Wednesday, June 3, 2009

Stadium Terengganu Runtuh

Satu berita yang menjadi tajuk utama muka depan semua akhbar di M'sia. Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh 60%. Stadium yang boleh memuatkan 50ribu orang itu mujur tidak mengorban sebarang nyawa, kerana kejadian 9pagi itu tidak mempunyai sebarang acara.

Bayangkan waktu runtuh dipenuhi ribuan orang dan VVIPnya pasti menjadi tajuk berita dunia. Stadium yang dikatakan caggih telah dirasmikan Agong dengan 'selamat' hanya Mei tahun lepas, kebetulan tempat yang runtuh adalah grand-stand yang menempatkan tempat di-Raja. Projek mega ini menelan belanja lebihRM400juta sahaja.

Kontraktor yang arkitek dikatakan bertanggungjawab membina stadium tersebut adalah dari Korea, namun dikatakan masih dibawah penyelian JKR. Siapa yang bertanggungjawab perlu membina semula stadium yang runtuh itu.

Stadium 'penyu' yang canggih itu terletak ditepi pantai tanah bekas lombong itu adalah yang pertama di Asia dibina tanpa tiang disangkut pada bumbungnya, dan itu jugalah yang menjadi punca utama keruntuhannya.

Disamping itu kerajaan perlu memantau semula projek mega yang seangkatan dengannya seperti masjid kristal dan projek lain di T'ganu. Sesiapa yang ada kaitan dengan projek dalam stadium ini perlu diperiksa projek yang mereka jalan sebelum dan sekarang ini.

Begitu juga bangunan dilembah klang spt KLCC, litar Sepang, KLIA, Putrajaya perlu diperiksa ketahanannya supaya boleh kekal lama selama 500juta tahun akan datang.

Baru sebulan dua kita merasa tak sedap hati keadaan di Terengganu, kerana dengan tiba2 timbul ura-ura Adun T'ganu akan mengusulkan undi tidak percaya MB Ahmad Said, setelah pelantikan kontraversi MB barunya reda sekejap dan kini tak semena2 berbunyi semula dan getaran itu tanpa disangka telah menghasilkan berita yang lebih besar dan lebih sensasi pula.

Adakah ini juga salah satu punca runtuhnya bumbung stadium yang dibina oleh Idris Jusoh, MB sebelum ini. Tentu ada hikmahnya 'bala sungguh' ini semua, setelah kita digemparkan bangunan pasaraya runtuh di PJ 28 Mei baru ini. Ada mesej yang disampaikan dalam peristiwa semua ini.

No comments:

Post a Comment