Friday, September 16, 2011

16/09/2011 Najib Takut ISA

Ucapan PM Najib sempena Hari Malaysia menyedarkan aku signal2 tertentu. Paling mencuri tumpuan pemansuhan ISA.

Apa yang Najib fikirkan? Pada pandangan aku dia fikir begini.
1. ISA sudah lapuk - Dengan teknologi semakin canggih, hari makin hari masih tiada kuasa hebat mampu dicipta untuk membendung kuasa sehebat kebebasan blog, FB, Twitter, youtube yang ternyata mampu menumbangkan Hosni Mubarak, Muammar Gadafi, Osama Laden, World Trade Centre dan menaikkan Obama. Apa sangatlah ISA, tak relevan buat masa ini.

2. Politik Najib, bijak - Najib bijak, semakin matang sedar realiti dalam menyusun strategi dan gerakan berbisa dengan menempatkan dirinya ditengah2 kesibukan buah2 catur politik. Masanya menjerat dan mengumpan, mendahului dan menjuarai.

3. Persediaan menjadi pembangkang - Kita biasa mendengar "Takut dilambung ombak jangan berumah di pantai... "Bagai menarik rambut dalam tepung... "Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... Dan banyak lagi peribahasa kalau nak diumpamakan percaturan politik kali ini. Strategi terakhir.

4. Titik kebangkitan - Biasa tengok Lin Dan vs Chong Wei, bila salah seorang ketinggalan 19-11 di set pertama, adakah mereka akan menyerah kalah begitu saja? No way! sebalik bermati2an untuk mengumpul mata demi mata bukan untuk menang set tersebut tetapi untuk kekalkan momentum set berikutnya. Masa semakin suntuk, Najib fikir inilah masanya.

5. PRU 13 - Setelah pembentangan di parlimen, atau sah pemansuhan ISA maka tunggu apa lagi, PRU 13 lah jawabnya. Menang atau kalah maka tiada lagi ISA, tak nampak lagi signalnya?

Teringat cara Dr M dengan gaya politiknya yang cukup aku rimas dulu, tapi akhirnya aku fikir memang banyak kebenarannya.

Bila ada isu berbangkit penerangan perlu dan penerangan itu mestinya berani dan berterusan. Bahkan tindakan najib ini membuka polemik baru untuk di kupas satu persatu supaya nanti tidak akan berbangkit masa zaman cucu dan anak kita yang berumur 4 tahun, macam isu komunis sekarang.

Dan satu lagi aku teringat ucapan beliau mengenai nasihat kepada Yasir Arafat untuk meneruskan perjuangan menegak kemerdekaan berterusan melalui rundingan biarpun memakan masa lebih 50 tahun walaupun hasilnya dikecapi bukan di zaman dan kita tiada. Nampaknya najib bukan saja mewarisi gaya kepimpinan bapanya Tun Razak malah gaya politik Tun M.

Kepada rakan2 ini adalah titiknya (atau koma), kepada kebangkitan. Sedarlah ucapan Najib itu adalah pengishtiharan bahwa kami BN - Barisan Nasional (bukan Be End) adalah pembangkang secara tak rasmi setelah ianya berlaku di negeri Najib sendiri, Selangor.
Semuanya akan baik2 saja sebab roda putarannya begitu.
Walau Setelah Aku Menjadi Pembangkang..

PM umum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan terus…

Sempena Hari Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,  Khamis malam membuat pengumuman mengejut melibatkan kebebasan bersuara termasuk pemansuhan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960  (ISA) yang selama ini membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. Serentak dengan itu beliau memberi jaminan mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata kerana ideoloji politik.

Juga akan dimansuhkan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana sekarang ini akhbar perlu membaharui permit secara tahunan.ia akan diganti dengan pengeluaran lesen hingga batal.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di Angkasapuri, Najib memberitahu berikutan pemansuhan ISA, untuk mencegah subersif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memeilihara keselamatan negara dua undang-undang baru akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan dibawah kuasa Menteri," katanya.

Menurut Najib umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Beliau beritahu kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Turut juga akan akan kaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini.
"Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," katanya.
Najib juga berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.- 15/9/2011 Agendaily


Dalam hal aku sokong Najib, muktamad!