Sunday, June 28, 2009

Friday, June 26, 2009

Farewell Michael Jackson ;( , ,,,,,,,,,,,

Michael Jackson, 50 meninggal dunia. Lagenda penghibur terhebat abad ini sebaris dengan Elvis Presley dan The Beatles meninggalkan kita dengan cerita2 sensasi dan kontraversi sepanjang penglibatan beliau 40 tahun dalam industri itu.
Michael Jackson Meninggal Dunia
Aku rasa aku adalah salah seorang peminat beliau walaupun macam2 kehidupan peribadi beliau didedahkan, tapi memang tidak berubah respect aku pada beliau. Memang terkilan bila orang kita minati diakhir hayatnya seolah2 kita tidak mempedulikan jasa besar beliau dalam industri hiburan dunia.
Michael Jackson Meninggal Dunia
Kalaulah betul beliau islam aku sedekah alFatehah untuk rohnya, AlFatehah.. Kalau tak, takde apa bezanya pun dengan apa yang lebih besar dari ketokohannya pada insan yang bernama Michael Jackson.

lagi berita sini.. sini.. sini..
artikel menarik sini.. sini..

Friday, June 19, 2009

Ah! Wala Jer La...

"Maaf Pak Lebai. motor Honda takda. Dah habis. Yamaha ada la."
"Yamaha, pun Yamaha la. Janji Honda."
"Bukan Honda la Pak Aji... ini Yamaha."
"Yamaha, pun Yamaha la. Janji Honda, janji wala."
"Alaaa.... bukan Honda maaa... ini Yamaha."
"Yerla. Aji tak kisah. Janji Honda."
"Warghhhh... waaaa....... "

Monday, June 15, 2009

Kalahkan 99 Dapat 99


Akhirnya Valentino Rossi mendapatkan angka keramat itu 99 dengan menewaskan penunggang bernombor 99 Jorge Lorenzo, rakan sepasukannya. Kemenangan bergaya itu berlangsung sengit sehingga lap terakhir mendebarkan 90,000 penonton di litar tuan rumah musuh terbarunya Lorenzo di Barcelona, Sepanyol.
Valentino Rossi kalahkan Pelumba 99 dapat kemenangan ke 99
Apa yang menarik persaingan sengit itu adalah datang dari 2 pelumba yang berada didalam satu pasukan dan kedua kumpulan mekanik masing2 semacam berperang antara satu sama lain. Satu bumbung pasukan, baju yang sama tetapi bersaing merebut tempat teratas.

Setelah kemenangan diatas litar yang menjadi antara trek kegemaran Rossi itu, MotoGP semakin menarik dengan pendahulu kejuaraan 106 mata terikat oleh 3orang pelumba mengikut turutan podium itu didahului Valentino Rossi-Jorge Lorenzo-Casey Stoner.

Saturday, June 6, 2009

Husam, Mat Sabu Sebungkus

Perwakilan PAS mengekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden mengenepikan golongan yang bukan ulama atau kurang ulamanya. Nasa mendapat 480 undi jauh meninggalkan Husam yang hanya lebih 20 undi dengan Mat Sabu yang mendapat 261 suara.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Bermakna hasrat Husam yang dikatakan puak Erdogan untuk merubah kepimpinan atasan PAS tidak berjaya. Ini kerana Husam dibayangi Anwar Ibrahim yang membuatkan perwakilan merasakan kemungkinan PAS akan terus menjadi pak turut atau tunggul dalam Pakatan Rakyat. Disamping mengelakkan lebih pergeseran dan politiking pucuk pimpinan tertinggi pada masa depan.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Hasrat itu dizahirkan dalam persidangan Pemuda sebelum ini, perwakilan pemuda yang kini dipimpin oleh seorang ala2 Khomeini atau ekstrimis arab Osama Laden itu menggesa pucuk pimpinan lebih agresif & dominan dengan memainkan peranan utama dalam Pakatan Rakyat.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Dalam hukum politik kalau nak menolak (dibunuh) seseorang maka seseorang itu perlu dihapuskan terus, kalau tidak pasti ia akan bangkit menentang di kemudian hari. Ingat! api tidak akan terpadam kerana baranya sentiasa menyala. Sesungguhnya ahli yang taat sentiasa patuh dan alert akan signal ketuanya dan ternyata jemaah PAS memang pakar dan ganas dalam bab2 ini.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Keputusan antara lain Nizar, Azizan, Hasan Ali & KJ mendapat undian tertinggi AJK Pusat sesuai tahap mereka yang glamour taraf menteri besor. hoho
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Takbir!! 3x

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Terengganu Runtuh

Satu berita yang menjadi tajuk utama muka depan semua akhbar di M'sia. Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh 60%. Stadium yang boleh memuatkan 50ribu orang itu mujur tidak mengorban sebarang nyawa, kerana kejadian 9pagi itu tidak mempunyai sebarang acara.

Bayangkan waktu runtuh dipenuhi ribuan orang dan VVIPnya pasti menjadi tajuk berita dunia. Stadium yang dikatakan caggih telah dirasmikan Agong dengan 'selamat' hanya Mei tahun lepas, kebetulan tempat yang runtuh adalah grand-stand yang menempatkan tempat di-Raja. Projek mega ini menelan belanja lebihRM400juta sahaja.

Kontraktor yang arkitek dikatakan bertanggungjawab membina stadium tersebut adalah dari Korea, namun dikatakan masih dibawah penyelian JKR. Siapa yang bertanggungjawab perlu membina semula stadium yang runtuh itu.

Stadium 'penyu' yang canggih itu terletak ditepi pantai tanah bekas lombong itu adalah yang pertama di Asia dibina tanpa tiang disangkut pada bumbungnya, dan itu jugalah yang menjadi punca utama keruntuhannya.

Disamping itu kerajaan perlu memantau semula projek mega yang seangkatan dengannya seperti masjid kristal dan projek lain di T'ganu. Sesiapa yang ada kaitan dengan projek dalam stadium ini perlu diperiksa projek yang mereka jalan sebelum dan sekarang ini.

Begitu juga bangunan dilembah klang spt KLCC, litar Sepang, KLIA, Putrajaya perlu diperiksa ketahanannya supaya boleh kekal lama selama 500juta tahun akan datang.

Baru sebulan dua kita merasa tak sedap hati keadaan di Terengganu, kerana dengan tiba2 timbul ura-ura Adun T'ganu akan mengusulkan undi tidak percaya MB Ahmad Said, setelah pelantikan kontraversi MB barunya reda sekejap dan kini tak semena2 berbunyi semula dan getaran itu tanpa disangka telah menghasilkan berita yang lebih besar dan lebih sensasi pula.

Adakah ini juga salah satu punca runtuhnya bumbung stadium yang dibina oleh Idris Jusoh, MB sebelum ini. Tentu ada hikmahnya 'bala sungguh' ini semua, setelah kita digemparkan bangunan pasaraya runtuh di PJ 28 Mei baru ini. Ada mesej yang disampaikan dalam peristiwa semua ini.

Tuesday, June 2, 2009

Tapak Kaki Siapa?

Lif terbuka ditingkat5, aku melangkah cepat keluar tanpa dapat kutahan perasaan lagi. Sesampai di depan pintu bilik itu hatiku berdebar2, aku melihat dibawah, dilantai ada kesan tapak hitam.

Dadaku berdegup kencang, lalu aku mengikuti kesan tapak itu sehingga sampai didalam bilik yang lebih kecil didalamnya. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Ya Allah! tolong..!!" aku menjerit dalam hati. Apa dalam mangkuk tu? Siapa yang melepas bom ni! tak gheti2 flush air ker. Aku nak melepas pun dah terencat, Celaka punya lembu! Kau tak belajar sivik ker? Kalau kat rumah korang suka hatilah nak berak kat atas katil ke, bawah katil ke.. Ini tandas awam! Bukan ko sorang nak guna. Kalau aku nampak kau keluar dari toilet tadi, aku tarik kau cuci. Sumpahku mengalahkan supervisor tukang cuci kompleks nih.

Tentu kita biasa terkena keadaan begini, bukan apa aku dari semalam duk tahan2, bila jadi macam tu tak geram jadinya.

Sepatutnya cubalah beradab sikit dalam tandas bukan diluar saja, sebab dah diajar dari kecil lagi kebersihan dalam tandas adalah penting. Kalau nak nilai orang dalam rumah itu maka tengoklah tandasnya. Itulah cermin keperibadian seseorang bila diluar.

Kalau aku di asrama dulu, kami digilir2kan mencuci bilik air, dan bila kena denda disitulah tempat hukumannya. Begitulah ditekankan pentingnya tandas yang bersih kerana disitu kunci sebelum nak mulakan ibadat yang sah, ia lebih kepada bersuci sebenarnya bukan sekadar cuci.

Dari kecik dah diajar, tapi masih ada lagi orang serupa punk ini. Aku fahamlah kalau orang islam kalau masuk tandas mangkuk ni, diorang tetap suka bertinggung, sebab takut ada najis ditepi mangkuk itu. Tapi ada cara lain boleh dilakukan supaya tandas tak kotor, lantai tak basah dan kesan tapak kasut merata2.

Kalau tak reti juga aku boleh tolong ajarkan. Ok dengar ni aku nak ajar! (geram betul nih)
  1. Ingat! Bila kita masuk bilik air, bagaimana anda masuk keadaan yang bersih begitu juga bila anda keluar.
  2. Pilih tandas cangkung atau duduk dimangkuk. Kalau anda pilih mangkuk tolong jangan bercangkung.
  3. Periksa air dulu. Ada ke tidak air untuk flush nanti & air untuk mencuci. Kalau pakai batang paip cuba halakan air ke dalam mangkuk, jangan basahkan lantai.
  4. Cuba periksa tisu atau kain cuci/lap. Cina biasanya pakai tisu jer tak payah guna air pun. Kalau syarat istinja pun boleh guna air, batu atau benda kesat. Tapi aku mesti cari air juga takut nanti berbau dan tak selesa. Satu lagi sabun, kalau takde sabun aku ambil sabun dari sinki luar dengan tisu.
  5. Kalau anda guna tandas mangkuk, ada 2 lapisan penutup. Lapisan yang menutup seluruh lubang dan lapisan menutup bibir mangkuk, ia digunakan untuk kencing berdiri. Kalau nak kencing aku ingat gunalah mangkuk dinding diluar tandas, tak salah pun janji tak terpercik dan lawas.
  6. Kalau anda ni alim sangat, lebai, pemalu, tak selesa, aib atau tandas mmg kosong, bolehlah guna tandas dlm bilik asalkan anda tutup lapisan kedua itu jika nak kencing berdiri, kalau nak duduk bukalah kedua lapisan itu dan jangan bertinggung atasnya, kalau was2 nak duduk, letakkan tisu diatas bibir mangkuk dan suka hatilah nak bertinggung ke.
  7. Jangan fikir kebersihan & kesucian diri kau je, fikir sama orang ramai yang tengah tunggu turn pun nak bersih juga. Bila nak berak eloknya duduk atas bibir mangkuk, lap pakai tisu sebelum duduk sampai bersih dan kering dan tisu itu dicampak dalam lubang air, takdelah percikan yang kuat nanti.
  8. Habis saja 'buang' terus flush. Kemudian barulah cuci pakai air paip atau tisu. Setelah yakin bersih, sabun & sbgainya, lapkan tangan dan buntut lu dengan kain/tisu dan flush sekali lagi & tutup balik lapisan penutup kencing.
  9. Keluar, sekali lagi sabun dan lap disinki. Jangan sampai merenjis air ke lantai walau setitik pun.
Begitulah cara bertamadun yang boleh diamalkan. Berapa kali anda gunakan tandas yang sama setiap hari? tentu boleh memikirkan cara yang paling licin dan baik. Kalau tempat baru dan tak biasa kita gunakan, biasanya kita check air dulu dan pilih tandas yang di dalam bilik, yang lain kita tak fikirkan sangat. Tapi kalau hari2 guna takkan gheti lagi. Fikirlah sendiri, tentu ada cara jalan terbaik supaya kita berkeadaan bersih dan suci, dan lebih penting orang lain juga sama bersih seperti anda.

Lainlah bangunan itu runtuh dan kita terperangkap, maka berak dan kencinglah ikut dann, luar lubang ker? tepi lubang, dalam lubang dah tak peduli lagi dah! Ketika tu nak ikut cara dan hukum? air pun tak peduli lagi dah, darurat! Bayangkan kalau anda berada dalam situasi begitu..

Brushhhh.. aku flush dan terus keluar dan bertembung dengan cleaner wanita "Bangsat tapak kaki siapa kotor bener.." dan dia terkejut dan terdiam bila terpandang mukaku. Aku senyum dan terus berlalu. Cis! Sudahlah aku jadi part time cleaner tanpa gaji tadi, free je kena bangsat.

Untuk rujukan hukum cari di google atau yahoo di sini dan sini..