Inilah poin berharga dari bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar tentang bekas ketuanya dan musuhnya Dr Mahathir, akhirnya beliau sedar dan mengaku juga.
"Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau
pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’
specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi
kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi."
"Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat
menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa
pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri
Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi
kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana
Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang
Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya
Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang
menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara
langsung."
"Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti
di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini,
tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu
adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang
menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan
dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau
mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran
dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya
Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti
ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih
yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku."