Tuesday, March 23, 2010

Lubok 3

Baca dulu : Lubok 1
Baca dulu : Lubok 2
12:15PM – Minum dulu kat kedai makan, basahkan tekak yang haus. Tengahari terik di musim panas kemarau, memang syok pekena air sejuk. Ke kedai komunis beli racun dan bahan2 ladang dan kedai pancing cari google. Balik rumah makan tengahari, sekali lagi, memang menyelerakan lauk dan ulaman kampung, fresh. Dan selama ini biasa dengar lirik lagu ‘sayang kepayang’ atau ‘mabok kepayang’ nyanyian Ahmad Jais, kini baru aku merasa buah kepayang. Lemak macam rasa umbut kelapa pun ada, tapi tak kena gaya buat boleh mabok. Badan dah berbau dan penat, mandi dulu, fuh segar betul lepas solat zohor jama’ letak je kepala terus jalan. Yang lain main PS2 game bola, tak boleh layan aku.
02:45PM – Bangun, berpeluh2 badan. Mandi lagi. Minum lagi. Makan lagi. Tukar baju mandi, kami berenam dengan 4 biji motor menuju ke ladang kelapa sawit, merasa juga bawa motor lalu belukar bagai. Macam bawa scrambler dilanyaknya kapcai itu. Sampai berbirat kaki tangan dan mukaku dilibas semak-samun. Jalan turun naik bukit berbonggol kecil, melantun-lantun dibuatnya. Ternampak ada 3 biji motor dihilir lubok sungai. Dah ada orang datang dulu terdengar Jojo kata.
Sekumpulan orang asli sedang asyik menembak ikan pakai panah lastik, tapi seorang tu aku tengok macam pegang pistol. Banyak juga hasil ikan sungai mereka dapat aku tengok yang di satekan pada anak panah panjang itu.
Sampai lubuk tersebut, tempat semalam mereka dapat 3 ekor kelah dan beberapa lagi sebarau sebesar peha. Harap hari dapat lebih lagi. Sedang Jojo dan Andak khusyuk masukkan bahan2 ke dalam besi yang kami potong pagi tadi dan di ikatkan plastik dengan getah tayar yang kelihatan membonjol, dan wayar yang diukur tepat didalam batang besi itu barulah di matikan dengan ikatan bonjolan bahan disebelah satu lagi. Tiba2 angin kencang kuat diikuti dengan hujan renyai, apakah ini tanda baik atau tidak.
Ha pedulikan! Setelah bahan semua siap, akhir sekali wayar panjang yang disambung antara batang besi dengan tangan Andak, bersamanya bateri motor kapcai Jojo. Lalu Jojo campakkan besi kedalam lubok dan Andak yang sedia menunggu wayar yang bercabang dua itu dilekatkan dikedua tombol (+ -) bateri motor. Apalagi BOOOMMM.. Itulah dia..
Kuat tu tak lah juga macam bunyi meriam lemas je, tapi kalau atas darat double bunyi meriam besi gamaknya. Apa taknya, besi yang kami kerat tadi dah bersepai tak tahu mana pergi.
Sejurus itu seekor demi seekor timbul, apalagi kami yang tukang perhati dari tadi giliran kami pula bekerja, terjun ke air kutip ikan2 yang mula menggelupur di permukaan. Cepat2 masukkan dalam sauk.
Tunggu lagi 15 minit kot2 ada sisa lagi, sampai puas hati baru cari lubuk lain. Hasil memang kurang dan semua yang timbul anak2 je, mungkin tadi orang asli dah menyelam tempat tu ikan dah lari atau semalam dah kena besar peha, so ini hari ikan yang cedera pergi hospital, lawak Den. Kena cari hospital ikan, nampak gayanya.
Setelah lubuk pertama gagal, cari lagi lubok lain. Kami ke hulu lagi, meredah segala semak samun dengan motor, Lagenda lagi tu. Itu kalau di KL pantang nampak habuk dipolish sungguh.
06:30PM – 3 biji besi dah digunakan satu lagi sedekahkan pada orang kampung, hasil kurang, betullah ikan dah lari atau bau minyak rambut dan perfume orang KL kuat sangat habis lari ikan semua.
Pulang hampa dan minum teh O cicah biskut jagung serta kuih cakoi.
Di laman anak buah Bri bermain badminton, semangat Chong Wei nampak! Mandi kasi segar sikit badan tapi sengal2 badan tak mahu hilang. Aku & Din terlelap keletihan senja buta itu.
Layan diari AF & berita utama melalui Astro, wow pakejnya penuh dah macam kedai mamak di KL, dahsyat kalah rumah aku, potong sampai 39, kalau ada pakej RM10, aku rasa nak tukar, tak terlayan.
08:45PM – Makan malam ala kampung, ada sayur pucuk paku yang Den petik tepi sungai tadi. Dan lepas makan biasalah charge apa yang patut. Terasa nak pulang KL, terkejut orang tua tu. Balik esok pagi lah katanya.
Sambung baca : Lubok 4

No comments:

Post a Comment