Tuesday, May 12, 2009

AF Masuk

Hari ini aku tak bekerja, dapatlah meluangkan masa bersenang-senang menonton tv & melayari internet sepuas2nya. Banyak sekali event yang sudah sampai ke kemuncaknya. Samada di luar negara maupun dalam negara.

Piala FA & Liga Perdana Inggeris makin mendebarkan bila nak sampai ke penghujungnya, dapatkah Man U menepis serangan bertubi2 dari Liverpool, Chelsea & Arsenal? Aku rasa boleh. Begitu juga dengan saingan Liga2 negara Eropah yang lain ada yang sudah juara dan ada yang sedang bergelut untuk menang. Champion League, pertembungan 2 juara Barca vs MU bakal menentukan kelab terbaik eropah, lebih dari itu mempengaruhi siapa yang akan dinobatkan penyerang terbaik Dunia. Ronaldo atau Messi?

Begitu juga dalam dunia hiburan, American Idol sudah hampir ke final. Di Malaysia, kebanjiran program realiti begitu merimaskan. Yang paling popular Akademi Fantasia, juga sudah ke konsert final minggu ini.

Hari ini aku tengok ulangan dairi & konsert mingguan, memang banyak peningkatan para peserta tunjukkan. Mungkin sebab aku dah lama tak tengok AF kerana sibuk bekerja, maka peningkatan lebih kelihatan. Atau, aku tonton konsert saja tanpa melihat dairi jadinya konsert kelihatan lebih hebat. Sebelum ini heboh dikatakan 'tranformasi' Tomok dalam OIAM3, dan ramai yang teruja. Memang hebat persembahannya, tapi aku rasa AF kali ini lebih berbisa!

Bila difikir tengok, menariknya program realiti terutama AF ini, drama yang mewarnainya seakan realiti dunia politik tanahair. Bersandarkan 100% undian dari penonton membuatkan pertandingan yang sepatutnya diadili melalui nyanyian pentasnya menjadi lebih luas dan terbuka skop penilaian & penilaian pengundi dalam menentukan siapa yang 'layak' menjadi juara AF. Aku tertarik mengikuti semula perkembangan AF apabila pelajar favourite Aril terkeluar hanya pada konsert ke-7. Aku tertarik nak ulas pasal AF sebab budak ini, persembahan konsisten dari mula akademi, taklah bersandar semata2 adik artis, pengacara tv, penari shuffle bertaraf antarabangsa , mempunyai kelab dan pengikutnya sendiri. Dan masa depannya cerah dalam apa pun disiplin industri hiburan walau apa pun kedudukannya dalam AF.

Hasil dari penyingkirannya dikatakan rasa 'terkejut' dalam dan diluar dewan. Ramai mengatakan dia dah terkena badi pelajar2 kiut kesukaan ramai terkeluar awal. Ada mengatakan dia dah popular, over dalam diari, mengada2, cakap besar, budak KL tiada pengikut maka itu sebab dia terkeluar. Chat@ 15 blog jadi medan mengutuk bukan tempat menonjolkan bakat peserta, lebih2 lagi diuar2kan ada AF Masuk yang menimbul macam2 polemik! Perangainya poyo dsbgainya.

Sebenarnya pengutuk2 Aril bukanlah tak suka perangainya, tapi sebab mereka dah benci sistem AF itu, dimainkan isu konspirasi, semuanya dirancang, skrip lama dan muak dengan segala2nya AF. Inilah akibatnya apabila diberikan kebebasan seluasnya pada penonton untuk meluahkan perasaan & 100% undian penonton, walaupun kita tahu rasa tak puas hati pasti muncul dan anggapan konspirasi mudah sekali disebut. Selain itu sifat kedaerahan, kenegerian, wilayah, jantina, agama, bangsa, paras-rupa, latar belakang, status, pendidikan & lain2 jangan diketepikan, kemudian barulah bakat dan perangai jadi ukuran.

Perangainya konon... Mereka tak sedar perangai Aril yang 'meluat' itu ada pada diri mereka. Aril pun sebahagian dari mereka tanpa disedari, tapi mereka membencinya kerana mereka suka perkara yang orang lain tak dapat jangka. Itulah realiti perangai rakyat Malaysia berbanding penonton di lain negara, baik politik mahupun kehidupan seharian.

Betulkah ada komplot dari produksi? Aku rasa tak berlaku tapi tak mustahil boleh dilakukan. Sebab bila kita mengamal sikap 'keterbukaan' tanpa kita menunjuk perjalanan sistem yang diujudkan secara terbuka maka selagi itu ruang memanipulasi isu konspirasi mustahil akan tertutup, 'silap mata' pasti mampu dilakukan. Sepatutnya 'penguasa' perlu tahu had batasan, pandangan & pendapat dari penonton perlu didengar tapi bukan semestinya dituruti & dipatuhi.

Aril keluar kerana kekurangaan undi itulah hakikat. Pengundinya terarah sebentar pada OIAM. Setelah Tomok muncul jutawan segera, mereka akan kembali pada Aril semula walaupun kakaknya adalah saingan Aril, tapi kelompok pengundi Aril adalah sama kumpulan yang meminati Tomok. 'Kelahiran' semula Tomok bermula konsert Crazy in Love, semua tersentak. Begitu dengan si Aril penyingkirannya yang 'dijangka' menyentak hati penonton setia AF samada peminat atau yang membenci. Itulah sebab mudahnya si Aril di 'AFMasuk'kan semula. Mudah sekali menilai pengundi Malaysia, bukan? Soal dia mampu jadi juara bergantung pada faktor2 diatas dan berapa lama momentum 'sentakan' itu dapat bertahan.

Pada akhirnya juara pasti akan dinobatkan, kualiti & versatile nya para peserta bukanlah ukuran. Tetapi "kuasa 'sentakan' atau hampir2 tersentak atau masih mencari2 sentakan" itulah yang akan menentukan juara AF.

Jika ditanya aku siapa pilihan juara? Sudah tentu aku bayangkan sesudah dia bergelar juara, apa yang mampu dilakukan untuk industri. Sudah tentu berbakat besar dan kalau boleh multi-talented. Tapi siapa boleh jangka masa depan? Banyak kali dah program sebegini, orang yang kita jangka bagus dan mampu pergi jauh 'tak menjadik'.

So, nak buat macamana? Biarkan afundi dilakukan sampai hujung tahun sementara kita melihat sendiri aktiviti2 & kehebatan mereka diluar sana sepanjang tahun. Dan ishtiharkan juara pada hujung tahunnya. Barulah tahu antara kaca dan permata juara Akademi Fantasia 2009.

No comments:

Post a Comment