Tuesday, February 14, 2012

Anwar Dari Kaca Mata Chandra Muzaffar

 Inilah poin berharga dari bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar tentang bekas ketuanya dan musuhnya Dr Mahathir, akhirnya beliau sedar dan mengaku juga.

"Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’ specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi."
"Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara langsung."
"Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini, tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku."

No comments:

Post a Comment