Sunday, May 22, 2011

Dapatkan Mingguan Malaysia Hari ini!


Aku amat kagum dengan Utusan! klik gambar utk lebih jelas.

Dah berapa bulan aku tak baca paper, hari ini tergerak beli.
Lepas suboh di masjid negara sarapan pagi roti canai telor & teh tarik (RM2.60) disebelah Kamdar masjid India sambil belek paper hari ini, dapati banyak betul perubahan pada Mingguan Malaysia.
Dulu, kalau tengok Utusan teragak2 dengan beritanya, sekarang mereka lebih konfiden & lebih berbisa terang2 'sokong' kerajaan pemerintah dan hantam kaw-kaw sekutu PAS-DAP-Anwar. Takde apa nak selindung lagi, takut risau malu tolak tepi, itulah baru dinamakan kebebasan akhbar, bebas memilih apa yang mereka nak sokong. Mereka semakin berani menyatakan pendirian.
Kalau Harakah dan Malaysiakini sewenang2nya menjadi lidah rasmi pembangkang, kenapa Utusan pula perlu dikongkong??
Baca tajuk2 dari muka depan sampai sukan sehingga berita hiburan pun dah cukup puas, belum lagi baca kualiti penulisan pengarang & kupasan isu yang semesti terbaik kalau nak bandingkan tulisan blogger. Dan perhatikan tulisan mereka, semakin santai dan tajam seperti anda sedang membaca blog bebas. Sukan pun dah banyak. Hiburan, takdelah asyik artis tu seksi, artis ni dah pakai tudung, umrah 23 kali, ini aku cukup suka!
Pendek kata berbaloi bayar 2hinggit, bak kata Aziz Satar"macam2 cerita ada..". Tak sia2 utusan kena belasah kiri kanan depan belakang, kerana mutu sekarang, 1st class wa cakap lu..
Mari semua, pakat ramai2 support Utusan, kita dapatkan Mingguan Malaysia setiap minggu, rangkuman berita seminggu, gerenti tak rugi beb.. Aku sangat teruja!
p/s: Tulisan ini ikhlas, tidak dibayar. Terima kasih..

2 comments:

  1. kalau ada duit lebih.. office.. belilah Utusan setiap hari!
    kalau dah ada tenet sdiri, Mingguan dh madai, pasal semua otai turun tiap Mingguan.

    ReplyDelete