Saturday, June 6, 2009

Husam, Mat Sabu Sebungkus

Perwakilan PAS mengekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden mengenepikan golongan yang bukan ulama atau kurang ulamanya. Nasa mendapat 480 undi jauh meninggalkan Husam yang hanya lebih 20 undi dengan Mat Sabu yang mendapat 261 suara.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Bermakna hasrat Husam yang dikatakan puak Erdogan untuk merubah kepimpinan atasan PAS tidak berjaya. Ini kerana Husam dibayangi Anwar Ibrahim yang membuatkan perwakilan merasakan kemungkinan PAS akan terus menjadi pak turut atau tunggul dalam Pakatan Rakyat. Disamping mengelakkan lebih pergeseran dan politiking pucuk pimpinan tertinggi pada masa depan.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Hasrat itu dizahirkan dalam persidangan Pemuda sebelum ini, perwakilan pemuda yang kini dipimpin oleh seorang ala2 Khomeini atau ekstrimis arab Osama Laden itu menggesa pucuk pimpinan lebih agresif & dominan dengan memainkan peranan utama dalam Pakatan Rakyat.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Dalam hukum politik kalau nak menolak (dibunuh) seseorang maka seseorang itu perlu dihapuskan terus, kalau tidak pasti ia akan bangkit menentang di kemudian hari. Ingat! api tidak akan terpadam kerana baranya sentiasa menyala. Sesungguhnya ahli yang taat sentiasa patuh dan alert akan signal ketuanya dan ternyata jemaah PAS memang pakar dan ganas dalam bab2 ini.
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Keputusan antara lain Nizar, Azizan, Hasan Ali & KJ mendapat undian tertinggi AJK Pusat sesuai tahap mereka yang glamour taraf menteri besor. hoho
keputusan pemilihan muktamar pas ke-55
Takbir!! 3x

No comments:

Post a Comment