Tuesday, June 2, 2009

Tapak Kaki Siapa?

Lif terbuka ditingkat5, aku melangkah cepat keluar tanpa dapat kutahan perasaan lagi. Sesampai di depan pintu bilik itu hatiku berdebar2, aku melihat dibawah, dilantai ada kesan tapak hitam.

Dadaku berdegup kencang, lalu aku mengikuti kesan tapak itu sehingga sampai didalam bilik yang lebih kecil didalamnya. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Ya Allah! tolong..!!" aku menjerit dalam hati. Apa dalam mangkuk tu? Siapa yang melepas bom ni! tak gheti2 flush air ker. Aku nak melepas pun dah terencat, Celaka punya lembu! Kau tak belajar sivik ker? Kalau kat rumah korang suka hatilah nak berak kat atas katil ke, bawah katil ke.. Ini tandas awam! Bukan ko sorang nak guna. Kalau aku nampak kau keluar dari toilet tadi, aku tarik kau cuci. Sumpahku mengalahkan supervisor tukang cuci kompleks nih.

Tentu kita biasa terkena keadaan begini, bukan apa aku dari semalam duk tahan2, bila jadi macam tu tak geram jadinya.

Sepatutnya cubalah beradab sikit dalam tandas bukan diluar saja, sebab dah diajar dari kecil lagi kebersihan dalam tandas adalah penting. Kalau nak nilai orang dalam rumah itu maka tengoklah tandasnya. Itulah cermin keperibadian seseorang bila diluar.

Kalau aku di asrama dulu, kami digilir2kan mencuci bilik air, dan bila kena denda disitulah tempat hukumannya. Begitulah ditekankan pentingnya tandas yang bersih kerana disitu kunci sebelum nak mulakan ibadat yang sah, ia lebih kepada bersuci sebenarnya bukan sekadar cuci.

Dari kecik dah diajar, tapi masih ada lagi orang serupa punk ini. Aku fahamlah kalau orang islam kalau masuk tandas mangkuk ni, diorang tetap suka bertinggung, sebab takut ada najis ditepi mangkuk itu. Tapi ada cara lain boleh dilakukan supaya tandas tak kotor, lantai tak basah dan kesan tapak kasut merata2.

Kalau tak reti juga aku boleh tolong ajarkan. Ok dengar ni aku nak ajar! (geram betul nih)
  1. Ingat! Bila kita masuk bilik air, bagaimana anda masuk keadaan yang bersih begitu juga bila anda keluar.
  2. Pilih tandas cangkung atau duduk dimangkuk. Kalau anda pilih mangkuk tolong jangan bercangkung.
  3. Periksa air dulu. Ada ke tidak air untuk flush nanti & air untuk mencuci. Kalau pakai batang paip cuba halakan air ke dalam mangkuk, jangan basahkan lantai.
  4. Cuba periksa tisu atau kain cuci/lap. Cina biasanya pakai tisu jer tak payah guna air pun. Kalau syarat istinja pun boleh guna air, batu atau benda kesat. Tapi aku mesti cari air juga takut nanti berbau dan tak selesa. Satu lagi sabun, kalau takde sabun aku ambil sabun dari sinki luar dengan tisu.
  5. Kalau anda guna tandas mangkuk, ada 2 lapisan penutup. Lapisan yang menutup seluruh lubang dan lapisan menutup bibir mangkuk, ia digunakan untuk kencing berdiri. Kalau nak kencing aku ingat gunalah mangkuk dinding diluar tandas, tak salah pun janji tak terpercik dan lawas.
  6. Kalau anda ni alim sangat, lebai, pemalu, tak selesa, aib atau tandas mmg kosong, bolehlah guna tandas dlm bilik asalkan anda tutup lapisan kedua itu jika nak kencing berdiri, kalau nak duduk bukalah kedua lapisan itu dan jangan bertinggung atasnya, kalau was2 nak duduk, letakkan tisu diatas bibir mangkuk dan suka hatilah nak bertinggung ke.
  7. Jangan fikir kebersihan & kesucian diri kau je, fikir sama orang ramai yang tengah tunggu turn pun nak bersih juga. Bila nak berak eloknya duduk atas bibir mangkuk, lap pakai tisu sebelum duduk sampai bersih dan kering dan tisu itu dicampak dalam lubang air, takdelah percikan yang kuat nanti.
  8. Habis saja 'buang' terus flush. Kemudian barulah cuci pakai air paip atau tisu. Setelah yakin bersih, sabun & sbgainya, lapkan tangan dan buntut lu dengan kain/tisu dan flush sekali lagi & tutup balik lapisan penutup kencing.
  9. Keluar, sekali lagi sabun dan lap disinki. Jangan sampai merenjis air ke lantai walau setitik pun.
Begitulah cara bertamadun yang boleh diamalkan. Berapa kali anda gunakan tandas yang sama setiap hari? tentu boleh memikirkan cara yang paling licin dan baik. Kalau tempat baru dan tak biasa kita gunakan, biasanya kita check air dulu dan pilih tandas yang di dalam bilik, yang lain kita tak fikirkan sangat. Tapi kalau hari2 guna takkan gheti lagi. Fikirlah sendiri, tentu ada cara jalan terbaik supaya kita berkeadaan bersih dan suci, dan lebih penting orang lain juga sama bersih seperti anda.

Lainlah bangunan itu runtuh dan kita terperangkap, maka berak dan kencinglah ikut dann, luar lubang ker? tepi lubang, dalam lubang dah tak peduli lagi dah! Ketika tu nak ikut cara dan hukum? air pun tak peduli lagi dah, darurat! Bayangkan kalau anda berada dalam situasi begitu..

Brushhhh.. aku flush dan terus keluar dan bertembung dengan cleaner wanita "Bangsat tapak kaki siapa kotor bener.." dan dia terkejut dan terdiam bila terpandang mukaku. Aku senyum dan terus berlalu. Cis! Sudahlah aku jadi part time cleaner tanpa gaji tadi, free je kena bangsat.

Untuk rujukan hukum cari di google atau yahoo di sini dan sini..

No comments:

Post a Comment