah ala kadar, bersedia dengan masalah dan mesti cepat buat keputusan. Alkisah nya..

Tamat cerita Lubok..

Tuesday, March 23, 2010

Lubok 3

Baca dulu : Lubok 1
Baca dulu : Lubok 2
12:15PM – Minum dulu kat kedai makan, basahkan tekak yang haus. Tengahari terik di musim panas kemarau, memang syok pekena air sejuk. Ke kedai komunis beli racun dan bahan2 ladang dan kedai pancing cari google. Balik rumah makan tengahari, sekali lagi, memang menyelerakan lauk dan ulaman kampung, fresh. Dan selama ini biasa dengar lirik lagu ‘sayang kepayang’ atau ‘mabok kepayang’ nyanyian Ahmad Jais, kini baru aku merasa buah kepayang. Lemak macam rasa umbut kelapa pun ada, tapi tak kena gaya buat boleh mabok. Badan dah berbau dan penat, mandi dulu, fuh segar betul lepas solat zohor jama’ letak je kepala terus jalan. Yang lain main PS2 game bola, tak boleh layan aku.
02:45PM – Bangun, berpeluh2 badan. Mandi lagi. Minum lagi. Makan lagi. Tukar baju mandi, kami berenam dengan 4 biji motor menuju ke ladang kelapa sawit, merasa juga bawa motor lalu belukar bagai. Macam bawa scrambler dilanyaknya kapcai itu. Sampai berbirat kaki tangan dan mukaku dilibas semak-samun. Jalan turun naik bukit berbonggol kecil, melantun-lantun dibuatnya. Ternampak ada 3 biji motor dihilir lubok sungai. Dah ada orang datang dulu terdengar Jojo kata.
Sekumpulan orang asli sedang asyik menembak ikan pakai panah lastik, tapi seorang tu aku tengok macam pegang pistol. Banyak juga hasil ikan sungai mereka dapat aku tengok yang di satekan pada anak panah panjang itu.
Sampai lubuk tersebut, tempat semalam mereka dapat 3 ekor kelah dan beberapa lagi sebarau sebesar peha. Harap hari dapat lebih lagi. Sedang Jojo dan Andak khusyuk masukkan bahan2 ke dalam besi yang kami potong pagi tadi dan di ikatkan plastik dengan getah tayar yang kelihatan membonjol, dan wayar yang diukur tepat didalam batang besi itu barulah di matikan dengan ikatan bonjolan bahan disebelah satu lagi. Tiba2 angin kencang kuat diikuti dengan hujan renyai, apakah ini tanda baik atau tidak.
Ha pedulikan! Setelah bahan semua siap, akhir sekali wayar panjang yang disambung antara batang besi dengan tangan Andak, bersamanya bateri motor kapcai Jojo. Lalu Jojo campakkan besi kedalam lubok dan Andak yang sedia menunggu wayar yang bercabang dua itu dilekatkan dikedua tombol (+ -) bateri motor. Apalagi BOOOMMM.. Itulah dia..
Kuat tu tak lah juga macam bunyi meriam lemas je, tapi kalau atas darat double bunyi meriam besi gamaknya. Apa taknya, besi yang kami kerat tadi dah bersepai tak tahu mana pergi.
Sejurus itu seekor demi seekor timbul, apalagi kami yang tukang perhati dari tadi giliran kami pula bekerja, terjun ke air kutip ikan2 yang mula menggelupur di permukaan. Cepat2 masukkan dalam sauk.
Tunggu lagi 15 minit kot2 ada sisa lagi, sampai puas hati baru cari lubuk lain. Hasil memang kurang dan semua yang timbul anak2 je, mungkin tadi orang asli dah menyelam tempat tu ikan dah lari atau semalam dah kena besar peha, so ini hari ikan yang cedera pergi hospital, lawak Den. Kena cari hospital ikan, nampak gayanya.
Setelah lubuk pertama gagal, cari lagi lubok lain. Kami ke hulu lagi, meredah segala semak samun dengan motor, Lagenda lagi tu. Itu kalau di KL pantang nampak habuk dipolish sungguh.
06:30PM – 3 biji besi dah digunakan satu lagi sedekahkan pada orang kampung, hasil kurang, betullah ikan dah lari atau bau minyak rambut dan perfume orang KL kuat sangat habis lari ikan semua.
Pulang hampa dan minum teh O cicah biskut jagung serta kuih cakoi.
Di laman anak buah Bri bermain badminton, semangat Chong Wei nampak! Mandi kasi segar sikit badan tapi sengal2 badan tak mahu hilang. Aku & Din terlelap keletihan senja buta itu.
Layan diari AF & berita utama melalui Astro, wow pakejnya penuh dah macam kedai mamak di KL, dahsyat kalah rumah aku, potong sampai 39, kalau ada pakej RM10, aku rasa nak tukar, tak terlayan.
08:45PM – Makan malam ala kampung, ada sayur pucuk paku yang Den petik tepi sungai tadi. Dan lepas makan biasalah charge apa yang patut. Terasa nak pulang KL, terkejut orang tua tu. Balik esok pagi lah katanya.
Sambung baca : Lubok 4

Sunday, March 21, 2010

Lubok 2

Baca dulu : Lubok 1
12:10AM – Bertolak ke jalan kampung yang sunyi. Ke kanan, Signboard yang tertulis Kuala Krau. Jalan bengkang bengkok meredah ladang kelapa sawit, sekali sekali baru terjumpa rumah. Kelisa Bri terempuh 4 ekor anak babi, bersepai dan terkapai-kapai anak babi itu, nasib kaulah sapa suruh main tengah jalan, aku dengan Den gelak tak hingat, aku kata mak bapak dia tak ajar. Jadi bahan jenaka dihening pagi rabu.
12:35AM – Masuk Gugusan Felda Jenderak, setelah melintasi rel keretapi ,terus melalui jalan kampung, 5 minit sampailah ke rumah orang tuanya. Semua dah tidur. Tapi nasi dan lauk dah disediakan. Apalagi Den yang satu hari tak jumpa nasi 5x bertambah. Lauk kelah & sebarau fresh dari lubok tengahari tadi tangkap, tambah selera lagi ulam2an, buah geduak, petai cicah sambal belacan & tempoyak. Perghh terangkat siut. Seronok sembang dengan iparnya macam dah lama kenal.
03:20AM – Badan terasa letih tapi bersemangat, aku tak harap sangat nyenyak tidur rumah orang ni, ala-ala tidur ayam je. Memang pun dijangka belum sempat terlelap dah macam ada bunyi guruh, dengkur! Lama-lama biasalah tu, sementara aku lebih risaukan keretaku diluar.
07:45AM – Aku dah terjaga lebih awal lagi tapi tak bangun, tutup muka pakai selimut kalau2 boleh sambung tidur. Tak boleh, badan sengal tangan aku kebas2 ditambah orang tua Bri rancak bersembang dengan kakaknya yang juga turun dari KL, macam mesin-gun lah bunyi Pahangnya kuat sangat. Bingit telingaku.
08:30 – Den terjaga aku pun buat terjaga. Bertegur sapa dengan MakCik, mandi dan kami yang jantan bersarapan dengan PakCik dia yang kebetulan punya rumah dekat deretan rumah aku. Lagi rancak sembang pagi tu, apatah lagi bulan 6 ini genap 25 tahun semua yang duduk taman ini habis bayar payment. Kalau rumah teres setingkat bayar RM135, tapi dia sewakan RM500 pada orang lain, lumayan tak? (Kena cepat nampak gayanya)
10:30AM – Ke rumah yang Bri panggil Andak, dia keluarkan besi yang macam pagar tepi jalan kena potong. Jeng jeng jeng... Dipotong untuk dapatkan 4 batang sepanjang & selebar lengan. Bergilir2 macam nak mampos kami berempat, selesai sessi menggergaji besi yang memenatkan itu, ada lagi part yang lebih menyiksakan yang akan memberi kesan sehingga 3 hari akan datang. 4 batang besi yang dipotong itu dikelepet hujungnya menggunakan tukul gajah, sampai lebam dan berdarah tangan aku, kemudian dilipat mati pula. Yang disebelah pun sama, tapi lagi teruk sebab nak biarkan ada sikit lubang, maknanya sebahagian saja dimatikan.
Sambung baca : Lubok 3
Sambung baca: Lubok 4

Saturday, March 20, 2010

Lubok 1

11:34AM - Tengah tidor. Terima sms "dtg kg gua, 1jam lbh jer.."
02:45PM - Bangun tidur. Baca sms, reply "on.."
Cari geng yang berminat, ada respon da.. Mandi.
03:40PM - Sarapan tengahari haha.. Bersiap!
04:10PM - Gerak ke Puchong. Alamak ada sedara nak mari, wa cabut dulu anyway. Kirim salam jelah.
04:55PM - Sampai Puchong, cari kedai makan berWiFi, aduh terpaksa makan lagi.
Cari bahan & map Pahang esp. dan upload apa yang patut untuk buat kudap2 dimasa lapang. Sempat jeling harga emas 50gm + 6239, orait gak.
Leka menggasak PS2 sampai ke malam, lepas berita jam8 aku berangkat.
09:15PM - Aku berdua dengan Den, yang lain ada hal atau aku tinggalkan, lembab!
10:00PM - Berada di Petronas MRR2, minyak dah ada RM50, last check kereta & makanan ringan dalam perjalanan dan jangan lupa curut perasa blueberry.
10:15PM - Sampai tol Gombak, bayar RM5 & bermula lah perjalanan ke destinasi yang tak pasti, redah je bai! Dalam kepala "1jam lebih jer.."
Lepas tol kena mula pecut, dah tahu bukit di depan tak berhenti sampai Lanchang. Tercicir segala kereta lori, Mau race ka? ha mari..
Diiringi nyanyian SM Salim dari corong Klasik Nasional, layan. Itu saja siaran yang konsisten.
11:05PM - Sampai tol RM3 dekat Bentong. Call kata ada lagi 2 tol lagi, aduh '1jam lebih apa ni? Terus jalan!
11:35PM - Tol Karak ambil tiket saja, masuk highway Karak-Kuantan.
11:45PM - Exit ke selekoh Temerloh, jumpa tol, wah sekali RM6 kau tibai!
Lepak sekejap di tempat rehat tol sementara tunggu Mat Bri ambik. Buka laptop, baru teringat map huhuk! 15 minit dia sampai. Mengasap dulu.
Sambung baca : Lubok 2
Sambung baca : Lubok 3
Sambung baca : Lubok 4