Thursday, December 31, 2009

Kakitangan Hospital Sakit

Security mana dia ambil ni, aku cuba dengar perbualan mereka. Orang tempatan rupanya. Kenapa hitam pucat semacam je, sakit ke? takkan pekerja hospital dah macam berpenyakit aku tengok.
Sakit ke mat pet..
Nurse pun sama. Muka ketat semacam, tapi cantik. Hai pelik betul!
Agaknya hari2 duk dengan pesakit, dah berjangkit..
"Cepat sikit, kereta beratur belakang!" kata penjaga tol.
Nasiblah, saya bayar parking 2 ringgit, tunggu ajer! jawabku sambil menggagau cari kot2 ada coin lebih.

Wednesday, December 30, 2009

KJ Masuk Raja Lawak

Setelah memenangi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyertai Raja Lawak musim ke 4, dia bersama seorang lagi rakannya orang kampung pak mentuanya menubuhkan kumpulan Mamu.
Mari gelakkan KJ dilayar Astro 105, moga terhibur..

Tuesday, December 29, 2009

Saya Memang Terlelap

Maafkan aku, memang aku terlelap waktu drive tadi.
Tapi aku tersentak dan cepat2 aku sedar, darah naik sampai kepala, bulu roma semua tegak dan jantung berdegup 91km/h.
Kemudian drive macam biasa je, badan terasa segar lega aku selamat, bagaimana pulak penumpang? Tiada penumpang pun dan takde apa2 kena pada kenderaanku, tak payah nak kalut.
Sebab aku hanya driver part time. Kalau kerja aku siang malam asyik memandu saja, alamatnya termimpi pun macam drive & drive pun macam mimpi.
Itu yang terjadi pada driver bas Sani itu hari.
Kalau dah malang tu, sekelip mata nasib berubah termasuk driver bas. Simpatiku untuk semua yang terlibat.

Haramkan Orang Penang Jadi PM

Malaysia patut haramkan orang Penang menjadi Perdana Menteri. Mereka tidak sesoai menjawat jawatan tertinggi organisasi. Tak serius, main2, tak apa, cakap banyak, kelentong lebih, tin kosong, berlagak warak lagi alim, drama kuat, agaknya darah keling ter- lebih sangat. Atau tak gheti duduk bawah Sultan.
Sabah pun..
Contoh terbaik pemimpin gagal lagi biul, Anwar Ibrahim dan Dollah Badawi.
Nampak gayanya bakat orang Penang elok beri buat filem jer, macam P Ramlee. Dan Sabah pulak elok dibuat calon isteri..
Jangan marah aa..

Monday, December 28, 2009

Bengkel Jet Pejuang Dan Kapal Perang

Aku rasa nak buka bisnes workshoplah. bukan workshop kereta ataupun motor, tapi worhshop jet & kapal perang.
Takde orang buat lagi di M'sia, lagipun jet2 ini kalau dah sampai tempohnya dah tak boleh digunakan lagi, daripada buang ratus-juta RM duit ke luar nak beli yang baru, eloklah di repair kat workshop aku. Untung tuh.. tak kemana der, anak bangsa juga yang untung.
Bila bisnes dah untung aku buka pulak kilang jet pula, perghh..
Kita serang Israel!

Sunday, December 27, 2009

10 Nyawa Melayang

Setiap kali berita eksiden dimuka akhbar, mula sekali aku tengok, orang melayu ke? pastu laki ke pompuan? muda ke tua? dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, auchhh... Kemudian baru cerita sebelum berlaku kemalangan, latar belakang & sbgainya.
10 nyawa melayang sekaligus di Perak, smlm, sia2..
Berita tragedi semalam sangat mendukacitakanku, mengecewakan & seribu kali sayang.
Tapi, kalau yang mula tu dah jawapannya adalah bukan, haa kira okeylah tu.
Rasis!!

Saturday, December 26, 2009

F1 Dan Politik Dunia Bisnes

1Malaysia Team sertai F1 musim depan, 2010.
Air Asia Tony Fernandez Proton jadi sponsor, Petronas tak.
Jarno Trulli & H Kovalainen dipilih driver, wow dasat.
Michael Schumacher, 41, akhirnya kembali ke kancah F1 semula. Menarik ni. Legend is back!
Pilihannya musuh tradisi Ferrari, Mercedes. Janggal pulak.
Petronas sponsor team Mercedes, bijak. Baru tau pasal apa Petronas tolak 1M Najib. Dr M advisor mereka semua, lagi bijak!
Boleh tahan juga politik dunia bisnes.

Friday, December 25, 2009

Skuad Datuk

Pasukan Malaysia dah menang sukan SEA. Apalagi Melaka, Penang & Pahang berilah anugerah Datuk? Datuk Rajagopal dan Datuk2 pemain yang mencipta sejarah ini dah menjulang nama Malaysia, mereka wira negara.
Biar skuad ini sarat dengan Datuk daripada jurulatih, pemain2, pengurusan dan kalau boleh mak bapak mereka bergelar Datuk. Bagilah..
Kemaruk sangat!

Tuesday, December 22, 2009

Manisnya Madu


" Waa.. Ini baru diqatakan manisnya madu bah "

Memang baik punya citarasa, sama dengan aku. Jalan cerita, wayang macam gini memang taste aku ish ish ishhh..

Sunday, December 20, 2009

Ragam Bola Hujung Tahun

Gemilang Barcelona mencapai kemuncaknya apabila Messi menconfirm-milikkan Pemain Terbaik 2009 selepas sempurnakan jaringan Juara Kelab Sedunia. Fulham belasah MU 3 gol, Liverpool pun sama hasilnya Mark Hughes dipecat City & Harun Salim Bachik dipilih Presiden Seniman. M'sia pulak bagus wakaka kah..
Seronok Khairy itu malam sampai terponteng Parlimen.

Friday, December 18, 2009

Happy Birthday Hijrah Ke 1431

Pagi Jumaat yang berkat ini aku mengucapkan selamat hari jadi kepada Hijrah yang ke seribu empat ratus tiga puluh satu tahun.
Semoga dirahmati usia selalu & jangan berkhayal lagi..

Thursday, December 17, 2009

Gol Emas Untuk Malaysia

Tanpa sebarang harapan, skuad bolasepak bawah-23 negara tiada seeorang pun menduga (kalau ada bagi tau) muncul juara selepas 20 tahun, menewaskan juara bertahan Vietnam 1-0. Gol hadir minit 83. Vietnam tersungkur melalui gol sendirinya.
Aku tabik dan respect pada skuad kendalian K Rajagopal kerana menggunakan peluang & nasib sebaik mungkin. Ini yang dikatakan tuah badan datang pada waktu yang tepat.
Macam mana skuad Thailand, Indonesia, Vietnam & pasukan import Singapore lunyai, seolah2 kena suap atau layu kena pukau. Ini namanya bijak ambil kesempatan atas musuh yg lemah.
Ini perangai Malaysia pelik sikit, kalau bagi harapan besar mesti hancor,elok dibiarkan mereka bermain sendirian. Bila tak peduli macam sekarang menang pulak. Tak payah nak kecoh2 sokong bagai nak rak, terutamanya ni bila dah menang tengoklah orang2 yang lebih sudu dari kuah..
Itulah korang tak mahu ambil pengajaran, lain kali kalau dah menang tak payah bangga sangat, sebab nak mengekalkan prestasi yang ada memang senang pulak nak tersungkur! so rileks jer! Dan bila dah kalah tak payah nak kutuk & bandingkan itu ini dulu kini & lantaklah kalau budak2 tu nak besaq kapla ke apa...
Bukannya jadi juara dunia ke atau berada di ranking no1 dunia, Asia? malah Asia tenggara pun. Kalau berada sampai ketahap itu sekalipun tiada skuad mana pun di dunia ni berani angkuh cakap besar, kecuali kelab2 boleh, sebab lebih kepada saingan bisnes dan saiko politik aje.
Jadi untuk skuad ini aku tak letak sebarang harapan pada masa depan kecuali naikkan ranking atas 100 cukuplah!
Terus terang aku kata, tak tengok walau satu game pun Malaysia main di Laos, walau siaran ulangan walau ulangan gol. So rugi ke?

Ps; Aku dedikasikan kemenangan istimewa Malaysia ke atas Vietnam ini bukan untuk Khairy atau penyokong Kelantan tetapi untuk BB Tan yang diserang heart attack di Airport Vietnam minggu lepas. Takziah kalau ada keluarganya yang terbaca.

Wednesday, December 16, 2009

Menggulingkan Pemerintah Cara Ke-4

Dengan undian belah ahli Parlimen waktu sessi pergulungan Kementerian boleh mengakibatkan kerajaan yang sedia ada tumbang..
Wah..! betul giler punya demokrasi.. Korang nak main politik guna demokrasi ke atau nak mainkan rakyat?
Cara #1 Himpunan haram mcm Reformasi '98. #2 PRU mcm May'09. #3 Lompat katak mcm DUN Perak vs 16Sept. #4 Pakai lawyer buruk mcm yg kat atas, asal ada lobang teknikal balun.

sini.. sini.. sini.. sini.. sini.. sini.. sini.. sini..

Tuesday, December 15, 2009

Hari Sial Datang

Biasa dengar hari sial? Ha.. hari ini hari sial aku.
Dari pagi banyak benda nak kena buat, perlu selesaikan, banyak benda jugak masalah mendatang sampailah ke malam tak sudah2..
Tapi, ah semua selesai dan no problem punya ha ha..
Sebab dari malam tadi dah jangkakan. Plan gambaran dari awal. Tarik nafas dalam2 tanda semangat & lepaskan sambil tersenyum ha ha, ahhh.. Tarak hal la tuh.. Datang lah apa pun esok!
Cobalah..

Monday, December 14, 2009

Dividen ASB 2009

2008
7.00SEN 1UNIT Dividen
1.75SEN 1UNIT Bonus = Jumlah 8.75SEN
2009
7.30SEN 1UNIT Dividen
1.25SEN 1UNIT Bonus = Jumlah 8.55SEN

Bilalah dividen nak lepas 10SEN seunit? Cobalah tahun depan bagi-bagilah 15SEN ke.. 20SEN ke? Bukannya siapa, yang dapat orang kita jugak.

Sunday, December 13, 2009

Rebah Di Vietnam

Aku kira dia adalah bos yang teramat baik pernah aku jumpa, sampai aku kira dia tak layak jadi bos aku.
" I betul-betul banyak hutang sama you.. " nak aku katakan.
Suaranya perlahan, ada sikit dengar iras Koh Tsu Koon. Seorang vegetarian, tak merokok, tak mabuk, bukan kaki perempuan walaupun di pertengahan usia. Kiranya macam Tok Sami..
Arghh.. Dia rebah di Airport Vietnam.
Ahad 6hb, Vietnam tewaskan M'sia, 3 - 1. 17hb jumpa lagi di Final SEA sape yang bakal rebah..
Selamat pagi, Mr Tan..

Saturday, December 12, 2009

Salji Bukit Bintang

Berapa lama tak hujan, alik2 salji turun..
Boleh ada time pulak tu, mana punya bomoh diorang panggil tepat 8 malam salji Pavilion turun sayup2 di tengah musim kemarau ibu kota itu.. Turut mengiringi Santa Klaus dan rusa2nya.
artikel menarik di sini..

Tuesday, December 8, 2009

Anwar Ibrahim Dan Islam

Anwar Ibrahim adalah satu nama yang sinonim dengan islam.
Dia pejuang islam? ya. Tetapi islam bagaimana yang diperjuangkan.
Pengalaman telah menunjukkan orang2 agama ini mempunyai perbezaan aliran yang tak sudah2.
Aku harap aku telah masak memahami susuk Anwar Ibrahim & retorik perjuangan-perjuangan dalam sejarah islam. Cukup..
Kat sana.. kat sini.. kot sana.. kot sini..

Sunday, December 6, 2009

Pengganti Michael Schumacher

Aku rasa aku dah jumpa pengganti Michael Schumacher, bagi kategori pemandu yang menggunakan jentera 4 roda khususnya.
Paling kurang bolehlah aku intai perkembangan rally ataupun F1 pada masa depan.
Aku tertarik berita sini..
Nak tunggu Valentino Rossi, lambat lagi.
Tapi Rossi tetap No1. Kalau dunia pemotoran ada Agong, dialah orangnya.

Saturday, December 5, 2009

Anak Sapa Lah Tu?

Bukan main lagi..
Budak punk + girl + melayu, dah tentunya islam/ muslim + budak sekolah? bawah umur + berpeluk dengan boyfriend + pakai rantai salib, aku ulang salib + terkinja berjoget2 + tak malu, barangkali + mabuk/ hayal. Megah pulak berkeliaran kat Pavilion-KL, pusat membeli belah high class.
Anak orang kaya kot, lagi malang kalau mak-bapak orang ternama.
Buat malu ah, anak sapa lah tu..

Thursday, December 3, 2009

Emas Naik

Harga emas mencatat kenaikan rekod tertinggi pasaran komoditi.
Sayangnya aku dah jual hampir separuh baru ni, apa boleh buat sesak nak pakai duit.
Apa pun tunggu dividen ASB akhir tahun nanti pakat beli emas.
Deme jangkakan boleh naik sampai USD2500/auns, macam boleh percaya lah..

Wednesday, December 2, 2009

Gula Oh! Gula

Kerajaan membelanjakan RM720,000,000.00 setahun untuk subsidi gula.
Makan@minum terlebih gula menambah pesakit diabetis, jantung & obes.
Bila banyak penyakit kena banyak hospital.
Bila ada hospital kena ada tuan doktor dan pari-parinya.
Akhirnya, kena duit lagi nak dibelanjakan; jumpa doktor kena duit; buat hospital, beli ubat, gaji doktor semua pakai duit.
Engkau keluar modal bagi orang bertambah penyakit, dengan harapan supaya orang akan datang hospital? Pelik jugak dahlah ubatan ada diskaun, apa punya bisnes yang kau buat nih.. Boleh untung ker? Nak kata negara berkebajikan? Kasi penyakit itu kebajikan ke? Ini kebajikan nak kasi cepat mampos!
Gula oh Gula, oh Gula! berita baru dari Utusan 19/12
RM1.45 (1kg) / RM1450 (1tan) - gula dengan subsidi.
RM2.45 (1kg) / RM2450 (1tan) - gula tanpa subsidi.

Tuesday, December 1, 2009

Lionel Messi Wins Prestigious Ballon d'Or Award

Lionel Messi wins prestigious Ballon d'Or award as a European Football of The Year!
1. Lionel Messi (473) Argentina/Barcelona
2. Cristiano Ronaldo (233) Portugal/Real Madrid
3. Xabi Alonso (170) Portugal/Barcelona
6. Kaka (58) Brazil/Real Madrid
14. Ryan Giggs (11) Wales/Manchester United
15. Thierry Henry (9) France/Barcelona.

Monday, November 30, 2009

Usus UMNO Pun Busuk

UMNO kini busuk hingga ke ususnya.
Maka bersedialah kita semua akan duduk dalam toilet selepas pilihanraya akan datang..

Saturday, November 28, 2009

Dua Khutbah

Penat.. Baru bangun lah. Dari pagi sampai tengahari melapah lembu.
Raya Haji tahun ini spesyel sikit, sebab jatuh pada hari jumaat, maka ada dua khutbah & dua kali jugaklah berjamaah ke masjid.
Acara korban di buat keesokan hari sebab lembu 15 ekor tahun ni, confirm tak sempat tumbang sebelum Jumaat.
Jadi atucara Raya Haji tahun ni istimewa, disambut dua hari, Jumaat-Sabtu. + 1 hari Ahad off duty. 3 hari panjangnya.
Kalau tiap2 tahun Raya Haji jatuh hari Jumaat memang happening..
Raya Puasa pulak, elok hari Isnin. Pulun 9 hari cuti ha ha..

Friday, November 27, 2009

Engkau belum Potong? Potong Aje Lah..

Iklan potong P1 telah dipotong, tapi kesannya sangat mendalam. Aku pun terpanggil sama untuk potong buat kali kedua. Bandingkan,
Broadband RM138
-Modem, Speed 3.6Mbps/1.00Mbps , Usage 3GB
Streamyx RM90
-Modem, Speed 1.0Mbps/0.38Mbps, Usage Unlimited
Ps/ Maxis Broadband telah pun turunkan harga pakej sehingga RM78 & Speed ditambah double 7.2Mbps.
Menarik! Tapi aku tetap potong, cukup setahun menderita dengan Broadband. Kalau korang tambah Usage ke Unlimited aku janji langgan balik.
Pilihanku bukan P1, jadi The Winner is TM Streamyx.

Thursday, November 26, 2009

Haji, Korban Dan ...

Macam tak percaya pulak, aku dengan bini sampai juga akhirnya. Sekali lagi aku lompat2 kecil, memang sah tanah suci, syukur sangat!
3 orang arab hitam, barangkali dari Sudan agaknya begitu ramah. Aku salam dan berlaga pipi 3x semuanya. Wah macam dah kenal lama lagaknya.
Kami jalan bersama, syahdu sekali rasanya dapat menjejakkan kaki ke Mekah yang selama ini hanya tengok di gambar. Setelah lama penat bekerja, kini dapat mengosongkan diri bersama Penciptaku.
Dalam perjalanan ke tempat penginapan yang disediakan Muassasah, aku terkejut terjumpa banyak bangkai lembu terbiar ditepi jalan, dan ulat gergasi begitu selera menyedut lelemak. Biniku terkejut, nasib baik tak pengsan. Barangkali lebihan daging korban begitu banyak, agaknya. Tapi kenapa tak diagihkan kepada fakir miskin? Ishh..
Kami singgah di Suq (Pasar) basah, Wow! menimbun2 ikan dan udang dilonggokkan merata2, sampai nak lalu pun tak boleh. Terpaksa jalan tepi longkang sebab dah takde jalan, dek penuh ikan & udang dalam pasar.
Biarlah, badan kami dah penat kami nak cepat sampai penginapan haji, kami nak rehat, nanti nak ibadat lagi. Tapi sekali lagi tanpa sebarang amaran Lava merah gunung berapi keluar dari perut bumi. Aku & bini lari sekuat hati.
Lega rasanya bila dah sampai di penginapan kami, dan belum sempat kami melepas lelah kelibat bayang2 kelihatan merayap dalam bilik tersebut, banyak kali, sekejap muncul sekejap hilang.
Biniku begitu takut sekali, Aku menangis ketakutan. Aku begitu insaf! Dari tadi ada saja benda pelik berlaku pada kami. Apakah ini balasan dosa yang selama ini aku lakukan di dunia ini. Tuhan tunjukkan cash, di Tanah Haram pula.
Ya Allah! Ampunkan dosaku.. aku menangis sambil merayu. Jangan kau ambil nyawa isteriku. Aku kira kelibat tersebut mungkin bayangan Iszrael yang sedang mengintai2 kami. Tolonglah kami Ya Allah.. Ampunkan..
' Bang bangun! Tolong buat susu anak, anak menangis.. '
Hu hu terkena aku, termangu aku fikir apa punya mimpi daa. Apa tafsiran mimpi aku tadi. Dalam mamai itu aku bancuhkan juga susu untuk anak.
Engkau ingat apa tafsiran mimpi aku tu? tanya klik ku. Engkau punya mimpi panjang sangat, kalau pendek senang gua tilikkan, jawabku apabila ditanyakan padaku tafsiran mimpinya. Tapi kalau buat skrip cerita kartun cantek..
Mimpi, kadangkala jadi realiti. Ah.. barangkali ada kaitan esok hari raya AidilAdha ataupun musim orang pergi Haji, korban dan dot dot dot...

Wednesday, November 25, 2009

Planet of Apes

Mengikut teori Charles Darwin manusia berasal dari binatang yang berkaitan mawas.
Macam2 ragam pelik manusia kita tengok sekarang ni. Kes rogol anak, ragut, samun, bunuh diri itu jenayah yang biasa sangat kita dengar. Membela penjenayah, banduan, gengster & perompak pernah kita dengar sebelum ni?
Yang terbaru mengangkat kepala komunis Chin Peng sebagai hero negara lagi pelik, apa jenis jenayah daa..
Aku rasa kajian Darwin memang betul & tepat sekali..

Tuesday, November 24, 2009

November Rain

Guns N' Roses - November Rain


"When I look into your eyes.. I can see a love restrained.. But darlin' when I hold you.. Don't you know I feel the same.. 'Cause nothin' lasts forever.. And we both know hearts can change.. And it's hard to hold a candle.. In the cold November rain.. We've been through this.. Such a long long time.. Just tryin' to kill the pain.. O Yeahh..!
"But lovers always come.. And lovers always go.. And no one's really sure.. Who's lettin' go today.. Walking away.. If we could take the time.. To lay it on the line.. I could rest my head.. Just knowin' that you were mine.. All mine.. So if you want to love me.. Then darlin' don't refrain.. Or I'll just end up walkin'.. In the cold November rain!
"Do you need some time.. On your own.. Do you need some time.. All alone.. Everybody needs some time.. On their own.. Don't you know you need some time.. All alone!
"I know it's hard to keep an open heart.. When even friends seem out to harm you.. But if you could heal a broken heart.. Wouldn't time be out to charm you!
"Sometimes I need some time.. On my own.. Sometimes I need some time.. All alone.. Everybody needs some time.. On their own.. Don't you know you need some time.. All alone!
"And when your fears subside.. And shadows still remain.. I know that you can love me.. When there's no one left to blame.. So never mind the darkness.. We still can find a way.. 'Cause nothin' lasts forever.. Even cold November rain!
"Don't ya think that you.. Need somebody.. Don't ya think that you.. Need someone.. Everybody needs somebody.. You're not the only one.. You're not the only one!
"Don't ya think that you.. Need somebody.. Don't ya think that you.. Need someone.. Everybody needs somebody!

Monday, November 23, 2009

5A Tak Pandai Cakap Melayu

'Amoi, awak tinggal mana?'
" Saya.. er Sorry?!"
'Duduk mane?'
"Er.. apa.. er.. "
'Rumah? Mana? Cheras-Pudu?!'
Staf cashier baru masuk kerja, masih fresh lagi. Macam boleh layan pulak aku tengok.
Melayu ke Cina? Sarawak kah? Baru lepas sekolah? Pernah bekerja?" Macam2 soalan aku dah susun, nak mengorat pun terbantut jadinya. Apa punya sengal budak ni kataku, 'Er.. err.. er.. sekali aku tampar baru lu tau!'
Dia tak tau cakap melayulah, dia sekolah cina, celah Fong. Hai.. you sekolah cina boleh cakap melayu, agak aku. Saya sekolah kebangsaan maa..
Aiyaa.. Kalau macam ni apa guna 16 ribu dapat 5A tapi cakap melayu tak pandai loo!

Sunday, November 22, 2009

Kau Sunyi.. Aku Pun

Daul Kim 20, model Korea disyaki bunuh diri di Paris. Membesar di S'pore, kota jiran.
Jadi bini aku kan bagus. Oh Kim, terimalah lamaranku Kim.. Woww! cantik, muda, model lagi popular. Sape tak nak!
Tapi apo nak di kato.. hanya sebab letih, bosan & kesunyian kau buat keputusan menamatkan zaman bujangmu dengan tragis begini. Sampai hatimu, Kesianlah sama aku.
Adakah ini hasil demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan, menyumbang kes bunuh diri antara tertinggi di negara2 yang gilakan demokrasi.
Pooodah demokrasi!

Saturday, November 21, 2009

Cukup Kuota

Lega rasanya boleh kata semua negara pilihan berjaya lengkapkan kuota ke South Afrika tahun depan.
Paling penting Argentina & Italy mara walaupun bergelut hingga ke akhir sebelum layak. Baru semangat tengok World Cup walaupun main kat Apreka.
Terkilan sikit Mesir gagal walaupun dah hampir benar layak.
Nak harap Malaysia, sukan SEA pun aku ingat hantar team Kelantan jer jadi wakil..

Friday, November 20, 2009

Kubur Di Singapore

Kalau Singapore tenggelam macam dalam filem kiamat 2012, mana Hsien Loong nak lari? Kuan Yew bapak dia punya kubur mana nak ditanam?
Kalau dah pasir tanah besar diangkut bertan-tan lori ke '2nd Israel' tiap hari..
Singapore! Aku bagitau awal, negara lu orang kalau padam, ko kena jadi orang Malaysia yang baik. Itu pun kalau nak lari ke Bandar Iskandariah lah! milik Malaysia apa.. Jangan banyak songeh daa!

Thursday, November 19, 2009

Lipas Man

Aku jumpa Lipas Man tadi.
Bukan Cicak Man, Lipas Man pun ade. Identiti sudah dikenal pasti.
Mamat ni kerja ngan Taukeh yang kononnya menghancorkan lipas, tikus, anai dan spesis len, dasyat ayat aku tuh. Kayo kayo kayo dia.. Bukan dia yang kaya tokeh dia yang kaya! Mana taknya, amik kontrak ngan shopping compleks, pastu tenant diwajibkan servis bulanan.
Ko biak ko racon - ko racon ko biak.. Wow masyukk!
Nak jumpa senang, tunggu 10mlm kat tepi2 Gedung lagi ternama beraturlah van Lipas Man. Malam jugak keje tapi, skema betul. Super Hero ini bengap sikit, suka makan gaji. Agaknya sebab tu mana Super Hero tak kaya-kaya!
Dipergunakan, orang lain dapat nama..

Wednesday, November 18, 2009

Kiamat 2012

Aku rasa kiamat semakin dekat apabila aku tengok film 2012.
dasat betul! ..sound-effect dia.
Ahh macam ye ye jer..

Monday, October 26, 2009

Valentino Rossi World MotoGP Champion

Aku ke Sepang tahun ini tengok motoGP. Valentino Rossi muncul juara MotoGP 2009. Championship
Mandi hujanlah kat Sepang, tapi pukul 3 pun kaunter tiket masih penuh. Apa giller punya event!

Thursday, October 15, 2009

Argentina To World Cup

Argentina quailfy to World Cup after beat Uruguay 1-0. Goal by Bolatti in late minute.The Great Diego Armando Maradona Hand Of God
Betul punya konfiden Maradona dia dah kata boleh masuk World Cup, boleh! sapa boleh lawan over konfiden dia. Tabik aku!

Thursday, September 17, 2009

Valentino Rossi Tak Boleh Duduk Diam

Bintang MotoGP, Valentino Rossi bercadang menyertai perlumbaan kereta dalam tempoh sedekad selepas bersara dari perlumbaan motosikal dunia.
Kontrak pelumba Itali itu dengan Yamaha bakal tamat pada hujung 2010 dan dia memberi petanda bahawa mahu terus beraksi dalam MotoGP selepas tarikh itu sebelum beralih ke perlumbaan empat tayar.
Dalam temubual bersama laman web autosport.com, Rossi mengakui dia bimbang jika hidupnya tiada cabaran selepas bersara daripada MotoGP dan teruja memulakan karier dalam perlumbaan kereta.
"Saya rasa tidak selesa. Saya tidak dapat bertenang. Saya bimbang mengenai masa depan," katanya.
"Pastinya mustahil untuk saya mencari sesuatu yang dapat memberikan perasaan yang sama, motivasi yang sama dan rasa teruja yang sama.
"Tapi, saya harap dapat meneruskannya dengan motosikal dan tidak mustahil kekal di kedudukan teratas. Selepas itu, sebahagian karier saya dengan kereta atau jika tidak pada tahap yang sama, biarlah ia di tahap yang baik.
"Dan saya rasa tidak mustahil untuk terus berlumba dalam 10 tahun lagi. Ia lebih mudah dengan tali pinggang keledar, bukan?"
Rossi sebelum ini menyertai beberapa rali, menguji DTM Mercedes dan mencuri tumpuan apabila memandu uji untuk pasukan Formula Satu (F1) Ferrari ketika menimbang kemungkinan beralih ke perlumbaan kereta tahap tinggi pada 2006.
Namun, dia kemudiannya menolak untuk menghabiskan sepenuh masa dalam F1, tapi tetap berminat menyertai sesi ujian bersama Ferrari andai berpeluang melakukannya.
"Saya tidak tahu bila, tapi saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka," kata Rossi. "Berpeluang berlumba dengan Ferrari adalah sesuatu yang amat penting."
Dia turut mendedahkan bahawa perlumbaan 24 jam Le Mans turut berada dalam senarai perancangan masa depannya.
"Le Mans adalah salah satu pilihan saya," kata Rossi. "Saya harap berpeluang menyertai Le Mans pada masa akan datang."
Legenda F1, Stirling Moss memberi amaran kepada juara MotoGP dunia lapan kali itu dan menentang peralihan dari dua tayar ke empat tayar kerana menyifatkan pelumba dari Urbino itu 'terlalu bagus' untuk mengambil 'langkah ke belakang'.
"Saya pasti Rossi akan berjaya dalam F1 jika dia mahu," kata juara grand prix 16 kali itu, yang bakal meraikan ulangtahun kelahirannya ke-80, esok.
"Jika anda cemerlang dalam satu cabang sukan permotoran, pasti anda cemerlang dalam cabang yang lain, dan Rossi pelumba berbakat serta memahami kepantasan, jadi saya pasti dia akan berjaya dalam F1 - walaupun pada usia 32 tahun apabila dia bersara dari MotoGP - tapi secara peribadi saya tidak mengesyorkannya.
"Saya rasa dia terlalu bagus untuk F1. Dia pasti merevolusikan litar dengan unsur-unsur jenaka. Jika dia serius mahu menyertai F1, saya pasti keinginan dan dedikasinya itu mampu membuatkannya berjaya, tapi saya tidak fikir dia patut melakukannya - ia langkah ke belakang.
"Suasana di litar F1 juga berbeza dengan motosikal, tidak begitu menyeronokkan dan lebih serius - dan saya tidak merasakan dia menyukai suasana itu."
-Terjemahan dari Metro-

Thursday, August 20, 2009

Kalimullah Dan Khairy Ejen Singapura?

Seorang pembaca Rashid Ismail dari Kajang telah mendedahkan di Forum Utusan Malaysia pada 19 Ogos tentang peranan Malaysian Insider portal berita yang dijalankan oleh orang kepercayaan Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi iaitu bekas Pengerusi NST Kalimullah Hassan dan Brenderan Perera sebagai alat kepada Pakatan Pembangkang.

Selanjutnya baca Kalimullah Dan Khairy Ejen Singapura?

Friday, July 31, 2009

Michael Schumacher Sensational F1 Return With Ferrari

Michael Schumacher kembali beraksi untuk Ferrari. Nampaknya boleh tengok F1 balik. Yes!
Dan kemudian menarik balik penampilan semula di arena F1. Bagus juga aku potong sukan Astro, naik 12hinggit!

Sunday, July 19, 2009

Man U vs Malaysia

Aku baru balik dari stadium Bukit Jalil, letih betul tapi seronok ramai betul orang. Ada senang update lagi. Penat dan nak tidur je sekarang ni..
Sambung balik.. Naik LRT dari Hang Tuah ke Bukit Jalil sesak-barat sampaikan nak balik game yang dah abis pukul 7 sampai kat Pudu pukul 11. Punyalah penat. Tapi puas hati game yang fair, baik bagi Malaysia sebagai pengalaman dan baik juga untuk MU mukadimah game untuk musim ini. Owen yang baru pindah score sebijik gol setelah sekian lama gersang di Newcastle.
Tapi result dari game tadi aku ramal team kali ni sedang-sedang je, setelah Ronaldo angkat kaki ke Inter. Di tambah Chelsea, Arsenal, City & Liverpool begitu ghairah memborong player terbaik dunia.
Biarkan..

Sunday, June 28, 2009

Friday, June 26, 2009

Farewell Michael Jackson ;( , ,,,,,,,,,,,

Michael Jackson, 50 meninggal dunia. Lagenda penghibur terhebat abad ini sebaris dengan Elvis Presley dan The Beatles meninggalkan kita dengan cerita2 sensasi dan kontraversi sepanjang penglibatan beliau 40 tahun dalam industri itu.
Michael Jackson Meninggal Dunia
Aku rasa aku adalah salah seorang peminat beliau walaupun macam2 kehidupan peribadi beliau didedahkan, tapi memang tidak berubah respect aku pada beliau. Memang terkilan bila orang kita minati diakhir hayatnya seolah2 kita tidak mempedulikan jasa besar beliau dalam industri hiburan dunia.
Michael Jackson Meninggal Dunia
Kalaulah betul beliau islam aku sedekah alFatehah untuk rohnya, AlFatehah.. Kalau tak, takde apa bezanya pun dengan apa yang lebih besar dari ketokohannya pada insan yang bernama Michael Jackson.

lagi berita sini.. sini.. sini..
artikel menarik sini.. sini..

Friday, June 19, 2009

Ah! Wala Jer La...

"Maaf Pak Lebai. motor Honda takda. Dah habis. Yamaha ada la."
"Yamaha, pun Yamaha la. Janji Honda."
"Bukan Honda la Pak Aji... ini Yamaha."
"Yamaha, pun Yamaha la. Janji Honda, janji wala."
"Alaaa.... bukan Honda maaa... ini Yamaha."
"Yerla. Aji tak kisah. Janji Honda."
"Warghhhh... waaaa....... "

Monday, June 15, 2009

Kalahkan 99 Dapat 99


Akhirnya Valentino Rossi mendapatkan angka keramat itu 99 dengan menewaskan penunggang bernombor 99 Jorge Lorenzo, rakan sepasukannya. Kemenangan bergaya itu berlangsung sengit sehingga lap terakhir mendebarkan 90,000 penonton di litar tuan rumah musuh terbarunya Lorenzo di Barcelona, Sepanyol.
Valentino Rossi kalahkan Pelumba 99 dapat kemenangan ke 99
Apa yang menarik persaingan sengit itu adalah datang dari 2 pelumba yang berada didalam satu pasukan dan kedua kumpulan mekanik masing2 semacam berperang antara satu sama lain. Satu bumbung pasukan, baju yang sama tetapi bersaing merebut tempat teratas.

Setelah kemenangan diatas litar yang menjadi antara trek kegemaran Rossi itu, MotoGP semakin menarik dengan pendahulu kejuaraan 106 mata terikat oleh 3orang pelumba mengikut turutan podium itu didahului Valentino Rossi-Jorge Lorenzo-Casey Stoner.

Saturday, June 6, 2009

Husam, Mat Sabu Sebungkus

Perwakilan PAS mengekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden mengenepikan golongan yang bukan ulama atau kurang ulamanya. Nasa mendapat 480 undi jauh meninggalkan Husam yang hanya lebih 20 undi dengan Mat Sabu yang mendapat 261 suara.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Bermakna hasrat Husam yang dikatakan puak Erdogan untuk merubah kepimpinan atasan PAS tidak berjaya. Ini kerana Husam dibayangi Anwar Ibrahim yang membuatkan perwakilan merasakan kemungkinan PAS akan terus menjadi pak turut atau tunggul dalam Pakatan Rakyat. Disamping mengelakkan lebih pergeseran dan politiking pucuk pimpinan tertinggi pada masa depan.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Hasrat itu dizahirkan dalam persidangan Pemuda sebelum ini, perwakilan pemuda yang kini dipimpin oleh seorang ala2 Khomeini atau ekstrimis arab Osama Laden itu menggesa pucuk pimpinan lebih agresif & dominan dengan memainkan peranan utama dalam Pakatan Rakyat.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Dalam hukum politik kalau nak menolak (dibunuh) seseorang maka seseorang itu perlu dihapuskan terus, kalau tidak pasti ia akan bangkit menentang di kemudian hari. Ingat! api tidak akan terpadam kerana baranya sentiasa menyala. Sesungguhnya ahli yang taat sentiasa patuh dan alert akan signal ketuanya dan ternyata jemaah PAS memang pakar dan ganas dalam bab2 ini.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Keputusan antara lain Nizar, Azizan, Hasan Ali & KJ mendapat undian tertinggi AJK Pusat sesuai tahap mereka yang glamour taraf menteri besor. hoho
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Takbir!! 3x

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Terengganu Runtuh

Satu berita yang menjadi tajuk utama muka depan semua akhbar di M'sia. Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh 60%. Stadium yang boleh memuatkan 50ribu orang itu mujur tidak mengorban sebarang nyawa, kerana kejadian 9pagi itu tidak mempunyai sebarang acara.

Bayangkan waktu runtuh dipenuhi ribuan orang dan VVIPnya pasti menjadi tajuk berita dunia. Stadium yang dikatakan caggih telah dirasmikan Agong dengan 'selamat' hanya Mei tahun lepas, kebetulan tempat yang runtuh adalah grand-stand yang menempatkan tempat di-Raja. Projek mega ini menelan belanja lebihRM400juta sahaja.

Kontraktor yang arkitek dikatakan bertanggungjawab membina stadium tersebut adalah dari Korea, namun dikatakan masih dibawah penyelian JKR. Siapa yang bertanggungjawab perlu membina semula stadium yang runtuh itu.

Stadium 'penyu' yang canggih itu terletak ditepi pantai tanah bekas lombong itu adalah yang pertama di Asia dibina tanpa tiang disangkut pada bumbungnya, dan itu jugalah yang menjadi punca utama keruntuhannya.

Disamping itu kerajaan perlu memantau semula projek mega yang seangkatan dengannya seperti masjid kristal dan projek lain di T'ganu. Sesiapa yang ada kaitan dengan projek dalam stadium ini perlu diperiksa projek yang mereka jalan sebelum dan sekarang ini.

Begitu juga bangunan dilembah klang spt KLCC, litar Sepang, KLIA, Putrajaya perlu diperiksa ketahanannya supaya boleh kekal lama selama 500juta tahun akan datang.

Baru sebulan dua kita merasa tak sedap hati keadaan di Terengganu, kerana dengan tiba2 timbul ura-ura Adun T'ganu akan mengusulkan undi tidak percaya MB Ahmad Said, setelah pelantikan kontraversi MB barunya reda sekejap dan kini tak semena2 berbunyi semula dan getaran itu tanpa disangka telah menghasilkan berita yang lebih besar dan lebih sensasi pula.

Adakah ini juga salah satu punca runtuhnya bumbung stadium yang dibina oleh Idris Jusoh, MB sebelum ini. Tentu ada hikmahnya 'bala sungguh' ini semua, setelah kita digemparkan bangunan pasaraya runtuh di PJ 28 Mei baru ini. Ada mesej yang disampaikan dalam peristiwa semua ini.

Tuesday, June 2, 2009

Tapak Kaki Siapa?

Lif terbuka ditingkat5, aku melangkah cepat keluar tanpa dapat kutahan perasaan lagi. Sesampai di depan pintu bilik itu hatiku berdebar2, aku melihat dibawah, dilantai ada kesan tapak hitam.

Dadaku berdegup kencang, lalu aku mengikuti kesan tapak itu sehingga sampai didalam bilik yang lebih kecil didalamnya. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Ya Allah! tolong..!!" aku menjerit dalam hati. Apa dalam mangkuk tu? Siapa yang melepas bom ni! tak gheti2 flush air ker. Aku nak melepas pun dah terencat, Celaka punya lembu! Kau tak belajar sivik ker? Kalau kat rumah korang suka hatilah nak berak kat atas katil ke, bawah katil ke.. Ini tandas awam! Bukan ko sorang nak guna. Kalau aku nampak kau keluar dari toilet tadi, aku tarik kau cuci. Sumpahku mengalahkan supervisor tukang cuci kompleks nih.

Tentu kita biasa terkena keadaan begini, bukan apa aku dari semalam duk tahan2, bila jadi macam tu tak geram jadinya.

Sepatutnya cubalah beradab sikit dalam tandas bukan diluar saja, sebab dah diajar dari kecil lagi kebersihan dalam tandas adalah penting. Kalau nak nilai orang dalam rumah itu maka tengoklah tandasnya. Itulah cermin keperibadian seseorang bila diluar.

Kalau aku di asrama dulu, kami digilir2kan mencuci bilik air, dan bila kena denda disitulah tempat hukumannya. Begitulah ditekankan pentingnya tandas yang bersih kerana disitu kunci sebelum nak mulakan ibadat yang sah, ia lebih kepada bersuci sebenarnya bukan sekadar cuci.

Dari kecik dah diajar, tapi masih ada lagi orang serupa punk ini. Aku fahamlah kalau orang islam kalau masuk tandas mangkuk ni, diorang tetap suka bertinggung, sebab takut ada najis ditepi mangkuk itu. Tapi ada cara lain boleh dilakukan supaya tandas tak kotor, lantai tak basah dan kesan tapak kasut merata2.

Kalau tak reti juga aku boleh tolong ajarkan. Ok dengar ni aku nak ajar! (geram betul nih)
  1. Ingat! Bila kita masuk bilik air, bagaimana anda masuk keadaan yang bersih begitu juga bila anda keluar.
  2. Pilih tandas cangkung atau duduk dimangkuk. Kalau anda pilih mangkuk tolong jangan bercangkung.
  3. Periksa air dulu. Ada ke tidak air untuk flush nanti & air untuk mencuci. Kalau pakai batang paip cuba halakan air ke dalam mangkuk, jangan basahkan lantai.
  4. Cuba periksa tisu atau kain cuci/lap. Cina biasanya pakai tisu jer tak payah guna air pun. Kalau syarat istinja pun boleh guna air, batu atau benda kesat. Tapi aku mesti cari air juga takut nanti berbau dan tak selesa. Satu lagi sabun, kalau takde sabun aku ambil sabun dari sinki luar dengan tisu.
  5. Kalau anda guna tandas mangkuk, ada 2 lapisan penutup. Lapisan yang menutup seluruh lubang dan lapisan menutup bibir mangkuk, ia digunakan untuk kencing berdiri. Kalau nak kencing aku ingat gunalah mangkuk dinding diluar tandas, tak salah pun janji tak terpercik dan lawas.
  6. Kalau anda ni alim sangat, lebai, pemalu, tak selesa, aib atau tandas mmg kosong, bolehlah guna tandas dlm bilik asalkan anda tutup lapisan kedua itu jika nak kencing berdiri, kalau nak duduk bukalah kedua lapisan itu dan jangan bertinggung atasnya, kalau was2 nak duduk, letakkan tisu diatas bibir mangkuk dan suka hatilah nak bertinggung ke.
  7. Jangan fikir kebersihan & kesucian diri kau je, fikir sama orang ramai yang tengah tunggu turn pun nak bersih juga. Bila nak berak eloknya duduk atas bibir mangkuk, lap pakai tisu sebelum duduk sampai bersih dan kering dan tisu itu dicampak dalam lubang air, takdelah percikan yang kuat nanti.
  8. Habis saja 'buang' terus flush. Kemudian barulah cuci pakai air paip atau tisu. Setelah yakin bersih, sabun & sbgainya, lapkan tangan dan buntut lu dengan kain/tisu dan flush sekali lagi & tutup balik lapisan penutup kencing.
  9. Keluar, sekali lagi sabun dan lap disinki. Jangan sampai merenjis air ke lantai walau setitik pun.
Begitulah cara bertamadun yang boleh diamalkan. Berapa kali anda gunakan tandas yang sama setiap hari? tentu boleh memikirkan cara yang paling licin dan baik. Kalau tempat baru dan tak biasa kita gunakan, biasanya kita check air dulu dan pilih tandas yang di dalam bilik, yang lain kita tak fikirkan sangat. Tapi kalau hari2 guna takkan gheti lagi. Fikirlah sendiri, tentu ada cara jalan terbaik supaya kita berkeadaan bersih dan suci, dan lebih penting orang lain juga sama bersih seperti anda.

Lainlah bangunan itu runtuh dan kita terperangkap, maka berak dan kencinglah ikut dann, luar lubang ker? tepi lubang, dalam lubang dah tak peduli lagi dah! Ketika tu nak ikut cara dan hukum? air pun tak peduli lagi dah, darurat! Bayangkan kalau anda berada dalam situasi begitu..

Brushhhh.. aku flush dan terus keluar dan bertembung dengan cleaner wanita "Bangsat tapak kaki siapa kotor bener.." dan dia terkejut dan terdiam bila terpandang mukaku. Aku senyum dan terus berlalu. Cis! Sudahlah aku jadi part time cleaner tanpa gaji tadi, free je kena bangsat.

Untuk rujukan hukum cari di google atau yahoo di sini dan sini..

Thursday, May 28, 2009

Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC

UPDATE 3
25MAY'09 11:53PM

Aku dan Achik isi minyak sekejap di Petronas dan jumpa Achu sorang lagi adikku, dia Liverpool fan so dia tak ikut. Tengah pam tayar dan isi air, hujan mula turun. O oo.. macam mana nak tengok open show kalau hujan, kantoi.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Sedang macam2 difikirkan, sedar2 dah sampai di Sunway singgah ambil Yan, Syafik dan Paat terus ke restoran Bidara. Hujan baru turun di sini, ah! kami nekad redah saja. Kalau lebat sangat baliklah gamaknya.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Jam menunjukkan hampir 2 pagi, lokasi sudah penuh dengan penyokong MU dan anti-MU, walaupun game akan bermula sejam lagi. Nasib baiklah hujan dan semua bertempiaran lari ke kaki lima kedai tinggalkan kerusi-meja yang basah. Dapatlah kami ambil tempat duduk sejurus itu khemah makan dipasang.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Aku tercari2 penonton final tahun sudah, lawan Chelsea kalau ada peminatnya disini yang kali ini menyokong Barca pula, arab mabuk dulu pun tak nampak. Memang happening tahun lepas.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Penyokong MU memang ramai sekali berbanding Barca, mungkin La liga kurang diikuti peminat bola di M'sia, tetapi sebab bencikan MU maka datang sokong Barcelona untuk menunjukkan kebencian tersebut.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Permainan yang dijangkan hebat dan sengit bertukar sebaliknya. Bunyi saja wisel permainan, Barca yang bermula gugup terselamat cubaan bahaya Ronaldo, sebaliknya menunjukkan Red Devil siapa sebenarnya pasukan yang seolah2nya tidak bersedia untuk final. MU yang memakai jersi serba putih bermain serba tak menjadi, serta diluar kemampuan sebenar. Barcelona menggunakan kesempatan itu menguasai bola dengan cemerlang.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Hasilnya Barca menggamatkan seluruh stadium Rome dan seluruh peminat di dataran sunway ini dengan gol Eto'O pada minit ke-9 dan tandukan Messi ke-70 memberikan 3 kejuaraan buat Barcelona pada tahun ini. Barcelona bukan hebat sangat tahun ini tetapi mempunyai waktu yang tepat untuk mengharungi musim yang sangat gemilang bagi kelab itu.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Tiada kekecewaan bagi penyokong MU yang mula meninggalkan dataran sunway, sememangnya Barca layak dan tewas kepada juara Sepanyol itu adalah satu penghormatan buat MU. Kalau tewas kepada Arsenal atau Chelsea pasti menyakitkan hati dan mungkin tak lena tidur dibuatnya. Dan beberapa kerat penyokong2 mereka inilah masih tidak berganjak tersenyum puas melihat tewasnya MU.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Seorang sepupuku yang memang anti-MU dari semalam lawan sms, aku balas "MU dan Barca aku punya, Real Madrid Arsenal Chelsea bukan aku, menang kalah x kisah. Tp bagus jugak Barca kena belasah 4bijik gol" hangatku. Pasti dia seronok giler result pagi ni dan tadi dia menulis ringkas "Hehe.." Aku faham maksudnya dan aku balas kembali, aku harap dia faham maksud aku kali ini.

"Hehe.. Dah mcm umno lwn Pakatan Rakyat, bukan sokong sangat PR janji umno kalah! MU main macam taik, Messi yes player of the year kali ni.. Sokong yang terbaik, menang.."
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Aku kata kalau dia balas, maknanya dia tak dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan. Semua penyokong MU cool, tiada kecewa sangat. Menang sudah selalu, kalah sekali sekala perlu. Dan sepanjang perjalanan pulang aku bersembang rancak dengan Achik mengutuk Ronaldo & MU atas prestasi dan sikap angkuh mereka. Dan kataku "Kalau Ronaldo ke Real, kan bagus Messi masuk MU?" Huhu..

Sampai rumah 5.30 pagi, tak macam tahun lepas pukul7. Sebelum aku tidur aku belek sms, tiada balasan..
********************************************************
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC

UPDATE 2
28MAY'09 5:21AM

Bravo Barcelona the King of Europe 2009!
Man United 0 - 2 Barcelona
Eto'O, Messi .
Messi layak untuk pemain terbaik tahun ni. Aku masuk tidur dulu..
********************************************************


Manchester United vs Barcelona FC, siapa bakal bergelar juara? akan ditentukan beberapa jam sahaja lagi. Man U dan Barca kedua2nya kelab pilihanku, MU adalah kelab yang aku ikuti selalu perkembangannya sementara di Spain Barca adalah pilihanku berbanding Real Madrid.
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC
Jadi kita layan saja game pagi nanti sampai habis, perlawanan antara juara England dengan juara Sepanyol ini dijangka hebat. Ditambah lagi kelibat 2 penyerang terhebat masa kini, Ronaldo dan Messi pasti syok, tak rugi menontonnya samada menang atau kalah. Apapun jangkaanku MU akan belasah Barca 4 bijik gol mlm nih.. huhuhu
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC
Aku nak gerak dulu ke Sunway menyaksikan live di restoran mamak disana, pasti riuh nanti! Penyokong MU lawan dengan anti-MU. macam UMNO lawan Pakatan Rakyat pulak.

Monday, May 25, 2009

Jatuh dan Jatuh

*Valentino Rossi terjatuh dari motornya pada beberapa lap2 terakhir, dan hanya menduduki tempat ke-16 dilitar Le Mans yang basah pada grand prix France. Ini menjadikan Lorenzo mendahului mata dan pelumba lain merapatkan kedudukan.
-kadang2 nasib sentiasa menyebelahi kita..

*Antara kelab elit Inggeris Newcastle United yang dibimbing Alan Sherer jatuh ke division 1 setelah berada selama 16tahun dalam Liga Perdana. Pasukan yang membariskan ramai pemain bertaraf antarabangsa seperti Owen, Duff, N.Butt, Viduka, Collocini serba tidak kena apabila tewas pada Villa di perlawanan terakhir, walaupun sebenarnya mereka perlukan hanya 1point untuk kekal.
-kadang2 nasib tidak menyebelahi kita..

*"Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Begitu juga Velupillai Prabhakaran terbunuh setelah pemerintah Sri Lanka menggempur kubu pemimpin Tamil Tiger itu. Ramai juga penyokong puak2 ini di M'sia seperti Hindraf dan MIC.
-kadang2 kita ingat nasib sentiasa bersama kita..

*Bekas Presiden Korea Roh Moo-Hyun terjatuh dari tebing bukit dirumahnya. Nota terakhir darinya mengesahkan beliau sememangnya ingin membunuh diri setelah menghadapi tuduhan rasuah, ia menjadikan peristiwa pertama dalam sejarah Korea seumpamanya.
-kadang2 kita ingat nasib tidak nenyebelahi kita..

Sunday, May 24, 2009

1-2-3, Cheese...


Semalam Thomas hantar sms kat aku, minta hantar nama penuh nak daftar nama aku kalau nama aku ketinggalan.

Baru pagi ni aku teringat aku kena masuk pagi, sebab ada seminar Cheese di Bangsar. Apalagi kelam kabut aku dibuatnya, tengok jam pukul11. Sial! boleh tak ingat pulak. Sampai ofis jumpa bos katanya tolak pukul 12.30. Takdelah apa2 pun, aku yang kelam-kabut tak tentu pasal. Agaknya jarang pergi seminar kot, lagipun nak mencari tempat di Bangsar bukan main susah.

Kami berempat naik kereta Jamal, sampai di Hotel Le Meridien dan terus ke tingkat 8 meja pendaftaran disambut Thomas sendiri. Dan terus dibawa makan cheese yang di sponsor ARLA, turut menunggu salah seorang prinsipal dari Denmark yang akan bertolak pulang malam karang. Sempat lagi buat bisnes mat saleh ni, asal singgah aje mesti ada program bisnesnya. Lagipun barangannya mahal berbanding produk lain dan negara islam seperti M'sia pasti sensitif dengan halal-haram. Jadi mesti kena raikan pelanggan.

Banyak sungguh hidangan yang disediakan oleh chef hotel, menariknya semuanya berkaitan cheese. Pizza, lasagna dan macam2 lagi aku tak tahu apa namanya dan setiap hidangan ditulis kandungan cheese yang digunakan samada mozarella, parmesan, Cheddar, mould cheese dan banyak lagi, semuanya cheese.

Bila disebutkan cheese sudah tentu ada kaitan dengan butter, cream dan semestinya susu kerana ia diambil dari mamalia tersebut: lembu, kambing, biri2, kerbau, rusa, unta dan orang? boleh kot.. Dan sudah tentu ia mempunya rasa tersendiri.

Bagi aku industri cheese di M'sia amatlah cerah, memandangkan hampir tiada pembuatannya disini, maka kita mengharap cheese import dari Denmark, England, Austalia, US, Italy dan lain2. Baca Chedet sini dan sini.. Dan sudah tentu harganya berganda2 disebabkan import dan cukai. Sedangkan permintaan semakin meningkat. Harus diingat, bila anda membuka industri cheese bermakna anda membuka industri lain spt ternakan, daging dan juga sampingan daripadanya.

Kalau kita lihat skrang rakyat M'sia sudah mula menukar resepi diet harian mereka, terutama orang cina. Daripada makan tradisional semata2 kepada gemar gabungan makanan berat yang menjadi sajian Global terutama di Eropah dan Timur Tengah.

Cheese adalah lebih dari bisnes sebenarnya, ia berkaitan budaya baru di M'sia. Yakni menukar cara diet masyarakat daripada makan karbohidrat kepada lebihkan makanan tenusu, fiber dan tinggi protein, akan menukar sama sekali fizikal (ketinggian), kesihatan, keyakinan dan kecerdasan rakyat Malaysia supaya 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan orang luar. baca sini - sini - sini - sini - sini dan sini

Jadi kalau kita boleh simpan duit gaji untuk Astro, tol, prepaid, tengok wayang dan macam2 lagi, apalah salahnya kita simpan secara tetap untuk makanan tambahan berkhasiat ini. Kalau pun tidak untuk kita fikirkan untuk anak kita.

Majlis kemudian bersambung dengan seminar didewan sebelah. Tinggi sungguh mat saleh yang bagi ucapan tu, agaknya makan roti dengan cheese hari-hari. Di ceritakan serba sedikit mengenai cheese dan syarikatnya. Letih betul mendengarnya, macam masuk sekolah balik.

Pukul2.30 ada tea break, aku tak berapa selera nak makan, perut meragam. Keluar di swimming pool disebelah seminar room mengasap sambil cuci mata tengok orang putih berjemur tengah panas terik, macam tak pernah jumpa matahari pulak. Wow besarnya, betul lah makan roti & cheese.. Ada pokok kelapa atas bangunan, pergh!

Sambung seminar, ada dailog dan kuiz dan diakhiri dengan penyampain sijil dan bergambar kenangan bersama semua peserta yang semuanya dari industri food service dan hotel, kecuali kami berempat. 1-2-3, cheese...

Balik ofis sambung kerja macam biasa, Sempat aku cilok kek dari hotel tadi dan bagikan pada staf aku. Dan bila keluar program semacam ini terasa macam2 idea datang dan bersemangat aku kerja.. Ye lah! sekejap je tuh, lepas tu lembik macam bubur nasi.

Sunday, May 17, 2009

Champion vs Looser

Man United 0 - 0 Arsenal
Manchester United kenduri Juara Liga Perdana Inggeris '08/'09! 3kali berturut2..

1stHafiz 2ndAril 3rdAkim 4thYazid 5thIsma
Akademi Fantasia 7 melabuh tirai! Tiada kejutan tak menjadi.. Produksi AF terbaik pernah diterbitkan..




Malaysia 0 - 3 China
Malaysia terkandas di semi-final Piala Sudirman tewas pada China. Kejohanan Badminton Pasukan Campuran Dunia itu menemukan China vs S Korea di final.


Malaysia 3 - 3 China
6 penalti 7
Malaysia tewas lagi ditangan China kali ini Hoki Piala Asia VIII dalam penentuan tempat ke 3-4.

H1N1

Malaysia 11