Thursday, November 11, 2010

Tolong Hadkan

Bila tengok berita tadi, suka betul tv menyiarkan keputusan UPSR, PMR ke SPM. Dah macam satu kemestian pulak. Entah diorang ni tahu ke tak penonton suka ke meluatkah melihatnya? Sampai menjadi berita utama setiap kali. Semakin hari semakin baik keputusan, itu sudah dijangka sikit pun tak hairan, ada siapa kisah.
Yang menjadi soal, Betulkah budak2 sekarang makin cerdik? Soal lagi, makin hari keputusan makin bagus dah menjadi kemestian, boleh percayakah sistem peperiksaan sedia ada? Kalaupun betul budak2 sekarang bertambah geliga kenapa tak diupgrade soalan2 yang dah lapuk. Bukankah bagus diasah pemikiran budak2 ni dengan cabaran yang besar. Kalau dengan sebab ini bilangan 5A's menjadi kurang bukan menjadi masalah, kerana lebih baik sikit itu bermutu berbanding berpuluh-puluh-puluh-puluh ribu dapat straight A tapi untuk apa? Apakah kelebihan mereka apabila naik tingkat 1? Kemana mereka lepas sekolah..
Insaflah! Semua orang dah sedar, kenapa masih tak sedar lagi.. Semua ini adalah anugerah semata-mata. Nak bagi siapa pun boleh bagi kalau ada kuasa tanpa kawalan. Samalah macam anugerah Datuk, ini paling aku meluat. Dari kerajaan negeri hingga pusat membawa ke sultan sama2 buat tak faham, entah macam mana cara nak tegur aku tak tahu. Suruh orang politik, orang berniaga ataupun orang berpengaruh sampaikan, mereka lagi kemaruk nak title tersebut, sampaikan media wartawan pun tumpang sekaki, tapi kata suara akar umbi rakyat, hampeh!
Tapi kena faham juga mereka ni takut di cop derhaka pada Sultan, hidung dah kena tali. Dan mereka ini semua sebenarnya tak kisah dan tak faham kisah.
Itu yang sampai orang kata Datuk beli, hulur... Kalau ijazah pun boleh dibeli, Doktor falsafah lagi, nama berpangkalkan Dr. tak ke rasa hebatkah melekat Doktor dipangkal nama, siapa tak nak, masing2 nak pegang gelaran untuk keuntungan sendiri.
Bagiku nak bagi 10 title Datuk sekaligus, Doktor atau 100A's bagilah, tapi agak-agaklah. Ni sampai orang nampak darjah kebesaran Malaysia low class tiada kualiti takde standard, ape cer.. Nampak sangat.
Tolonglah, kembalikan semula anugerah atau apa2 penghargaan itu di tempat yang sepatutnya. Hadkanlah wahai tuanku Sultan. Daulat Tuanku.
especially Sultan Pahang, Sultan Melaka & Sultan Peneng....

Thursday, November 4, 2010

Galas Dan Batu Sapi

Keputusan rasmi terkini pilihanraya kecil DUN Galas & Parlimen Bt Sapi, seperti dijangka PAS sah menang besar, dengan menyapu semua peti undi.
UMNO mengganas di Galas, BN berapi-rapi di Bt Sapi. Nik Aziz bagi rasuah zakat kat orang asli, KJ hulur ke Cina.
Undi Cina senget sikit ke pemerintah.
Satu pelajaran baru, betapa KuLi berpolitik akan menjadi suatu kajian dalam percaturan strategi politik pada masa akan datang. Antara lagenda politik terbaik.