Sunday, May 1, 2011

Antara Sumpah Eskay Dan Solat Hajat Serta Doa Orang Dianiaya

Haa.. Ini rupanya terjadi itu hari.. Ingat semuanya berok. Anda saksi dan nilaikan sendiri antara sumpah Eskay dengan solat hajat dan doa power imam PAS ini dan di aminkan 'ikhlas' sendiri oleh Sam ketot. Anda pilih yang mana?
Kita ada sembahyang jumaat, doa dalam khutbah, sumpah laknat, solat hajat dan doa khusus untuk kebenaran. Semuanya berlaku tengahari jumaat penghulu segala hari. Moga mustajab Amin Ya... Amin... Saksikan!



Aku sebenar bukan setuju sangat dari dulu upacara sumpah-menyumpah ni. Kalau anda pergi keluar negara pergi duduk negara arab anda akan faham apa yang aku katakan ini. Wallahi..Wallahi.. ini perkataan makanan mereka. Wallahi bagi mereka membawa maksud, 'betul kataku' percayalah cakapku' padahal dia tengah berbohong. Tiada nilai perkataan itu. Lucunya bila ditambah 'Walinnabi', baru mereka serius dengan sumpah itu.
Sebab itu bila balik M'sia pergi dengar ceramah melayu PAS, "Cabar! berani sumpahlah! Wallahi Wabillahi Watallahi", Lepas tu buat pulak solat hajat berdoa minta ditunjuk hidayah dan kebenaran penuh konfiden penceramah berucap. Aku hanya mampu tersenyum, sebab ayat yang kononnya pedang dan perisai itu sebenarnya penyedap bahasa bergebang dengan pak arab je.
Dan aku faham ramai yang sangat percaya sumpah itu sangat real dan 'misteri nusantara', Bukan aku tak percaya balasan sumpah laknat itu boleh berlaku, tapi aku lebih percaya untuk mencari kebenaran sesuatu kes itu dengan banyak cara yang lain lebih berkesan.
Pendapat aku, sumpah dan solat hajat kesannya adalah umum, ia datang secara langsung ataupun tidak. Biasanya jangka masa panjang dan bukannya serta merta. Sama juga berjudi pun ada akibatnya, arak, semuanya lambat laun ada kesan buruknya.
Berbohong dengan sumpah nama Allah atau tidak tetap bohong namanya. Pendek kata, tanpa sumpah pun jika ia benda tak betul pasti ada bayarannya.
Yang penting, disamping bersumpah, berdoa dan solat hajat perlu disertakan dengan usaha juga.
Satu lagi, Eskay dah bersumpah. pernah kita tanya pula kifarah pada penyokong Anwar atau penentang beliau? Tiada? Jadi bermakna sementara menunggu laknat kunjung tiba kita tetap bercakaran, terus merosak dan semakin menjahanamkan negara. Sedangkan yang bersumpah itu Eskay, urusan dia dengan Allah.
Justeru, aku terpaksa terima itu, takde hak untuk aku menghalang seperti rakan arabku mengucap 'sumpah harian' atau rakan sepermainan bersumpah waktu budak2 dulu. Apatah lagi menghalang Eskay melakukan sumpah mengikut kononnya 'adat atucara' sebenar mubahalah. Takde sebab utk aku menghalang dan takde sebab utk aku percaya bulat2 apa yang disumpah mereka itu haq semata-mata.
Apatah lagi solat hajat. Ini semua kita dah amalkan sejak dulu time nak exam atau bilamana musibah malapetaka berlaku. Aku percaya jika solat hajat adalah suatu nadir di Malaysia seperti di Saudi, solat hajat juga akan dipertikai juga sama seperti sumpah mubahalah ini. Ada kita tanya orang yang melakukan solat hajat itu solat fardhu penuh? puasa? minum arak?
Angkat sumpah jadi TPM dan di Parlimen takde pulak jadi isu.
Aku ingat orang arab kalau tengok berita di tv dan mengetahui sebab beruk2 ni bikin huru hara mesjid tempohari, huh geleng kepala arab.
Persoalan disini bukan betul atau salah sumpah yang berlaku, soalnya kenapa kita menghalang orang nak bersumpah? Pihak yang benar tak perlu takut? Samada ia sah atau dilafazkan oleh orang fasiq lagi bathil ia tidak memberi kudis bagi orang 'mukmin' dan muslimat yang di luar lingkungan sumpah.
Kenapa menghalang orang berani ambil risiko bersumpah? Lupakah siapa yang bawa budaya sumpah dan solat hajat yang hari ini meriah bertukar menjadi budaya orang bukan PAS pula.....

No comments:

Post a Comment