Saturday, January 30, 2010

Bijak Malaysia

Selepas Takaful aku tambah satu lagi insurans.
Bijak Malaysia.
Bijak tak? Tentulah bijak! Semua benda yang digunakan untuk menambah duit semua ok punya.
Lepas ni untuk hospital, aku ambil Alliance pulak.
Ambik je lah.

Friday, January 29, 2010

Masuk Wad Sehari RM500

"Saya mak myanmar sakap my father hospital eee"
Apa sakit?
"Hati sakit doktor sakap. Aloma, 1 hari M'sia duit 500 bayar.''
Kalau takde duit? Seorang lagi staff aku mencelah, "No money, you die lah!"
He he.. M'sia hospital gomen boleh kata free.
Nasib baiklah komunis & sosialis bukan PM, kalau tak aku kena ambil 10 insurans.

Wednesday, January 27, 2010

King Ghaz

Tengok berita kelmarin, Ghazali Shafie telah pulang.
Aku dengar kebumi di Makam Pahlawan.
Kenapa dikebumi disitu pulak, bukan ke tempat dikhaskan untuk PM atau TPM. Apa istimewanya 'King' Ghaz nih?
Tadi, sebelum ke kerja aku lalu Masjid Negara sedekahkan 5 potong ayat suci serta doa buat Sang Pahlawan.
Pusaranya di perkarangan masjid, bukan di Makam Utama.

Avatar Tenggelamkan Titanic 2

Asal nak menang award saje mesti kena bogel, skema betul.
Nah! ambik kau dari mula sampai habis(separuh) bogel memanjang. Tapi tak menaik syahwat pun, mungkin sebab macam kartun atau kacukan beruk, tapi cantik gambar doh.
Atau mungkin jalan cerita yang kuat sampai kita tersedar kita hanyalah sebahagian makhluk-Nya.
Jalan cerita aku tengok macam sejarah Red Indian dengan masuknya Mat Saleh ke bumi Amerika. Perangai pendatang Cina ke Tanah Melayu pun ada, Bagus juga untuk orang2 Melayu.
Taukeh Balak kat Kelantan, Pahang dengan Sarawak pun boleh ambik iktibar sama, jangan tamak nak penuhkan tembolok saja. Pendek kata, banyak nilai & moral cerita ini, tak kosong.
5 bintang plus plus aku bagi, Ini cerita aku boleh recomend
WAJIB TENGOK!

Tuesday, January 26, 2010

Avatar Tenggelamkan Titanic

Malam ni naik atas tengok punca2 Titanic ditenggelamkan Avatar.
Pakai 3D lagi tuh.. 19 hinggit.

Monday, January 25, 2010

Tanah Sekangkang Kera

Aduh letih aku fikirkan pasal tanah dekat kampung ni. Bilalah ada masa nak pergi pejabat tanah.
Betul ke urusan pejabat tanah di Teluk Intan leceh, terkenal kuat makan rasuah? Malas aku nak ulang alik KL-kampung.
Kerja memanjang, mana ada masa..

Saturday, January 23, 2010

Lagenda Sultan Johor

Selepas Gus Dur, Tok Mat Bulat. Keduanya mempunyai sifat yang hampir sama.
Tapi dengan Sultan Johor memang sepadan, Tok Mat tak boleh lawan. Bahkan aku boleh katakan Sultan Johor lebih Gus Dur dari Gus Dur.
Kelaku bersahaja dan kontraversi membuatkan nama mereka akan sentiasa disebut2 dari zaman ke zaman. Mereka adalah lagenda moden dalam sejarah.
Almarhum Sultan Iskandar Sultan yang berjiwa Gus Dur.
Semalam aku sedekahkan sepotong, Al Fatihah..

Thursday, January 21, 2010

Update ASB

Update ASB di Maybank tadi, tak tahu betul ke silap. Dividen dapatlah 7604. 06, bonus 256. 67.
Semuanya 7860 .73.
Bolehlah.. Ingat nak keluar sikit beli emas.

Peluang Sekali Seumur Hidup

Menyaksikan Michael Schumacher beraksi semula di di Sepamg Mac ini, adalah peluang sekali seumur hidup. Aku plan nak tiket grand stand kali ni dan ambil cuti walau apa pun terjadi.

Wednesday, January 13, 2010

Potong Maxis

Saat yang paling sukar tiba akhirnya aku terminate juga Maxis Broadband. Setelah lebih 2 tahun bersama-sama dalam susah senang bercover line.
Nampak gayanya kena tumpang WiFi kat ofis.
Sabar ajelah, tunggu bila N-series nak keluar ni..

Monday, January 4, 2010

Tak Setuah Yang Ku Sangka

Tahun 2010 adalah tahun harimau, tapi awal2 tahun menunjukkan tuah tidak menyebelahi. Rupanya harimau benar2 ganas dan mengancam..
Oh Tuhan, opps.. 'Ya Allah tolong hambaMu yang hina ini'..

Saturday, January 2, 2010

Di Mana Aku Malam Countdown?

Aku naik motor menuju syurga duniawi.
Detik 12mlm aku tersangkut atas flyover Keramat-Jln Tun Razak. Kereta2 terpaku atas jalan menyaksikan bunga api KLCC sejak dari Sentul tadi.
Sepanjang perjalanan itu..
Detik 12mlm aku lihat, ada berniaga burger tanpa peduli apa. Ada makan di kedai mamak, bai2 singh sembahyang di kuil sedang pasangan kekasih pula berkhalwat di Tasik Titiwangsa, orang ramai di sepanjang kaki lima tak kira bangsa-asing pun terpegun dalam diam tanpa reaksi, ada mendukung anak, banyak tersangkut dalam kereta, dalam terowong, walau sudah tahu akibatnya, pelik.
Sehinggalah di Bukit Bintang, polis bertugas, penguatkuasa DBKL pun tolong, JAWI, JAKIM, PERKIM, abang PEKIDA turun padang menjalankan tugas masing2.
Ada tiup trompet parti, spray parti, berjalan tanpa arah. Buat2 gelak happy, bising2, hinggar-bingar suasana.
Malam itu di Bukit Bintang ada yang mabuk meneguk arak, ber- pesta seks, dirogol, hilang dara, berasmara, menyanyi, menari, khayal ambil dadah, meragut, bergaduh, ditahan, disaman, tidur lokap dan dibunuh! Kemalangan pun banyak, masuk hospital.
Mak dan Abah dalam wad, GH, sakit..
Satu malam di Bukit Bintang sejuta ragam terbuntang.. Itu malam juga gerhana bulan di Masjid Negara!
Anda dimana malam 2010?

Friday, January 1, 2010

Kenangan Semalam

Olan - Kenangan Semalam '08
video
Satu hari berlalu, seribu kenangan mendatang..