Monday, May 16, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 7

Minggu silent comedy.
Akhirnya Amir dikeluarkan dek penyokongnya ghalet membelasah Selangor 5-1 di tempat lawan.
Aku kagum dengan Amir kerana saban minggu menyampaikan lawak yang takde standard tapi boleh bertahan sampai minggu ke-7! pergh liat sungguh! Bayangkan kalau takde juri profesional apa akan jadi?
Minggu ini juga, para peserta diminta memilih seorang peserta yang patut tersingkir. Kalau tak, Man terkeluar kot. Aku berani cakap Amir terselamat sebab sentimen simpati dan kenegerian yang tebal. Nak nafi? Lantaklah!
Teringat pula kemelut orang melayu yang dikatakan rasis bila disebut soal hak melayu tapi cina keling maingkan isu sensitif ini dikatakan hak asasi pula, ada bau sikit macam tu.
Jadi dengan medium hiburan sebegini juga boleh menilai realiti masyarakat. Begitu susah minta orang ramai memilih yang benar2 layak untuk 'berkhidmat', bukan untuk orang lain tapi untuk deme juga. Tetapi sentimen simpati, daerah dan jantina itu juga menjadi pilihan. Hai Susah!
Tengok saja program realiti bercorak sms lain, AF & RL sebelum ni yang akhirnya melahirkan seorang yang mungkin popular & gah pada nama tapi tak tahan lama, belum cakap bab kualiti. lebih malang kalau tak popular tak berkualiti, contoh Malaysian Idol dengan juara cinanya (Ini lagi teruk, rasis). Bayangkan Imam Muda guna kaedah ini? Tentu lain pula juaranya. Dan Barack Obama juga lahir dari sistem sebegini.
So, jangan fikir hiburan spt ini remeh, ada signifikan & nilainya.
Berbalik pada ML, aku respek dengan juri pro yang menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun aku rasa tekanan yang mereka hadapi tak kurang hebat, ditekan pihak Astro, peserta dan seboleh2nya menjaga hati penyokong2, dan dalam masa sama kritikan tetap sampai. Aku jangka kaw2 nye presure, 2 minggu akan datang.
Secara keseluruhan minggu ini sangat mencabar sebab berlawak bisu, tapi tekanan itulah menjelma idea yang hebat, luar jangkaan. Tinggal cara penyampaian dan kesan teknikal yang menentukan show itu sempuna.
Mengikut ranking jangkaan aku minggu ini aku tertunggu2 show dari Nabil, Jambu dan Sepah. Berdasarkan prestasi mereka Rl dulu, masih terngiang2 Sepah yg gatal mandi ditandas wanita dalam RL3, Yus RL1, watak Askar, dan Nabil RL2 idea canggihnya yang spontan. Walaupun ramai bercakap Jambu sepanjang ML sangat sesuai dengan lawak kurang bercakap begini, dan formatnya ikut lawak senyap RL1.

Ini penilaian peribadi (by youtube)
1. Sepah -Perfect! Grand brilliant! Smart Story! Mula,tengah dan ending mantap. Kenapa si panjang tu macam tenggelam banding yang pendek waktu RL dulu?
2. Jambu -Menghiburkan. Tak menepati wow yang aku jangka.
3. JoZan -Best show! Teratur. Cuma kalau Johan pegang watak utama lagi ok kot, entahlah, lagipun Zizan sepanjang ML ni aku tengok macam tak menjadi je dia pegang 'watak bodoh'.
4. Balas -Luar jangkaan ramai diorang berjaya buat lawak tanpa cakap banyak, walaupun lakonan macam budak sekolah.
5. Nabil -Nampaknya semua solo tak menjadi. Ramalanku Nabil akan top malam ni meleset. Kesan teknikal juga banyak mengganggu show. Namun idea tetap mantap.
6. Man -Hancur. Teknikal juga problem. Tapi memang cerita tahap pentomen sekolah, kata Mamat.
7. Amir -(terkeluar) AC Mizal cakap dia menyokong Amir selama ini kerana Amir berani bla..bla.. Apa da. Sebab tu ko sokong. Kalau semua orang fikir cam gini lingkup industri.
p/s: Ada undi masuk pula minggu depan. Dah macam AF pula. Apa pun inisiatif Astro untuk menambah tarikan drama ML, tak perlu kita ketepikan begitu saja. Fokus finalis sudah.

No comments:

Post a Comment