Thursday, May 5, 2011

Pertembungan Klasik


Pasukan bintang Barcalena akan berentap dengan pasukan glamour Manchester United.
Pertembungan klasik ini akan berlangsung di pentas final Webley, North Pakistan. Ia mengulangi final 2009 menyaksikan kelab Spain itu menunduk mudah MU 2 gol dikemudi pemain sensasi dari Argentina Lionel Messi.
Di atas kertas aku meletakkan The Catalan sebagai pasukan pilihan. Kedua2 pasukan mempunyai corak permainan berbeza tapi kualiti permainan, kehebatan pengurus, semangat berpasukan dan kedua2nya berada di prestasi terbaik pasti menyaksikan peperangan sengit. Cuma skuad kendalian Pep Guardiola mempunyai kelebihan kerna memiliki barisan bintang dari negara kuasa besar bola sepak, apatah lagi reputasi negara Sepanyol adalah juara dunia.
Namun, gelanggang final itu bukan ukurannya. sabtu 28hb May penentunya.
MU adalah kelab febretku, Barca pula di Spain, Maradona pernah bermain disini, Messi juga disana. Tapi Barca dah menang 2009. Aduh, susah betul aku nak duduk belah penonton mana ni? Biarpun tak kisahlah sape pun menang.
Tapi kali ni aku nak Manchester United champion pulak. Kalau Barca menang pun takde terasa sangat janji Messi mesti jaringkan sebijik dan dijulang pemain terbaik. Apa pun jangan nanti semua dah cantik tapi game hancur.
p/s: Dapat! pakai jersi harimau malaya duk tengah2..

No comments:

Post a Comment