Wednesday, June 29, 2011

Johari Bedul, Wa Kena Beb!

Apa macam Joe??
Bukan main megah kamu ye.. Jadi 'hero' sekejap.
Sampai boleh pulak bikin video dokumentari sendiri pakai duit sendiri, hos pun sendiri, konfiden habis cakap lu mamat poyo ni.
Sekarang macam mana mau kuntau? Lepas ni bertahan ajalah gamaknya jangan nak berlagak sangat attack, kang kena lagi counter attack, lagi teruk kang Joe...

Asamekom, I'll call you back!

Saturday, June 25, 2011

Betul Kata Datuk Johari Abdul

Betullah... Apa yang Datuk Johari cakap cukup kuat. Bukan saja ada tranformasi ekonomi, tranformasi wajah pun ada, memang berlaku la woi. Cuba tengok gambar bawah ni.

Sama kan?? kan?? kan?? kan??
Suka tak??? Suka kan???
Muahahahahahahaha.....
Ko buat lawak lah Jo bedol...
Aku nak buat lawak serius pun tak jadik!
Maharaja lawak dah abis ko sambung video bedul lawak pulak.

Jo... Jo... Jo...
Baik! Cuba tengok gambar bawah ni.
Kalau Jo Bedol boleh tranformasi jadi P Ramlee seperti yang kau cuba lawokkan...
Apa Anwar Ibrahim enggak bisa tranform menjadi Mr Kongkek China Doll!?
HaHaHa... Cer tengok gambar bawah ni.. Jadi tak?!

Untuk pengetahuan Jo Bedol, Si Dajjal ni bukan lagi tranformasi, dah memang dia ni spesis sesumpah!
Tawu!!
Gay, betina semua boleh tukar punya. Suka tak iyenya, adoii??
Sini! Sini! Sini! Sini! Video Nalla!

Wednesday, June 15, 2011

Al-Kisah Ana Pusing, Anta Putar

"Ana bukan cakap besar, ana cuma mahu pusing supaya ante boleh putar." katanya sambil tersenyum puas kepada perkumpulannya yang diadakan di tengah-tengah Hutan Simpan Gombak. Para perwakilan berbisik-bisik sesama sendiri dan ada yang mengaru-garu kepala kerana masih belum faham apa yang dikatakan oleh sesusuk tubuh pemimpin mereka di atas rostrum. Malah ada yang termangu-mangu membaca kamus Melayu-Arab untuk memahami perkataan pemimpin mereka itu. Selebihnya, hanya mebelek-belek Buku Panduan Jingay.

" Ante-ante semua putar sajalah ! " katanya dengan nada bersungguh bercampur amaran.

"Ingat! ante semua sudah bai'ah sama Ketua Umum dan Pemimpin Tertinggi Mopshitdol Umum " kali ini nadanya sengaja dikeraskan.Sekali lagi perwakilan menjerit sekuat-kuat takbir dan begitu teruja dengan ucapan pemimpin tersebut.

" Ana mahu semua ante-ante semua dengar dan ta'at walaupun ante semua tidak faham apa yang ana cakap. Apa yang ana cakap tidak penting untuk ante-ante semua. Apa yang penting ialah KERJAAA-SAMAAAA" sambung pemimpin tersebut dengan mengajuknya lagu sebuah rancangan kanak-kanak yang popular Wonderpets . Bergemuruh tepukan dan laungan takbir kedengaran menyambut kata-kata pemimpin tersebut, mereka sudah faham apabila lagu wonderpets digunakan.

" Takbir ! " seru seorang perwakilan sambil bangun dan mengenggam penumbuk kirinya.

" Allahhuuuu Akbar !" jerit semua perwakilan sambil bangun terkinja-kinja.

" Adalah wajib syarie' atas ante semua undi kelompok kita ! Jom Ubah ! Kita bawa pilihanraya ke jalanraya!" jerit pemimpin tersebut. Hiruk pikuk perwakilan dengan penuh semangat dengan laungan takbir memenuhi dan bergema di seluruh kawasan Hutan Simpan Gombak.

" Kerajaan ini adalah zalim dan menolak hukum hakam toghut yang kita bawa ! Pemimpin-pemimpin mereka dayus kerana istri-istri mereka tidak tutup aurat jilbab bercap roket, selama ini mereka tipu kita dengan beri macam-macam subsidi dan bantu rakyat miskin tapi ini mana boleh ! Rakyat suka sama kita kerana kita pakai nama 'ISLAM' !" berapi-api kata-kata pemimpin tersebut menaikkan semangat kerasukan yang menguasai emosi perwakilan.

" Ante semua ada bai'ah dan taqiyyah , kita amal Tahaluf Siyasi kita kongsi kalimah Allah kita bina banyak kuil-kuil tertinggi di Asia Tenggara kita sokong semua pejuang kemerdekaan yang angkat senjata, itu Chin Peng pejuang kemerdekaan bukan komunis! Jangan percaya sama cerita bohong sejarah pihak lain, Demi Allah ini ana cakap benar ! " pemimpin tersebut bersumpah dengan nama Allah swt untuk menyakinkan perwakilan.

" Ante semua ! Demi Allah, Ketua Umum sudah kena fitnah jahat. Mana 4 orang saksi ? Itu video tipu sama ante semua ! Orang lain di upah jadi Ketua Umum ! sikit hari lagi Ketua umum akan beritahu siapa orang yang di upah, dia sudah ada 600 kotak dalam simpanan ! Ante semua jangan percaya pihak lain dalam ini hal" tambah pemimpin tersebut.

"Ante semua kena ingat, pemimpin-pemimpin pihak lawan kita tidak seperti sekutu-sekutu kita dalam parti sosialis demokrat, mereka lebih faham Islam daripada pihak lawan walaupun sampai sekarang tidak ada seorang pun yang memeluk Islam." kata pemimpin tersebut dengan penuh bangga , kembang kuncup lubang hidungnya.

" Ante semua juga maklum, kita sanggup buat apasaja untuk sekutu kita semua dalam pakat-pakat jahat, kita sanggup guling-guling atas jalanraya, kita sudah korbankan perjuangan Islam kita, kita korbankan kepentingan Melayu, kita korbankan Raja-raja kita, kita korbankan kalimah Allah, kita korban segalanya ! Asal kita boleh gulingkan pihak lawan kita! Ini jihad kita semua" Kata pemimpin tersebut .

"Akhir kalam, ante semua wajib yakin September 16 ntah bila tahun, kita akan berjaya walaupun kita tak pernah berjaya tapi yakinlah apa ana kelentong nie.. Takbiirrrrrrrr !!!!' laung pemimpin tersebut.

" AllahuakbarRRRRR!!!' sahut para perwakilan.

Pada waktu yang sama, di sebuah hotel, Ketua Umumnya sedang beraksi hebat dengan China Doll habuan istimewa sekutu mereka tanpa menyedari ada 4 biji kamera tersembunyi di dalam bilik tersebut. Tidak jauh dari hotel itu, di dalam koc KTMB, ada sepasang merpati yang turut beraksi. Di suatu lokasi lain dalam sebuh bilik no. 121 dan 122 seorang pemimpin mereka sedang berasmaradana dengan istri rakannya. Manakala, rakannya sedang berfonseks dengan anak angkatnya, istri kepada anak pemimpin lain. di sebuah rumah ibadat , kelihatan sesusuk tubuh pemimpin sekutu mereka memberikan wang derma dari hasil judi. Di luar pula, kelihatan jentera berat sedang merobohkan gerai-gerai di tepi jalan. Sementara di sebuah perkarangan masjid, ada acara senamrobik.Selepas menutup persidangan perwakilan, pemimpin tersebut bergegas kembali ke pejabat sambil menandatangani berpuluh kawasan balak sambil tauke-tauke besar tersenyum riang. Seorang pemimpin sekutu mereka berkerusi roda tersenyum puas kerana berjaya mengubah perjuangan perkumpulan tersebut tanpa perlu mayatnya dilangkahi.

kredit jas Salleh, cedokan dari blognya http://semaremas.blogspot.com/.
Al-Kisah Mamat Khalid di sini http://tempurungpecah.blogspot.com/.

Sunday, June 12, 2011

Jenayah Syariah, Mahathir Dah Terangkan Lama Dulu

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Tun Mahathir dah cerita hal jenayah dan Islam dulu lagi dari ustaz Kazim, waktu tu kazim dan ustaz2 yang ada sekarang ni masih terhegeh2 duk mengaji lagi.
Aku sebenarnya mempunyai pendapat yang lebih ekstrim mengenai hal ini, yang aku simpulkan undang2 yang sedia ada jauh lebih adil, seimbang dan munasabah pada zaman dan persekitaran disebelah rantau timur. Dan aku menolak apa juga cadangan dan cita2 untuk merombak sistem (islam) moden yang ada dengan sistem islam kuno!
Jika pun perlu, dibaik pulih mana yang patut.
Ada masa aku huraikan. Replay mat Kazim punya video.


Tuesday, June 7, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 10

Minggu ni terasa hambar lawak peserta. Mungkin disebab masa 7minit diberi.
Tiada penyingkiran. Dan mula minggu ini sebelum ke final ML menjelajah ke beberapa tempat, Kali ini di Pulau Pinang.

Penilaian minggu (siaran ulangan)
1. Sepah
2. Jambu
3. JoZan
4. Nabil
5. R2

Wednesday, June 1, 2011

Asal Usul Reformasi

REFORMASI
(Susur Galur & Asal Usul REFORMASI)
Pendustaan Anwar Ibrahim.

Artikel ini akan menganalisa dan mengkaji mengenai susur galur & asal-usul REFORMASI yang di bawa kan oleh Anwar Ibrahim dan bagaimana ianya merupakan 1 Pendustaan Terbesar Anwar Ibrahim.

Ramai yang menganggap bahawa REFORMASI adalah idea asal Anwar Ibrahim. Benarkah begitu? Pertama kali Anwar berteriak mengenainya 12 tahun lalu, ramai yang terikut-ikut melaungkannya sehingga kini tapi tahukah mereka susur galur dan asal-usul REFORMASI ini? Kenapa kalimah REFORMASI dilaungkan? Kenapa bukan kalimah lain? Dari mana terbitnya kalimah REFORMASI ini? Sehingga kini tiada penulisan mengenainya yang ada hanya penulisan kreatif mengenai dasar-dasar, matlamat, wawasan dan semangatnya. Semuanya itu berasal dari mana? Di ambil dari mana? Ianya menjadi 1 misteri yang dimisterikan oleh Anwar bagi mengekalkan pendustaannya mengenai REFORMASI.

REFORMASI bukanlah 1 kalimah rawak yang sengaja di pilih oleh Anwar mahupun ianya timbul dari idea asal Anwar, ianya adalah cedokan 100% dari 1 sumber asing. Selepas perang Salib yang terakhir, apabila peranan KNIGHT TEMPLERS dan kuasa mereka semakin besar dan menakutkan PAUS dan raja-raja Eropah, bermulalah tindakan terhadap mereka. Kekalahan kempen Perang Salib dijadikan alasan untuk pembantaian ke atas puak ini. Ini berlaku sekitar abad ke 13. Bermula dari situ, era zaman Pertengahan Eropah mula digoncangkan oleh gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui slogan REFORMASI AGAMA.
Pada abad ke 15, apabila empayat Mu'awiyah jatuh ke tangan golongan ini di Andalusia (Sepanyol), gerakan ini semakin mendapat tempat di kalangan cendikiawan Eropah yang mula mengambialih peranan dalam bidang keilmuan terutama bidang sains, agama & politik. Dalam abad ke 16, bermulalah gerakan REFORMASI AGAMA yang amat terancang sekali menggangu-gugat penguasaan EMPAYAR ROMAN KATOLIK.

REFORMASI AGAMA INI dibawa oleh golongan-golongan yang terpengaruh dengan gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui MASONIK yang menyebar luaskan fahaman GNOSTIK yakni Ilmu-ilmu yang diharamkan oleh ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL.

Fahaman GNOSTIK ini menitikberatkan kesedaran dalaman dan pengalaman kerohanian melalui ilmu mistik MASONIK. Timbullah slogan PENCERAHAN MINDA atau istilah asalnya ialah THE ILLUMINATED MIND. Fahaman ini mengajarkan agar manusia itu menjadi bebas dan berfikir untuk dirinya sendiri. Bebas memilih apa yang dirinya rasa dan fikir baik untuk dirinya. Melabelkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai mereka sebagai kuno & lapuk. Bahawasa merekalah agen perubahan yang membawa kebebasan dan kemakmuran sejagat. Mereka menghidupkan kembali apa yang mereka dakwa sebagai Hikmah-hikmah Peradaban Lama Yunani & Greek serta falsafah-falsafah Yunani & Greek.

Lahirlah gerakan REFORMASI AGAMA seperti yang dipelopori oleh MARTIN LUTHER dan timbullah golongan-golongan seperti PURITAN dan PROTESTAN yang mahu menjernihkan ajaran Nabi Isa a.s. dan tidak mahu mengikuti apa yang ditetapkan oleh GEREJA ROMAN KATOLIK PAPAL di VATIKAN. Gerakan REFORMASI AGAMA ini menjalar kepada GERAKAN REFORMASI POLITIK seperti yang terjadi di England pada masa OLIVER CROMWELL, seorang Puritan.Oliver Cromwell telah memperkenalkan Sistem Republik Komanwel melalui demokrasi terpimpin. Di sini lah bermula kembali sistem demokrasi menentang arus sistem kerajaan berbentuk Raja-raja.

Pada abad-abad seterusnya, gerakan REFORMASI AGAMA & POLITIK ini semakin hebat dan mendapat momentum di Eropah sehingga pada awal kurun ke 20, sistem Demokrasi mula merebak dengan meluas menghapuskan sistem Raja-raja. Di Amerika pada abad ke 18 pada 1771, sebuah REPUBLIK IDAMAN yang sama seperti REPUBLIK KOMANWEL CROMWELL telah berjaya ditubuhkan. Bertitik tolak dari sinilah, jenis REPUBLIKAN menjadi popular dan dianggap sebagai REFORMASI POLITIK. Apabila tercetusnya REVOLUSI PERANCIS dan pelbagai perang saudara di Eropah, bermulalah sistem SEKULARISMA yang mengasingkan kuasa GEREJA ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL dengan sistem demokrasi.

Revolusi Industri dan zaman RENNAISSANCE merupakan REFORMASI di bidang ekonomi dan Sosio-budaya dan timbullah pula idea KAPITALISMA. Setelah itu dirasakan perlu dibuat 1 lagi REFORMASI EKONOMI, POLITIK & SAINS yakni timbullah SOSIALISMA, KOMUNISMA dan teori Sigmund Freud dan Darwinisma. Kononnya, inilah yang dikatakan kebebasan bakat manusia yang membawa kpd Illuminated Mind (Pencerahan Minda) yang menjadi pra-syarat perlu dipenuhi bagi mencapai NIRWANA kESEMPURNAAN KEWUJUDAN MANUSIA.


Tema-tema spt (1) Keadilan Sosial, (2) Hak Samarata, (3) Kemanusiaan Sejagat (4) Keagamaan Sejagat (5) Ketelusan (6) Keterbukaan (7) Intergriti (8) Alam Sekitar (9) Hak Sosial merupakan mimpi-mimpi yang didagangkan. Dalam bentuk falsafah ianya amat mengujakan minda-minda anak-anak muda yang mentah. Pada realitinya, tema-tema itu terlalu subjektif sehingga apabila diperbincangkan; tidak akan ada sebarang penyelesaian utuh dan muktamad yang boleh dicapai kerana masing-masing akan berdiri di atas pendapat kebebasan sendiri dan permuafakatan sengaja tidak diajarkan di dalam fahaman REFORMASI ini. REFORMASI hanya mahu manusia itu bersifat egois dan tidak mendidik manusia itu bersifat musyawarrah.

Macam mana tulisan aku kali ini. Macam bagus ye! Ini sebenarnya artikel yang aku cedok dari blog jas salleh.
Memang menyeramkan bila baca balik sejarah lama terutama yang berkaitan kesilapan depan mata yang kita lakukan kini sebijik macam dalam sejarah dolu2. Memang begitulah manusia.