Thursday, December 17, 2009

Gol Emas Untuk Malaysia

Tanpa sebarang harapan, skuad bolasepak bawah-23 negara tiada seeorang pun menduga (kalau ada bagi tau) muncul juara selepas 20 tahun, menewaskan juara bertahan Vietnam 1-0. Gol hadir minit 83. Vietnam tersungkur melalui gol sendirinya.
Aku tabik dan respect pada skuad kendalian K Rajagopal kerana menggunakan peluang & nasib sebaik mungkin. Ini yang dikatakan tuah badan datang pada waktu yang tepat.
Macam mana skuad Thailand, Indonesia, Vietnam & pasukan import Singapore lunyai, seolah2 kena suap atau layu kena pukau. Ini namanya bijak ambil kesempatan atas musuh yg lemah.
Ini perangai Malaysia pelik sikit, kalau bagi harapan besar mesti hancor,elok dibiarkan mereka bermain sendirian. Bila tak peduli macam sekarang menang pulak. Tak payah nak kecoh2 sokong bagai nak rak, terutamanya ni bila dah menang tengoklah orang2 yang lebih sudu dari kuah..
Itulah korang tak mahu ambil pengajaran, lain kali kalau dah menang tak payah bangga sangat, sebab nak mengekalkan prestasi yang ada memang senang pulak nak tersungkur! so rileks jer! Dan bila dah kalah tak payah nak kutuk & bandingkan itu ini dulu kini & lantaklah kalau budak2 tu nak besaq kapla ke apa...
Bukannya jadi juara dunia ke atau berada di ranking no1 dunia, Asia? malah Asia tenggara pun. Kalau berada sampai ketahap itu sekalipun tiada skuad mana pun di dunia ni berani angkuh cakap besar, kecuali kelab2 boleh, sebab lebih kepada saingan bisnes dan saiko politik aje.
Jadi untuk skuad ini aku tak letak sebarang harapan pada masa depan kecuali naikkan ranking atas 100 cukuplah!
Terus terang aku kata, tak tengok walau satu game pun Malaysia main di Laos, walau siaran ulangan walau ulangan gol. So rugi ke?

Ps; Aku dedikasikan kemenangan istimewa Malaysia ke atas Vietnam ini bukan untuk Khairy atau penyokong Kelantan tetapi untuk BB Tan yang diserang heart attack di Airport Vietnam minggu lepas. Takziah kalau ada keluarganya yang terbaca.

No comments:

Post a Comment