Tuesday, February 16, 2010

Belum Terlambat

Penyanyi Shidee, 50, akhiri zaman bujang apabila berkahwin gadis awal 20an. Jarak umur mereka lebih kurang 25 tahun.
Pernah juga aku dengar tapi aku pun tak tahu sebenarnya dia belum kahwin walaupun aku minat dengar dan selalu bawak lagu2 dia. Sebab tu keluar je Utusan gambar depan tunjuk Shidee bertanjak berbaju songket maroon terus aku beli, memang menarik tajuk walaupun berita kat dalam ciput entah hape2..
Shidee bagiku penyanyi yang sukar dicari ganti. Mutu suara setanding Saleem, Jamal Abdillah & Ahmad Jais. Kalau nak nilai penyanyi yang bagus (bagiku), dia mampu menyanyi lagu nada tinggi sementara boleh berleggang-lenggok mengalun suara. Tapi menyanyi secara live mungkin kurang sikit berbanding Jamal, Siti atau Mat Jais lah.
Sayang Semuanya Sudah Terlambat, Janganlah Menghancurkan, Tiadakah dihatimu Kemaafan & Bicara Buat Teman antara lagu hitnya. Selamat..

No comments:

Post a Comment