Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 6

Tiada penyingkiran minggu ini, kerana Mamat Khalid tak datang. macam Hantu Kak Limah Balik Rumah tanpa Usop wilcha, hilang serinya.
Aku bayangkan Apek ambil tempat AC Mizal lebih terurus, rasa besar sangat peranan Apek jadi juri.

Penilaian peribadi minggu ini. (by youtube)
1. Jambu -Tak susah untuk mengatakan Jambu terbaik minggu ini, kalau tengok gelak penonton, terutama babak tumbuk slow motion sambil rokok bikin kematu perut aku gelak. Tapi aku rasa Yus & Tokey, mesti tak puas hati pasal plan, skrip & timing banyak lari. Diorang jugak aku tengok mcm nak pengsan tahan ketawa, ada ketika Yus terpaksa ambil masa untuk meneruskan lawak. Harap Jambu ni lebih spontan sporting, sayang konsep komedi begini kalau tak selitkan sikit isu semasa dan satira.
2. Sepah -Baru aku teringat, tengok lawak Sepah ni teringat baca Gila-Gila waktu kecik dulu. Tiap bulan tak sabar nak tunggu karya kartunis, walaupun tahu nama watak dan gaya bahasa yang sama tapi cerita sentiasa berlainan.
3. Nabil -Bersahaja dan kreatif. Walaupun nampak gila-gila macam mentornya Apek, aku kira Nabil ni bijak dan jenis berfikir. Dia ada gaya Jim Carey atau Jerry Seinfeld.
4. Man -Mengekalkan lawak impersonater, kali ini Chef Wan jadi bahan. Terbaik dari Man takat ni.
5. Balas -Sangat selesa. Hak kecik tu tak reti bercakap asyik jadi bahan si gemuk.
6. JoZan -koman sangat. Situasi diorang aku teringat masa Zizan dalam RL1 lawan Yus dulu, peminat dia letak harapan tinggi sangat padahal waktu tu Zizan masih rendah diri, kemampuan dan idea pun terhad, sudahnya peserta yang mulanya nampak bertenaga Zizan Johan dan Tokey memberi laluan pada Yus untuk menang sebab tekanan sebagai peserta febret. JoZan ni kalau jadi Zizan takpe lagi takut jadi Helmi Gimmick hilang terus.
7. Amir

No comments:

Post a Comment