Thursday, February 3, 2011

Mesir Oh! Arab

Semenjak aku melangkah kaki ke arab, aku tak pernah rasa hormat pada bangsa ini. Bagiku, zamannya telah lepas. Dan aku percaya bangsa ini bukan bangsa terbaik pun sejak zaman nabi pun. Macam mana perangai mereka kini macam tu lah peel mereka sejak tahun gajah lagi.
Mesir kesayanganku kerana adveture dan wayang realiti yang sangat mengujakan, kini, bergolak, kemaruk nak tukar pemimpin, kononnya mendambakan demokrasi.
Woi Mesir! Woi arab! macam demokrasi itu sesuai sangat dengan korang? Bukankah cocok denganmu adalah sistem khalifah? Aduss mau di cuba demokrasi tulen ya? silalah...
Kami peduli apa. Apa yang kami peduli misi Palestin lebih sukses, dan yahudi tidak mendapat advantage krisis ini. Amerika pun. Iran pun. Malaysia pun. Anwar pun. Suez sama.
Doa terbaik buat kalian, good luck. Sudah tentu ke Mesir tidak sama seperti dulu lagi, hai-lah...
Kedda mesry kedda.. kedda eraby kedda..

Susulan
Akhirnya, seperti dijangka kenyataan itu datang juga. Hosni Mubarak tiada mood lagi untuk bertahan lalu terbang ke SharmusSheikh meninggalkan 30 tahun rakyatnya yang 'zalim'.
Semuanya bermula di Tunisia, walaupun aku yakin mulanya di gereja ortodok di bom susulan itu 'rakyat' naik angin, walaupun persoalan rakyat mana punya kerja belum terjawab. Hanya 2 minggu, maka 12hb penutupnya.

No comments:

Post a Comment