Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 3

Tahniah minggu yang paling menghiburkan walaupun muzikal komedi.
Walaupun dimulakan dengan penyingkiran minggu lepas, Wai & Xn3 diikuti penyingkiran dihujung R2 tapi kemeriahan tidak terganggu.
Aku ingat juri dapat menghidu apa plan astro menyingkirkan 2 peserta di awal bagi menekan juri mengguna imuniti. Supaya juri tiada senjata lagi untuk menggagalkan konspirasi astro untuk digunakan diakhir musim. Bukan tak tahu apa yang mereka buat pada Akademi Fantasia dan Raja Lawak sebelum2 ni.
Syabas juri kerana mengelakkan keputusan 'mengejut' terlampau bakal berlaku. Cuma AC je aku tengok masih lagi kera sumbang, harap dia berusaha juga sama dengan peserta yang nampak bersungguh2 menjayakan program, termasuk juri yang diberi segmen menampilkan persembahan ringkas & spontan. Usop wilcha muncul sekali lagi, walaupun ramai tahu dia penyanyi & bukan seorang pelawak tapi slot yang diberi tidak menghampakan.
Kalau tiada penyingkiran minggu ini pun bukan mengejutkan.

Penilaian aku melalui youtube (mengikut urutan acara sebenar).
1. JoZan -Jalan cerita menarik, tersusun, kemas, serasi.
2. Nabil -Persembahan paling hebat tapi ada tempat longgar.
3. Sepah -Santai. cerita yang panjang dijadikan simple.
4. Jambu -Hiburan secukup rasa, walaupun mampu lebih.
5. Man -Tak kurang hebat, aku kagum dia sungguh2 tarik audien gelak, jadik.
6. Alex -Persembahan pembukaan yang kreatif.
7. Amir -Berterabur dan hancur, audien gelak juga.
8. Balas -Cekap dan spontan, sorang tu boleh jadi MC dll.
9. R2 -Isi cerita tak kuat dan ada kurang sikit. (terkeluar)
10. Jehan -Gagal menarik penonton bersama ceritanya tapi aku selesa tengok dia atas stage.

No comments:

Post a Comment