Saturday, April 30, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 5

Minggu yang suram, adakah kerana pertama kali AC Mizal menjadi pengacara sebagai ahli UMNO? Dan juga Mamat Khalid menyokong UMNO Gopeng? Membuatkan penonton FINAS tidak ghairah menyokong siaran langsung ML. Tepukan yang ala kadar tidak memberi sokongan moral pada peserta. Ada peserta buat show bagus tapi tiada sambutan hebat. Astro kena lakukan sesuatu.
Secara keseluruhan, peserta pilihan memang tidak menghampakan setiap minggu, melihat aksi mereka seolah2 mereka mengendalikan rakaman program sendiri yang telah disunting cantik untuk siaran setiap minggu.
Jika tamat musim ML ini, aku lebih suka astro meneruskan program lebih kurang ML yang menampilkan peserta pilihan Nabil, Zizan, Johan, Yus, Tauke dan ahli kumpulan Sepah untuk 'bersaing' menampilkan segmen masing2 selama sejam. Belum ada rancangan hiburan seperti ini, konsep ala Maharaja Lawak dan Spontan (kalau anda masih ingat). Boleh juga diundang peserta lain dan pelawak lain.
Ini sangat menarik! semuanya menang2 tiada 'pengalah'.

Penilaian peribadi minggu ini (by youtube);
1. JoZan -Aku cukup suka lawak yang membawa penonton dalam imaginasi watak &berfikir diakhir cerita kaitan keseluruhan story.
2. Jambu -Ini pebret aku. Setiap minggu kalau dikumpul koleksi paling bermutu. Kekuatan; menguasai skrip yang sukar seperti teater, kelemahan besar mereka kurang spontan. Kata Mamat lawak ala kumpulan British Monty Pythorn cuma zero satira.
3. Sepah -Mulanya aku teruja ingat diorang nak sambung cerita anak peguam kena culik minggu lepas tapi ditengah dah jadi lain. Tapi masih mantap.
4. Nabil -Cerita sangat menarik lagi kreatif, aku suka. Tapi sebab cerita watak kartun Detektif Conan, tak sampai ke budak2 besar.
5. Balas -Watak hantu mak cik karipap memang kuat dan berkesan. Ada saja lawak lucahnya haha..
6. Man -Peserta pembuka. Lawak impersonater minggu ini menghiburkan kecuali watak Nasir Bilal Khan.
7. Amir -Malas aku nak komen, sblm ML ni jadi Salam Pantai Timur minggu depan kasi keluar ini budak.
8. Jehan -Bak kata Afdlin dlm RL bagai keretapi berlanggar remuk teruk tak dapat diselamatkan lagi. (terkeluar)

No comments:

Post a Comment