Monday, May 30, 2011

Keturunan Kaum Luth Di Malaysia



" Ini bukan dirogol, diliwat!.. Untuk seorang wanita itu mengaku yang dia dirogol itu sangat susah, apatah jikalau seorang lelaki yang mengaku dirinya diliwat!.. Masya Allah.. Susah... "

Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal takuk..
Tahniah Saiful Bukhari Azlan!

Maharaja Lawak - Minggu 9

Sepatutnya minggu depan adalah final, tetapi disebabkan sambutan yang menggalakkan dan bagi menggantikan 2minggu disiarkan percuma di saluran Astro Prima 105 dulu maka ditambah lagi 3minggu.
Minggu ni Balas terkeluar, mungkin Astro dan barisan juri sudah tidak tahan lagi dengan 'lawak masa depan' spt kata Mamat Khalid. Saban minggu Balas menggunakan lawak lucah atau double meaning sebagai kekuatan utama, bukan kedua atau ketiga menyebabkan kumpulan itu terkeluarminggu ini, tiada tanda2 perubahan akan Balas lakukan jika masih kekal hingga ke final.
Minggu ini, mereka berpasangan dengan artis undangan. Ada yang memilih artis yang betul2 pelawak dan pelakon komedi biasa. Cabaran minggu peserta perlu menyesuaikan diri dengan bukan kebiasaan apa yang mereka buat sebelum ini, dan ternyata nampak ada sikit goyang dan kelam kabut pada semua peserta, lebih lagi yang baru2 ni.

Penilaian aku minggu ini (by Youtube);
1. Jambu & Achong (Sweet Child) -Dengan lawak internasionale. Aku kurang minat lawak Jambu minggu ini. Tapi respon penonton dan punchline yang menjadi aku letak dia no1 minggu ni.
2. Sepah & AR Badul -Memang susah nak control otai Badul ni. Sepah berjaya. Cuma biasalah kelam kabut minggu ini sebab partner yang takde perasaan bertanding ni lain.
3. JoZan & Komala Devi -Pengisiannya tak kuat. Zizan dengan watak Mail Lambung, Johan agak kurang menjadi meniru gaya Mamat Khalid.
4. R2 & Sathiya -R2 dengan lawak lawyer buruknya bernasib baik kerana mendapat pelawak berkaliber spt Sathiya yang banyak membantu.
5. Nabil & Sharifah Shahira -Malang Nabil, partnernya kaget sangat sampai aku yang menonton turut kaget, macam kagetnya penonton tengok Amir punya show. Nabil terpaksa buktikan lagi dia boleh melawak bukan secara solo.
6. Balas & Bell Ngasri -Balas tersingkir. Pergh tengok lakonan Bell kalah Yus. Itu jugalah point tersingkirnya kumpulan Balas kerana tahap lakonan budak sekolah begitu ketara.

Keseluruhan minggu ini tidak menarik.

Sunday, May 29, 2011

Kemuncak Argentine Messi, Penyokong Man U Cool



Barcelona 3 - 1 Manchester United

Aku cukup puas hati result pagi tadi.
Lionel Messi! boleh dipanggil legend dah. Aku kira 10 pemain terbaik sepanjang zaman, lebih hebat dari penyampai tropi malam tu pun.
Kepada lalang2 yang bukan penyokong Man U mahupun Barcelona apa yang aku boleh ucapkan uwekk.. uwekk.. uwekk.. Cuba lagi tahun depan, penyokong Man U memang sentiasa cool dan sedar diri. Takde frust mana pun, Supporter MU diseluruh dunia memang terkenal cool beb.. dan matang. Cuba lagi yek.. agaknya memang layak jadi tukang ejek la tiap2 tahun hehehe
Cukup puas hati, terutamanya orang macam aku. Game menarik. Messi sumbat sebijik. Messi pemain terbaik. Messi penjaring terbanyak. Messi.. Messi.. Argentina, Maradona, Barcelona, Manchester United semuanya terbaik, semestinya yang terbaik ada di pentas final. Terbaik di Eropah! Nak kata apa lagi hahahaha...
Ada betul juga ramalan aku sebelum ni.. baca sini!
Lalang oh Lalang... Coba lagi yerk ahaks!

Friday, May 27, 2011

American Idol 10


" I Told You So "

Scotty McCreery, 17, juara baru American Idol menewaskan Lauren Alaina, 16.
Yang menarik perhatian aku, AI (bukan Anwar Ipandikutti) ini sudah masuk musim ke 10 tapi telah menarik pengundi berbayar lebih US 730 juta musim ini, satu rekod AI, walaupun tanpa juri popular Simon Cowell dan kelam kabut di awal musim, tetapi jenama yang dianggap tua itu masih lagi mendapat dokongan rakyat Uncle Sam itu.
Berbeza di Malaysia. AF, UMNO, PAS jenama yang tiada maaf bagimu.
Agak menarik juga dinilai kebetulan kedua2 finalis adalah 'muda remaja namun mempunyai suara yang matang'. Itu point perlu diambil berat bagi setiap pemegang brand lama..
Dengar kualiti suara kedua finalis seperti diatas!


Thursday, May 26, 2011

Antara Wajah Seiras Anwar Ibrahim



Ce pasang video kat atas ni jap! Lepas tu teka siapakah dibawah hampir sama dengan lelaki dalam video tersebut??



Mereka ini antara lelaki di dunia, (bukan M'sia jer) aku ulang sekali lagi, di dunia! paling mirip dengan lelaki Y...
Korang bagitau aku gambar siapa lagi aku nak taruk kat atas ni dan korang bayangkan muka2 diatas berada dalam video tu, ada matching tak? Hehe.. Baru tau bukan senang nak cari kambing hitam nak ganti dajjal dalam video dokumentari tu!

Kot lah siapa ada gambar adik beradik dia boleh lawan dengan gambar di atas.

Wednesday, May 25, 2011

Politik Kak Ton

" ..Najib hari ni baru melawat rumah anak yatim al Taqwa... "
" ..Semua dah selesai baru nak datang... "
" ..Diorang nak buat konsert amal nak kutip derma... "
" ..Ha Kerajaan dah takde duit lah tu.. Tengok minyak, gula naik... "
" ..Itu satu hal.. Tau siapa artis di jemput Jacklin Victor haaaa kau... M Nasir bla bla... "
" ..Konsert?.. derma anak yatim panggil orang kapir ... "
" ..Kerajaan bukan takde duit.. dia tak mau guna duit kerajaan untuk anak yatim... "
" .. Ha ah..Di gunakan duit derma.. duit rakyat... "
" ..Duit camni la diorang buat tampung benda islam ni semua... "
" ..Duit yang ada di buat projek kroni bla bla... "
" ..Pandai ye... "
" ..Lagipun tanah yang kena tu bukan sah sangat status... "
" ..Tu yang dia nak tak nak jer tolong... "
" ..Saja nak tunjuk diorang prihatin dengan anak yatim.. kengkonon... "
" ..Nampak beno tak ikhlasnya... "

Begitulah seronoknya kita melayan Kak Ton laki si Hasim dengan partnernya bersembang 'berat', ala gosip + islamik + politik!!
Bila akal letak di lidah, macam minum wine dekat dinner function. Lancar je lidah, terus peramah selalu! Sekarang ni lelaki pun dah ramai sembang macam Kak Ton!
Layan Jambu di bawah sambil berfikir... Baca juga tulisan terbaru Mamat Khalid di sini! (Jgn biarkan bang Mat kita berseorangan)

Tuesday, May 24, 2011

Bakal Juara AF9

Aku gerenti awek ni jadi juara.. tak caya ?? tengok nanti! Nera AF9


Laa.. dah keluar ke..... baru plan nak afundi katanya kihkihkih

Monday, May 23, 2011

Video Terbaik Anwar Setakat Ini



Terbaik setakat ni. 1peluru betul ke kau bikin? Tahniah..
Mana lagi pakar filem. pengarah hebat??
Kita mau lagi jelas..

Sunday, May 22, 2011

Obama, Osama Suatu Masa Dahulu


Haa.. tu dia! di celah pokok kurma... Dapat!


Afa khabar? Lama tak jumpa kawan sekampung teman..


cheers... kopi tongkat ali plus ginseng.. kaw-kaw punya


boleh bersikat pulak... mesra sungguh. banyak kutu ni


Perghhhh main pool lagi..
Hari ni aku jolok pool.. esok aku rodok hang pulak..



Lepas ni giliran nmu pulok!
bukan..bukan.. oh ini gambo Sheikh jubori dan wali selipar

Tun M Beransur Pulih

Tun Mahathir, 86, yang sedang dirawat di IJN menunjukkan respon baik. Alhamdulillah...
Negarawan hebat dalam sejarah negara itu menunjukkan semangat yang kuat mengikuti jadual rawatan yang diberi doktor termasuk senaman ringan.
Gambar diatas, kelihatan Tun M & Tun Siti kelihatan masih lemah sedang membaca akhbar. Isterinya juga tak berapa sihat.

Saathiya - Mahathir, Anwar Beraksi

Saathiya: Pasangan hidup (2002)
Stars: Vivek Oberoi, Rani Mukerji (1978 rupanya), Tanuja (mak Kajol)
Penampilan: Shahrukh Khan & Tabu.
Director: Shaad Ali
Musik: AR Rahman. Cinematografi: Anil Mehta.
Plot - Kisah orang muda tak mampu menahan gejolak asmara kahwin lari tanpa restu. macam2 dugaan tak pernah difikirkan sebelum berkahwin.

Macam kisah Anwar dengan Wan Azizah la pulak. Sikap rakus dan terburu2 membuat keputusan, berlanjutan sehingga ke alam perkahwinan.
Layan hindustan kebelakangan ni, filem paling bangang aku cukup meluat, india movie. Saja nak tengok apa yang ramai peminat terutamanya Anwar boleh layan filem cam gini punya hampeh.

Dapatkan Mingguan Malaysia Hari ini!


Aku amat kagum dengan Utusan! klik gambar utk lebih jelas.

Dah berapa bulan aku tak baca paper, hari ini tergerak beli.
Lepas suboh di masjid negara sarapan pagi roti canai telor & teh tarik (RM2.60) disebelah Kamdar masjid India sambil belek paper hari ini, dapati banyak betul perubahan pada Mingguan Malaysia.
Dulu, kalau tengok Utusan teragak2 dengan beritanya, sekarang mereka lebih konfiden & lebih berbisa terang2 'sokong' kerajaan pemerintah dan hantam kaw-kaw sekutu PAS-DAP-Anwar. Takde apa nak selindung lagi, takut risau malu tolak tepi, itulah baru dinamakan kebebasan akhbar, bebas memilih apa yang mereka nak sokong. Mereka semakin berani menyatakan pendirian.
Kalau Harakah dan Malaysiakini sewenang2nya menjadi lidah rasmi pembangkang, kenapa Utusan pula perlu dikongkong??
Baca tajuk2 dari muka depan sampai sukan sehingga berita hiburan pun dah cukup puas, belum lagi baca kualiti penulisan pengarang & kupasan isu yang semesti terbaik kalau nak bandingkan tulisan blogger. Dan perhatikan tulisan mereka, semakin santai dan tajam seperti anda sedang membaca blog bebas. Sukan pun dah banyak. Hiburan, takdelah asyik artis tu seksi, artis ni dah pakai tudung, umrah 23 kali, ini aku cukup suka!
Pendek kata berbaloi bayar 2hinggit, bak kata Aziz Satar"macam2 cerita ada..". Tak sia2 utusan kena belasah kiri kanan depan belakang, kerana mutu sekarang, 1st class wa cakap lu..
Mari semua, pakat ramai2 support Utusan, kita dapatkan Mingguan Malaysia setiap minggu, rangkuman berita seminggu, gerenti tak rugi beb.. Aku sangat teruja!
p/s: Tulisan ini ikhlas, tidak dibayar. Terima kasih..

Maharaja Lawak - Minggu 8

R2 dimasukkan balik. Geram Astro pada juri berbalas kerna tak menggunakan imuniti pada minggu 3peserta tersingkir dulu.




Penilaian aku minggu ini (by Youtube)
1. JoZan
2. Sepah
3. Nabil
4. Balas
5. Jambu
6. R2
7. Man -(tersingkir)

ada masa aku update ulasan....

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Asrama Anak Yatim

Musim hujan lebat kembali. Hujan lebat membawa penyakit, hujan lebat mengakibatkan banjir kilat, hujan lebat kadang kala datang bersamanya ribut petir, hujan lebat boleh menyebabkan tanah runtuh.
Ini yang berlaku di Asrama Anak2 Yatim & Hidayah Madrasah al Taqwa, Hulu Langat tengahari tadi. 24orang tertimbus ketika membuat persiapan persembahan untuk tetamu dari FINAS pada petangnya dalam sebuah khemah dipasang siap, mujur!
Kesemua terlibat adalah lelaki. Beberapa orang selamat, dan ada yang ditemui telah meninggal dunia dan usaha menyelamat mangsa tertimbus masih giat dijalankan. Takziah kepada semua terlibat.
Tragedi sebegini sudah tentu menjadi trauma pada semua terselamat. Bagi siapa yang pernah tinggal asrama pasti tahu perasaan sebegini.
Teringat dulu, waktu aku diasrama dulu ustaz aku cakap kalau jadi musibah macam ni pasti ada hikmahnya. Mungkin juga pembalasan dosa yang kita buat, katanya. Hatta kalau paip air tak boleh tutup ketat, air sentiasa menitik itu katanya malam tadi mesti ada budak melancap, buat dosa. Lucu pulak bila teringat balik. Tragedi asrama anak yatim ini kalau terjadi waktu aku sekolah dulu mesti ustaz tu akan cakap kerajaan Selangor sekarang banyak buat dosa dan menghalalkan maksiat Anwar Ibrahim hehe..
Itu semua dah menjadi kenangan manis zaman budak2 dulu.
Hakikatnya, kejadian tanah runtuh seperti ini adalah kemalangan. Dan jika nak cari puncanya, aku boleh kata hujan lebat beberapa hari yang mengumpulkan air didalam bukit menunggu masa untuk melepaskan hajat yaitu hari ini. Pembangunan atas bukit juga penyebab jika ada.
Kita harap semua pihak jangan cepat membuat kesimpulan yang akhirnya menuding jari pada pihak itu ini seperti skrip lama yang biasa terjadi, samada eksiden atau bencana alam bila terjadi kita suka menambahkan lagi mangsa.
Esok pasti berita utama muka depan akhbar, waktu aku tulis ni ada lintas lansung dari tv. Petang yang suram bagi Msia! Takziah untuk semua.. land slide

Thursday, May 19, 2011

Yahoo! Malaysia Jadi Malaysiakini

Pelik jugak aku. Tengah panas si dajjal ni mengadap tuduhan aib depan belakang, orang macam ni yang boleh dipanggil oleh Yahoo! Malaysia.
Dalam rancangan Yahoo! yang tak laku di negara ini, Anwar telah menjadi pandikutti pertama dari Malaysia dalam rancangan 'Cover it Live'. Apa ke makna ini semua? Orang bermasalah dan mempunyai masalah mental kronik macam ni dipilih. Apa nak diorang memperkenalkan pemimpin masa depan M'sia yang secara terbuka boleh rodok depan belakang?
Yahoo! Malaysia nak ikut jejak Malaysiakini atau hanya menjadi alat Yahudi? Kalau nak kata terbuka, terang2 soalan yang lepas nampak sangat ditapis editornya. Semua soalan hanya sedap didengar dia je, yang belah satu lagi ni mana? Lepas tu buat cover konon rancangan tu macam live, padahal sorang luar sorang cover dalam, politik gempak gempak macam dalam AF ni boleh baca sangat, dasar wayang kuat.
Betullah... terang2 Anwar Ibrahim pandikutti ni memang dah jadi agen Yahoo-di! Malaysia...

Aku petik satu Q & A menarik;

(Q) Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan telah meninggalkan DS..komen

(A) Pandikutti: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

p/s: lagi jambu beb daya tahan kuat depan belakang hehehe..

Wednesday, May 18, 2011

Doa Buat Tun

Orang termakan budi banyak seperti aku ni doa sahaja mampu kukirimkan agar kesejahteraan berpanjangan buat Tun Mahathir.


Dengan cuaca musim kemarau yang berapa minggu hujan tak turun, kemudian hujan lebat mula turun awal minggu ini memang mengundang banyak penyakit. Orang tua2 kata badan terkejut pertukaran cuaca. Nyamuk pun banyak!
Doktor kini sedang merawat doktor di hospital.
Dr Mahathir telah dibawa ke IJN 6pagi tadi, setelah mengadu demam selsema & batuk berterusan semenjak 2hari lalu, mengakibatkan jangkitan paru2. Beliau diberi rawatan suntikan antibiotik dan fisioterapi dada intensif. Doktor menasihatkan mc selama seminggu.
Rehat Tun..rehat! ambillah seminggu, 2minggu... rehat. Agar keluar nanti ligat macam orang muda semula.
Cepat sembuh...

Tuesday, May 17, 2011

Tashan - Mahathir, Anwar Beraksi

Filem hari ini... Tashan



Tashan: Gaya.
Stars: Akshay Kumar, Anil Kapoor, Saif Ali Khan Karena Kapoor (cun melecun)
Director: Vijay Krishna Acharya.
Musik: Vishal-Shekhar. Cinematography: Ayananka Bose.
Plot: Anak membalas dendam pembunuhan bapa berkompromi dengan 'musuh' demi menghapuskan musuh sebenar.

Layan hindustan walau....
Nak kenal Anwar kena tengok cerita macam ni. Dia tu kaki dvd.
Macam2 perangai ada, Anwar, Azizah, Sam ketot, Mat Sabu, Mahfuz. HeHeHe... Nik Aziz takde dalam filem ni!

Monday, May 16, 2011

Mahkamah Double Standard Untuk Anwar

Perbicaraan fight gila babi. Itu janji Anwar fight all out.
Akhirnya, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Diah memutuskan ada kes, Anwar kena bela diri.
Akhirnya ??? Aduyai..
Mungkin ramai yang dah lupa kes apa ni? sebab dah dipuSingh ditunda2 sehingga kes si dajal Anwar liwat Saiful Bukhari menjadi Anwar difitnah dan konspirasi menjatuhkan Anwar. Mari kita sorot balik bagaimana kes ini bermula sehingga hari ini ramai menarik nafas lega dan aku berkata yes! 'akhirnya'.
26/6/2008, Anwar meliwat Saiful di Kondo Desa Damansara.
28/6/2008, 'pembancuh kopi' itu membuat laporan polis.
29/6/2008, Anwar terkejut beruk melompat ke kedutaan Turki minta perlindungan dan menarik perhatian seluruh isi alam.
30/6/2008, Dia buat PC konspirasi dan saman balik pembantu peribadinya itu di mahkamah Tinggi.
1/7/2008, Tak cukup dengan itu Anwar buat report terhadap IGP dan AG.
2/7/2008, Mufti Perlis Asri mencabar kedua2 musibat ini sumpah mubahalah (inilah lahabau yang mulakan pesta sumpah).
31/7/2008, 33 hari selepas rp Saiful siasatan selesai. KDN bagitau siasatan dah serah pada AG.
7/8/2008, Anwar disapina hadir ke mahkamah atas tuduhan liwat di Mahkamah Majistret, KL. Berisan peguambela diketua Sulaiman Abdullah.
8/8/2008, cantek punya nombor Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, KL. Anwar mengaku tak bersalah dan bebas dengan jaminan bon sebanyak 20k tapi pasport bebas.
15/8/2008, Saiful setelah dicabar bersumpah 'mubahalah' di masjid WP, walaupun mubahah tak cukup syarat hasil video dengan china doll di dedah Eskay lebih 2tahun kemudiannya.
Kalau 1998, Anwar pernah bersumpah walau dengan cara ragu2, akibatnya 10tahun kemudian datang kes Liwat II. Kita tunggu! apa bala pulak hasil dari sumpah dan solat hajat mutakhir ini apabila sang Dajjal cuba menentang balasan tuhan.
14/7/2009, Ketua Peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah menarik diri. Barisan peguambela baru diganti lebih 'islamik' diketuai Karpal Singh.
3/2/2010, Lanjutan itu tanpa mampu di halang lulus dengan cemerlang sampai ke perbicaraan liwat yang 'sebenar' bermula hari ini di Mahkamah Tinggi. Walaupun banyak kong kali kong dari permulaan kes membawa ke mahkamah ni, tetapi lebih teruk apa yang berlaku selepas tarikh hari ini.
5 kali ditunda, macam2, alasan budak sekolah boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi. 71 saksi awal, 27 je dipanggil, 44 tak dipanggil termasuk Azizah. 57 hari bicara belum kira hampir 3tahun dari Saiful buat report police, akhirnya, akhirnya...
16/5/2011, setelah dibacakan pergulungan selama 1jam 48minit, inilah harinya yang aku cakap 'AKHIRNYA' Anwar kena bela diri bicaranya baru 'BERMULA'.

Akhirnya.. baru bermula beb muahahahahahahaktoi pandikutti...


Maharaja Lawak - Minggu 7

Minggu silent comedy.
Akhirnya Amir dikeluarkan dek penyokongnya ghalet membelasah Selangor 5-1 di tempat lawan.
Aku kagum dengan Amir kerana saban minggu menyampaikan lawak yang takde standard tapi boleh bertahan sampai minggu ke-7! pergh liat sungguh! Bayangkan kalau takde juri profesional apa akan jadi?
Minggu ini juga, para peserta diminta memilih seorang peserta yang patut tersingkir. Kalau tak, Man terkeluar kot. Aku berani cakap Amir terselamat sebab sentimen simpati dan kenegerian yang tebal. Nak nafi? Lantaklah!
Teringat pula kemelut orang melayu yang dikatakan rasis bila disebut soal hak melayu tapi cina keling maingkan isu sensitif ini dikatakan hak asasi pula, ada bau sikit macam tu.
Jadi dengan medium hiburan sebegini juga boleh menilai realiti masyarakat. Begitu susah minta orang ramai memilih yang benar2 layak untuk 'berkhidmat', bukan untuk orang lain tapi untuk deme juga. Tetapi sentimen simpati, daerah dan jantina itu juga menjadi pilihan. Hai Susah!
Tengok saja program realiti bercorak sms lain, AF & RL sebelum ni yang akhirnya melahirkan seorang yang mungkin popular & gah pada nama tapi tak tahan lama, belum cakap bab kualiti. lebih malang kalau tak popular tak berkualiti, contoh Malaysian Idol dengan juara cinanya (Ini lagi teruk, rasis). Bayangkan Imam Muda guna kaedah ini? Tentu lain pula juaranya. Dan Barack Obama juga lahir dari sistem sebegini.
So, jangan fikir hiburan spt ini remeh, ada signifikan & nilainya.
Berbalik pada ML, aku respek dengan juri pro yang menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun aku rasa tekanan yang mereka hadapi tak kurang hebat, ditekan pihak Astro, peserta dan seboleh2nya menjaga hati penyokong2, dan dalam masa sama kritikan tetap sampai. Aku jangka kaw2 nye presure, 2 minggu akan datang.
Secara keseluruhan minggu ini sangat mencabar sebab berlawak bisu, tapi tekanan itulah menjelma idea yang hebat, luar jangkaan. Tinggal cara penyampaian dan kesan teknikal yang menentukan show itu sempuna.
Mengikut ranking jangkaan aku minggu ini aku tertunggu2 show dari Nabil, Jambu dan Sepah. Berdasarkan prestasi mereka Rl dulu, masih terngiang2 Sepah yg gatal mandi ditandas wanita dalam RL3, Yus RL1, watak Askar, dan Nabil RL2 idea canggihnya yang spontan. Walaupun ramai bercakap Jambu sepanjang ML sangat sesuai dengan lawak kurang bercakap begini, dan formatnya ikut lawak senyap RL1.

Ini penilaian peribadi (by youtube)
1. Sepah -Perfect! Grand brilliant! Smart Story! Mula,tengah dan ending mantap. Kenapa si panjang tu macam tenggelam banding yang pendek waktu RL dulu?
2. Jambu -Menghiburkan. Tak menepati wow yang aku jangka.
3. JoZan -Best show! Teratur. Cuma kalau Johan pegang watak utama lagi ok kot, entahlah, lagipun Zizan sepanjang ML ni aku tengok macam tak menjadi je dia pegang 'watak bodoh'.
4. Balas -Luar jangkaan ramai diorang berjaya buat lawak tanpa cakap banyak, walaupun lakonan macam budak sekolah.
5. Nabil -Nampaknya semua solo tak menjadi. Ramalanku Nabil akan top malam ni meleset. Kesan teknikal juga banyak mengganggu show. Namun idea tetap mantap.
6. Man -Hancur. Teknikal juga problem. Tapi memang cerita tahap pentomen sekolah, kata Mamat.
7. Amir -(terkeluar) AC Mizal cakap dia menyokong Amir selama ini kerana Amir berani bla..bla.. Apa da. Sebab tu ko sokong. Kalau semua orang fikir cam gini lingkup industri.
p/s: Ada undi masuk pula minggu depan. Dah macam AF pula. Apa pun inisiatif Astro untuk menambah tarikan drama ML, tak perlu kita ketepikan begitu saja. Fokus finalis sudah.

Sunday, May 15, 2011

Simbah Asid, Penjenayah Sekarang Semakin Bacol

Mengikut maklumat yang aku baca setakat ini 21 orang, kebanyakannya semua mangsa perempuan melayu.
Ini dia wajah orang gila ni, yang pastinya macha ni India. Betul punya Bt Caves kau ni.
Aku dari kes Hindraf, Interlok kemudian yang terbaru kes Sosilawati aku cukup berbulu-bulu dengan pandikutti tak sedar diri tu hitam. Ini kes terbaru simbah asid pulak, apa punya bacul main belakang. Apa dia tak puas hati sangat aku pun tahu, tapi aku rasa mesti ada kaitan dengan tak puas hati kes2 panas sebelum ni jugak.
Kita punya nak cover bahawa ini bukan kes perkauman, dia lagi mau bakar sentimen. Contoh paling kuat tengok saja kes Sosilawati terang2 keling ni nak kenakan melayu.
Yang buat aku panas ada orang melayu, terutama ahlul politik pembangkang cuba menjadi hero dengan barua-barua ni. Itu yang diorang naik kapla. Tanam isu panas, sensitif, lepas tu bila tak terkawal atau kena batang hidung sendiri tinggalkan macam tu saja. Betul punya laanat.
Tengok apa jadi kes TBH, Kugan & budak melayu kena tembak tu.
Jadi, pada sesiapa yang agak terjumpa keling kutuk ni spt fotofit di atas walaupun ada sikit je iras, sila hubungi rakan cop 03-2115 9999 atau sms POLISKL ke 32728. Aku faham memang susah sikit nak cam muka sepesen hitam ni, sama payah kita nak cari beruk masuk rumah.
Tapi cubalah ye, pasal 21 orang dah kena, takut adik kakak kita mangsa seterusnya, atau anda sendiri.
Aku harap polis atau orang melayu, ataupun pemimpin poiltik melayu jangan pula terlebih terasa dengan apa yang aku tulis ni, jangan mengada2 lebih dari orang cina dan keling pula. Sekian.

Modus operandi.
Suspek menunggang motor, seorang atau berdua. Mendekati mangsa, perempuan, di kaki jalan atau dalam kereta yang tingkap terbuka. Lalu, mencurahkan cecair asid ke muka mangsa. Area di Lembah Kelang, kalau luar dari tu, bukan suspek. Itu maknanya dah berjangkit pada kutu berahak kaki cari pasal takde kerja lain lah tu..

Penawar Rindu



Biduanita Orchid Abdullah kembali..

Anwar kau rindu dengan siapa pulak? Dajjal ada perasaan rindu kah?

Update
Suaminya menyusul. Tiada penawar rindu bagi Dato' Mokhtar Omar setelah 4hari meninggalkannya. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bkt Bintang dan Ketua Pemuda WP. AlFatehah keduanya.

Saturday, May 14, 2011

Dunia Terhenti


Macam tu rasanya kalau dunia terhenti. Bayangkan internet dan segala isinya kondem dan terpadam. Macam kiamat jadinya. Semua benda nak bergantung dengan internet, nak simpan gambar, dokumen dan macam benda lagilah. Nampaknya betullah, canggih mana pun kita mesti balik asas sistem.
Sehari suntuk tak boleh update blog dan perkembangan terbaru rakan blogger lain, entahkan mati entahkan hidup mereka.

Wednesday, May 11, 2011

Words Of The Week, Pandi-Kutti

Siapa yang tak kenal Anwar Ibrahim? memang pandai memperkenalkan perkataan baru yang jarang kita dengar. Ranting lah.. Cabang.. Rekayasa.. Ketua Umum.. Angkatan Muda Kalerpink.. Jenis manusia suka tunjuk konon hero tunjuk EK lebih ni memang suka istilah gempak macam ni.

Ini perkataan dia kenalkan minggu ini, menggambarkan diri dia yang hebat! tu dia natang apa ni...


"Pandikutti"

Anwar Ibrahim 'pandikutti'!
Muka Ada dua!
Pink kaler Lagi! Dasar gay tua tak sadar diri, perangai mengalahkan orang muda..
Semua benda, asal boleh kau nak sondol! Apa jenis 'pandikutti' kau ni Dajjal laanat!
Kisahnya..

Sunday, May 8, 2011

Kesian Dia


Lama tak makan ayam.
Selamat hari ibu sedunia... segala jenis ibu!

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 6

Tiada penyingkiran minggu ini, kerana Mamat Khalid tak datang. macam Hantu Kak Limah Balik Rumah tanpa Usop wilcha, hilang serinya.
Aku bayangkan Apek ambil tempat AC Mizal lebih terurus, rasa besar sangat peranan Apek jadi juri.

Penilaian peribadi minggu ini. (by youtube)
1. Jambu -Tak susah untuk mengatakan Jambu terbaik minggu ini, kalau tengok gelak penonton, terutama babak tumbuk slow motion sambil rokok bikin kematu perut aku gelak. Tapi aku rasa Yus & Tokey, mesti tak puas hati pasal plan, skrip & timing banyak lari. Diorang jugak aku tengok mcm nak pengsan tahan ketawa, ada ketika Yus terpaksa ambil masa untuk meneruskan lawak. Harap Jambu ni lebih spontan sporting, sayang konsep komedi begini kalau tak selitkan sikit isu semasa dan satira.
2. Sepah -Baru aku teringat, tengok lawak Sepah ni teringat baca Gila-Gila waktu kecik dulu. Tiap bulan tak sabar nak tunggu karya kartunis, walaupun tahu nama watak dan gaya bahasa yang sama tapi cerita sentiasa berlainan.
3. Nabil -Bersahaja dan kreatif. Walaupun nampak gila-gila macam mentornya Apek, aku kira Nabil ni bijak dan jenis berfikir. Dia ada gaya Jim Carey atau Jerry Seinfeld.
4. Man -Mengekalkan lawak impersonater, kali ini Chef Wan jadi bahan. Terbaik dari Man takat ni.
5. Balas -Sangat selesa. Hak kecik tu tak reti bercakap asyik jadi bahan si gemuk.
6. JoZan -koman sangat. Situasi diorang aku teringat masa Zizan dalam RL1 lawan Yus dulu, peminat dia letak harapan tinggi sangat padahal waktu tu Zizan masih rendah diri, kemampuan dan idea pun terhad, sudahnya peserta yang mulanya nampak bertenaga Zizan Johan dan Tokey memberi laluan pada Yus untuk menang sebab tekanan sebagai peserta febret. JoZan ni kalau jadi Zizan takpe lagi takut jadi Helmi Gimmick hilang terus.
7. Amir

PAS Semakin Tertekan Basuh Taik Anwar Ibrahim

Anwar dan PKR tiada penyokong, tak tahu apa jenis orang masih lagi ikut Anwar ini. Hanya yang ada hanyalah penyokong tegar PAS anti BN. Itu aku pasti.
Minggu lepas tak sempat dengar khutbah sibuk cari parking di Sentul, hari ini aku berpeluang mendengar penuh 'ceramah' khutbah di masjid dekat rumahku. Tapi aku tahu, sama!
Tak lain tak bukan isu panas yang membelengu dajjal agong mereka, aku boleh simpulkan tajuk khutbah hari adalah "Anwar sedap menyondol PAS susah-susah cover". Sedap tak tajuk khutbah hari ini..
Dari nada suara, khatib yang dikenali ramai sebagai ahlul PAS nyata tertekan. Mencari hujah dan dalil bagai nak gila nak tutup pekung perut brader kita. Pusing sana korner sini, kambus sana gali sana, nampak serba tak menjadi. Akhir, terpelanting semula ke muka. Mungkin berkat tazkirah adab berada di masjid bertalu2 dari blogger sejak minggu lepas.
Yang paling aku syok, tang doa. Ramai jemaah tak faham maksud doa akhir khutbah yang kebiasaan kita aminkan. Yang sebenarnya disusun khas bagi membawa maksud Pakatan Rakyat dizalimi oleh UMNO-BN. Waktu doa sejahtera Sultan slow je Amin, sambungannya itulah kebiasaan lebih kuat sikit kerana mood khatib yang sedikit tinggi. Itu kebiasaan, tapi kali ini lemah longlai.
Khatib semacam terganggu disamping hujah lemah menentang 'ashaddul fitnah', getar suara ketara tertekan nyata gagal memberi khutbah meyakinkan. Bahkan seolah2 menempelak pula kerajaan negeri pimpinan Khalid al-DAP.
Aku cuba memahami apa yang ada bermain di minda pak imam, aku cuba menyelami gelora perasaan jamaah PAS islamik itu. Aku nampak mereka bertungkus-lumus mengambus nafsu taik di tinggalkan merata2 tahun, sedang Anwar hanya tersenyum puas.
Aku cuba muhasabah apa yang telah berlaku dalam masyarakat hari ini, aku cuba dan terus mencuba.. Aku simpati...

update: mood yang sama berlaku di masjid negara, orang sama, bukan main hebat di Sentul minggu sudah. Baca sini AIDC

Thursday, May 5, 2011

Pertembungan Klasik


Pasukan bintang Barcalena akan berentap dengan pasukan glamour Manchester United.
Pertembungan klasik ini akan berlangsung di pentas final Webley, North Pakistan. Ia mengulangi final 2009 menyaksikan kelab Spain itu menunduk mudah MU 2 gol dikemudi pemain sensasi dari Argentina Lionel Messi.
Di atas kertas aku meletakkan The Catalan sebagai pasukan pilihan. Kedua2 pasukan mempunyai corak permainan berbeza tapi kualiti permainan, kehebatan pengurus, semangat berpasukan dan kedua2nya berada di prestasi terbaik pasti menyaksikan peperangan sengit. Cuma skuad kendalian Pep Guardiola mempunyai kelebihan kerna memiliki barisan bintang dari negara kuasa besar bola sepak, apatah lagi reputasi negara Sepanyol adalah juara dunia.
Namun, gelanggang final itu bukan ukurannya. sabtu 28hb May penentunya.
MU adalah kelab febretku, Barca pula di Spain, Maradona pernah bermain disini, Messi juga disana. Tapi Barca dah menang 2009. Aduh, susah betul aku nak duduk belah penonton mana ni? Biarpun tak kisahlah sape pun menang.
Tapi kali ni aku nak Manchester United champion pulak. Kalau Barca menang pun takde terasa sangat janji Messi mesti jaringkan sebijik dan dijulang pemain terbaik. Apa pun jangan nanti semua dah cantik tapi game hancur.
p/s: Dapat! pakai jersi harimau malaya duk tengah2..

Monday, May 2, 2011

Anti Smartphone Pilihan Orang Kaya

Henpon kosong tapi harga 31,000. Tak percaya?
Æsir YB1 henpon anti-pintar ni hanya ada basic je macam henpon dulu2, takde kamera takde gambar Anu, call dan sms aje. Tapi gajet keluaran Denmark ni mahal sebab diperbuat dari bahan mewah, skrin saphire dan body seramik dan stainless steel. Itu yang buat dia mahal.
Betul juga tauke dia cakap orang kaya sekarang tak perlu pun iPhone, pasal diorang suruh staf dia update facebook, twitter. Macam Nuar jugak.
Nampaknya makin maju pun kita akhirnya kembali semula pada asal, tak banyak karenah. Agaknya sebab itu orang yang berjaya, waktu muda bukan main mewah bergaya, kereta rumah berketul2. Satu hari rindu semula kehidupan ala kadar ni.
Aku dengar perisikan dan agensi juga menggunakan komputer yang kurang canggih pasal susah nak di hack.
Dan paling aku ingat biasa tengok Tun Mahathir pakai jam plastik murah je waktu dia jadi PM. Rupanya banyak kelebihan bersederhana ni. Taklah jadi macam kes Nuar dengan Omeganya, kan ke banyak masalah tu.
Tapi kalau henpon tak canggih, harga pulak boleh beli EX5 8 bijik, ni nama dia mengarut. Dah kaya sangat kot ataupun company cekik darah nak mampos.


Yang model emas ni pulak harganya mencecah RM 180,000!! Perghh.... boleh beli evo tuh!

Sunday, May 1, 2011

Antara Sumpah Eskay Dan Solat Hajat Serta Doa Orang Dianiaya

Haa.. Ini rupanya terjadi itu hari.. Ingat semuanya berok. Anda saksi dan nilaikan sendiri antara sumpah Eskay dengan solat hajat dan doa power imam PAS ini dan di aminkan 'ikhlas' sendiri oleh Sam ketot. Anda pilih yang mana?
Kita ada sembahyang jumaat, doa dalam khutbah, sumpah laknat, solat hajat dan doa khusus untuk kebenaran. Semuanya berlaku tengahari jumaat penghulu segala hari. Moga mustajab Amin Ya... Amin... Saksikan!



Aku sebenar bukan setuju sangat dari dulu upacara sumpah-menyumpah ni. Kalau anda pergi keluar negara pergi duduk negara arab anda akan faham apa yang aku katakan ini. Wallahi..Wallahi.. ini perkataan makanan mereka. Wallahi bagi mereka membawa maksud, 'betul kataku' percayalah cakapku' padahal dia tengah berbohong. Tiada nilai perkataan itu. Lucunya bila ditambah 'Walinnabi', baru mereka serius dengan sumpah itu.
Sebab itu bila balik M'sia pergi dengar ceramah melayu PAS, "Cabar! berani sumpahlah! Wallahi Wabillahi Watallahi", Lepas tu buat pulak solat hajat berdoa minta ditunjuk hidayah dan kebenaran penuh konfiden penceramah berucap. Aku hanya mampu tersenyum, sebab ayat yang kononnya pedang dan perisai itu sebenarnya penyedap bahasa bergebang dengan pak arab je.
Dan aku faham ramai yang sangat percaya sumpah itu sangat real dan 'misteri nusantara', Bukan aku tak percaya balasan sumpah laknat itu boleh berlaku, tapi aku lebih percaya untuk mencari kebenaran sesuatu kes itu dengan banyak cara yang lain lebih berkesan.
Pendapat aku, sumpah dan solat hajat kesannya adalah umum, ia datang secara langsung ataupun tidak. Biasanya jangka masa panjang dan bukannya serta merta. Sama juga berjudi pun ada akibatnya, arak, semuanya lambat laun ada kesan buruknya.
Berbohong dengan sumpah nama Allah atau tidak tetap bohong namanya. Pendek kata, tanpa sumpah pun jika ia benda tak betul pasti ada bayarannya.
Yang penting, disamping bersumpah, berdoa dan solat hajat perlu disertakan dengan usaha juga.
Satu lagi, Eskay dah bersumpah. pernah kita tanya pula kifarah pada penyokong Anwar atau penentang beliau? Tiada? Jadi bermakna sementara menunggu laknat kunjung tiba kita tetap bercakaran, terus merosak dan semakin menjahanamkan negara. Sedangkan yang bersumpah itu Eskay, urusan dia dengan Allah.
Justeru, aku terpaksa terima itu, takde hak untuk aku menghalang seperti rakan arabku mengucap 'sumpah harian' atau rakan sepermainan bersumpah waktu budak2 dulu. Apatah lagi menghalang Eskay melakukan sumpah mengikut kononnya 'adat atucara' sebenar mubahalah. Takde sebab utk aku menghalang dan takde sebab utk aku percaya bulat2 apa yang disumpah mereka itu haq semata-mata.
Apatah lagi solat hajat. Ini semua kita dah amalkan sejak dulu time nak exam atau bilamana musibah malapetaka berlaku. Aku percaya jika solat hajat adalah suatu nadir di Malaysia seperti di Saudi, solat hajat juga akan dipertikai juga sama seperti sumpah mubahalah ini. Ada kita tanya orang yang melakukan solat hajat itu solat fardhu penuh? puasa? minum arak?
Angkat sumpah jadi TPM dan di Parlimen takde pulak jadi isu.
Aku ingat orang arab kalau tengok berita di tv dan mengetahui sebab beruk2 ni bikin huru hara mesjid tempohari, huh geleng kepala arab.
Persoalan disini bukan betul atau salah sumpah yang berlaku, soalnya kenapa kita menghalang orang nak bersumpah? Pihak yang benar tak perlu takut? Samada ia sah atau dilafazkan oleh orang fasiq lagi bathil ia tidak memberi kudis bagi orang 'mukmin' dan muslimat yang di luar lingkungan sumpah.
Kenapa menghalang orang berani ambil risiko bersumpah? Lupakah siapa yang bawa budaya sumpah dan solat hajat yang hari ini meriah bertukar menjadi budaya orang bukan PAS pula.....