Monday, November 30, 2009

Usus UMNO Pun Busuk

UMNO kini busuk hingga ke ususnya.
Maka bersedialah kita semua akan duduk dalam toilet selepas pilihanraya akan datang..

Saturday, November 28, 2009

Dua Khutbah

Penat.. Baru bangun lah. Dari pagi sampai tengahari melapah lembu.
Raya Haji tahun ini spesyel sikit, sebab jatuh pada hari jumaat, maka ada dua khutbah & dua kali jugaklah berjamaah ke masjid.
Acara korban di buat keesokan hari sebab lembu 15 ekor tahun ni, confirm tak sempat tumbang sebelum Jumaat.
Jadi atucara Raya Haji tahun ni istimewa, disambut dua hari, Jumaat-Sabtu. + 1 hari Ahad off duty. 3 hari panjangnya.
Kalau tiap2 tahun Raya Haji jatuh hari Jumaat memang happening..
Raya Puasa pulak, elok hari Isnin. Pulun 9 hari cuti ha ha..

Friday, November 27, 2009

Engkau belum Potong? Potong Aje Lah..

Iklan potong P1 telah dipotong, tapi kesannya sangat mendalam. Aku pun terpanggil sama untuk potong buat kali kedua. Bandingkan,
Broadband RM138
-Modem, Speed 3.6Mbps/1.00Mbps , Usage 3GB
Streamyx RM90
-Modem, Speed 1.0Mbps/0.38Mbps, Usage Unlimited
Ps/ Maxis Broadband telah pun turunkan harga pakej sehingga RM78 & Speed ditambah double 7.2Mbps.
Menarik! Tapi aku tetap potong, cukup setahun menderita dengan Broadband. Kalau korang tambah Usage ke Unlimited aku janji langgan balik.
Pilihanku bukan P1, jadi The Winner is TM Streamyx.

Thursday, November 26, 2009

Haji, Korban Dan ...

Macam tak percaya pulak, aku dengan bini sampai juga akhirnya. Sekali lagi aku lompat2 kecil, memang sah tanah suci, syukur sangat!
3 orang arab hitam, barangkali dari Sudan agaknya begitu ramah. Aku salam dan berlaga pipi 3x semuanya. Wah macam dah kenal lama lagaknya.
Kami jalan bersama, syahdu sekali rasanya dapat menjejakkan kaki ke Mekah yang selama ini hanya tengok di gambar. Setelah lama penat bekerja, kini dapat mengosongkan diri bersama Penciptaku.
Dalam perjalanan ke tempat penginapan yang disediakan Muassasah, aku terkejut terjumpa banyak bangkai lembu terbiar ditepi jalan, dan ulat gergasi begitu selera menyedut lelemak. Biniku terkejut, nasib baik tak pengsan. Barangkali lebihan daging korban begitu banyak, agaknya. Tapi kenapa tak diagihkan kepada fakir miskin? Ishh..
Kami singgah di Suq (Pasar) basah, Wow! menimbun2 ikan dan udang dilonggokkan merata2, sampai nak lalu pun tak boleh. Terpaksa jalan tepi longkang sebab dah takde jalan, dek penuh ikan & udang dalam pasar.
Biarlah, badan kami dah penat kami nak cepat sampai penginapan haji, kami nak rehat, nanti nak ibadat lagi. Tapi sekali lagi tanpa sebarang amaran Lava merah gunung berapi keluar dari perut bumi. Aku & bini lari sekuat hati.
Lega rasanya bila dah sampai di penginapan kami, dan belum sempat kami melepas lelah kelibat bayang2 kelihatan merayap dalam bilik tersebut, banyak kali, sekejap muncul sekejap hilang.
Biniku begitu takut sekali, Aku menangis ketakutan. Aku begitu insaf! Dari tadi ada saja benda pelik berlaku pada kami. Apakah ini balasan dosa yang selama ini aku lakukan di dunia ini. Tuhan tunjukkan cash, di Tanah Haram pula.
Ya Allah! Ampunkan dosaku.. aku menangis sambil merayu. Jangan kau ambil nyawa isteriku. Aku kira kelibat tersebut mungkin bayangan Iszrael yang sedang mengintai2 kami. Tolonglah kami Ya Allah.. Ampunkan..
' Bang bangun! Tolong buat susu anak, anak menangis.. '
Hu hu terkena aku, termangu aku fikir apa punya mimpi daa. Apa tafsiran mimpi aku tadi. Dalam mamai itu aku bancuhkan juga susu untuk anak.
Engkau ingat apa tafsiran mimpi aku tu? tanya klik ku. Engkau punya mimpi panjang sangat, kalau pendek senang gua tilikkan, jawabku apabila ditanyakan padaku tafsiran mimpinya. Tapi kalau buat skrip cerita kartun cantek..
Mimpi, kadangkala jadi realiti. Ah.. barangkali ada kaitan esok hari raya AidilAdha ataupun musim orang pergi Haji, korban dan dot dot dot...

Wednesday, November 25, 2009

Planet of Apes

Mengikut teori Charles Darwin manusia berasal dari binatang yang berkaitan mawas.
Macam2 ragam pelik manusia kita tengok sekarang ni. Kes rogol anak, ragut, samun, bunuh diri itu jenayah yang biasa sangat kita dengar. Membela penjenayah, banduan, gengster & perompak pernah kita dengar sebelum ni?
Yang terbaru mengangkat kepala komunis Chin Peng sebagai hero negara lagi pelik, apa jenis jenayah daa..
Aku rasa kajian Darwin memang betul & tepat sekali..

Tuesday, November 24, 2009

November Rain

Guns N' Roses - November Rain

video
"When I look into your eyes.. I can see a love restrained.. But darlin' when I hold you.. Don't you know I feel the same.. 'Cause nothin' lasts forever.. And we both know hearts can change.. And it's hard to hold a candle.. In the cold November rain.. We've been through this.. Such a long long time.. Just tryin' to kill the pain.. O Yeahh..!
"But lovers always come.. And lovers always go.. And no one's really sure.. Who's lettin' go today.. Walking away.. If we could take the time.. To lay it on the line.. I could rest my head.. Just knowin' that you were mine.. All mine.. So if you want to love me.. Then darlin' don't refrain.. Or I'll just end up walkin'.. In the cold November rain!
"Do you need some time.. On your own.. Do you need some time.. All alone.. Everybody needs some time.. On their own.. Don't you know you need some time.. All alone!
"I know it's hard to keep an open heart.. When even friends seem out to harm you.. But if you could heal a broken heart.. Wouldn't time be out to charm you!
"Sometimes I need some time.. On my own.. Sometimes I need some time.. All alone.. Everybody needs some time.. On their own.. Don't you know you need some time.. All alone!
"And when your fears subside.. And shadows still remain.. I know that you can love me.. When there's no one left to blame.. So never mind the darkness.. We still can find a way.. 'Cause nothin' lasts forever.. Even cold November rain!
"Don't ya think that you.. Need somebody.. Don't ya think that you.. Need someone.. Everybody needs somebody.. You're not the only one.. You're not the only one!
"Don't ya think that you.. Need somebody.. Don't ya think that you.. Need someone.. Everybody needs somebody!

Monday, November 23, 2009

5A Tak Pandai Cakap Melayu

'Amoi, awak tinggal mana?'
" Saya.. er Sorry?!"
'Duduk mane?'
"Er.. apa.. er.. "
'Rumah? Mana? Cheras-Pudu?!'
Staf cashier baru masuk kerja, masih fresh lagi. Macam boleh layan pulak aku tengok.
Melayu ke Cina? Sarawak kah? Baru lepas sekolah? Pernah bekerja?" Macam2 soalan aku dah susun, nak mengorat pun terbantut jadinya. Apa punya sengal budak ni kataku, 'Er.. err.. er.. sekali aku tampar baru lu tau!'
Dia tak tau cakap melayulah, dia sekolah cina, celah Fong. Hai.. you sekolah cina boleh cakap melayu, agak aku. Saya sekolah kebangsaan maa..
Aiyaa.. Kalau macam ni apa guna 16 ribu dapat 5A tapi cakap melayu tak pandai loo!

Sunday, November 22, 2009

Kau Sunyi.. Aku Pun

Daul Kim 20, model Korea disyaki bunuh diri di Paris. Membesar di S'pore, kota jiran.
Jadi bini aku kan bagus. Oh Kim, terimalah lamaranku Kim.. Woww! cantik, muda, model lagi popular. Sape tak nak!
Tapi apo nak di kato.. hanya sebab letih, bosan & kesunyian kau buat keputusan menamatkan zaman bujangmu dengan tragis begini. Sampai hatimu, Kesianlah sama aku.
Adakah ini hasil demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan, menyumbang kes bunuh diri antara tertinggi di negara2 yang gilakan demokrasi.
Pooodah demokrasi!

Saturday, November 21, 2009

Cukup Kuota

Lega rasanya boleh kata semua negara pilihan berjaya lengkapkan kuota ke South Afrika tahun depan.
Paling penting Argentina & Italy mara walaupun bergelut hingga ke akhir sebelum layak. Baru semangat tengok World Cup walaupun main kat Apreka.
Terkilan sikit Mesir gagal walaupun dah hampir benar layak.
Nak harap Malaysia, sukan SEA pun aku ingat hantar team Kelantan jer jadi wakil..

Friday, November 20, 2009

Kubur Di Singapore

Kalau Singapore tenggelam macam dalam filem kiamat 2012, mana Hsien Loong nak lari? Kuan Yew bapak dia punya kubur mana nak ditanam?
Kalau dah pasir tanah besar diangkut bertan-tan lori ke '2nd Israel' tiap hari..
Singapore! Aku bagitau awal, negara lu orang kalau padam, ko kena jadi orang Malaysia yang baik. Itu pun kalau nak lari ke Bandar Iskandariah lah! milik Malaysia apa.. Jangan banyak songeh daa!

Thursday, November 19, 2009

Lipas Man

Aku jumpa Lipas Man tadi.
Bukan Cicak Man, Lipas Man pun ade. Identiti sudah dikenal pasti.
Mamat ni kerja ngan Taukeh yang kononnya menghancorkan lipas, tikus, anai dan spesis len, dasyat ayat aku tuh. Kayo kayo kayo dia.. Bukan dia yang kaya tokeh dia yang kaya! Mana taknya, amik kontrak ngan shopping compleks, pastu tenant diwajibkan servis bulanan.
Ko biak ko racon - ko racon ko biak.. Wow masyukk!
Nak jumpa senang, tunggu 10mlm kat tepi2 Gedung lagi ternama beraturlah van Lipas Man. Malam jugak keje tapi, skema betul. Super Hero ini bengap sikit, suka makan gaji. Agaknya sebab tu mana Super Hero tak kaya-kaya!
Dipergunakan, orang lain dapat nama..

Wednesday, November 18, 2009

Kiamat 2012

Aku rasa kiamat semakin dekat apabila aku tengok film 2012.
dasat betul! ..sound-effect dia.
Ahh macam ye ye jer..