Wednesday, March 24, 2010

Lubok 4

Baca dulu : Lubok 1
Baca dulu : Lubok 2
Baca dulu : Lubok 3
10:10PM - Setelah ditimbang2 kena juga balik dan berkemas dan salam perpisahan lalu keluar. aku tengok rumah2 kampung semua dah gelap, kalau KL masih siang lagi. Singgah kedai makan dijalan besar. dari jauh sayup2 terdengar suara orang menyanyi. Sedia menunggu ipar Bri termasuk geng Osama Laden tadi, serta sedara-kawan sekampung. Tanpa berlengah aku tulis ‘Gersang: Masih Aku Terasa’. Pergh 12 lebih baru dapat menyanyi, menunggu punya lama. Aku tak peduli siapa punya lagu yang tak bertuan aku belasah, tinggi tak tinggi. Waduh! Apahal tangan bergoyang pula, ini penangan jadi tukang besi tengahari tadi ni.
01:15AM – Setelah puas hati, bergerak mencari stesen minyak, Kuala Krau tutup, Temerloh tutup, sampai Mentakab baru jumpa, menggelabah takut sangkut tengah jalan. sape nak tolong. Aku tambah lagi RM10.
02:00AM – Menuju ke tol Temerloh dan menyusuri highway ke KL menjunam turun bukit pula. Berhenti kejap ditol Karak mata silau berpinau2, macam tak berapa sedap badan, tekak loya. 5 minit terus gerak. Dan kami janji singgah di perhentian Gombak.
03:30AM – Berpecah di MRR2, Perhentian Gombak dah tutup, terus saja balik. Mat Bri ke Pandan.
04:00AM – Ke Puchong dan terus tidur, nak buka laptop pun mata tak terangkat, sekali tidur diringi musik karaoke dari dengkur budak serumah. Aku layan je. KGGRRRRRR..
Itulah percutian singkat yang tak dirancang tapi sangat, terasa macam 3 hari punya aktiviti & berjalan lancar. Cuma, kebiasaan kalau berjalan dengan kereta sendiri aku bawa biarlah complete. Campakkan je dalam kereta tu, takde siapa nak marah. Lainlah kalau naik bas atau flight, itu kena simple. Rancanglah ala kadar, bersedia dengan masalah dan mesti cepat buat keputusan. Alkisah nya..

Tamat cerita Lubok..

No comments:

Post a Comment