Thursday, November 26, 2009

Haji, Korban Dan ...

Macam tak percaya pulak, aku dengan bini sampai juga akhirnya. Sekali lagi aku lompat2 kecil, memang sah tanah suci, syukur sangat!
3 orang arab hitam, barangkali dari Sudan agaknya begitu ramah. Aku salam dan berlaga pipi 3x semuanya. Wah macam dah kenal lama lagaknya.
Kami jalan bersama, syahdu sekali rasanya dapat menjejakkan kaki ke Mekah yang selama ini hanya tengok di gambar. Setelah lama penat bekerja, kini dapat mengosongkan diri bersama Penciptaku.
Dalam perjalanan ke tempat penginapan yang disediakan Muassasah, aku terkejut terjumpa banyak bangkai lembu terbiar ditepi jalan, dan ulat gergasi begitu selera menyedut lelemak. Biniku terkejut, nasib baik tak pengsan. Barangkali lebihan daging korban begitu banyak, agaknya. Tapi kenapa tak diagihkan kepada fakir miskin? Ishh..
Kami singgah di Suq (Pasar) basah, Wow! menimbun2 ikan dan udang dilonggokkan merata2, sampai nak lalu pun tak boleh. Terpaksa jalan tepi longkang sebab dah takde jalan, dek penuh ikan & udang dalam pasar.
Biarlah, badan kami dah penat kami nak cepat sampai penginapan haji, kami nak rehat, nanti nak ibadat lagi. Tapi sekali lagi tanpa sebarang amaran Lava merah gunung berapi keluar dari perut bumi. Aku & bini lari sekuat hati.
Lega rasanya bila dah sampai di penginapan kami, dan belum sempat kami melepas lelah kelibat bayang2 kelihatan merayap dalam bilik tersebut, banyak kali, sekejap muncul sekejap hilang.
Biniku begitu takut sekali, Aku menangis ketakutan. Aku begitu insaf! Dari tadi ada saja benda pelik berlaku pada kami. Apakah ini balasan dosa yang selama ini aku lakukan di dunia ini. Tuhan tunjukkan cash, di Tanah Haram pula.
Ya Allah! Ampunkan dosaku.. aku menangis sambil merayu. Jangan kau ambil nyawa isteriku. Aku kira kelibat tersebut mungkin bayangan Iszrael yang sedang mengintai2 kami. Tolonglah kami Ya Allah.. Ampunkan..
' Bang bangun! Tolong buat susu anak, anak menangis.. '
Hu hu terkena aku, termangu aku fikir apa punya mimpi daa. Apa tafsiran mimpi aku tadi. Dalam mamai itu aku bancuhkan juga susu untuk anak.
Engkau ingat apa tafsiran mimpi aku tu? tanya klik ku. Engkau punya mimpi panjang sangat, kalau pendek senang gua tilikkan, jawabku apabila ditanyakan padaku tafsiran mimpinya. Tapi kalau buat skrip cerita kartun cantek..
Mimpi, kadangkala jadi realiti. Ah.. barangkali ada kaitan esok hari raya AidilAdha ataupun musim orang pergi Haji, korban dan dot dot dot...

No comments:

Post a Comment