Monday, August 29, 2011

Syukur Alhamdulillah... Jumpa Pula Merdeka Raya. Terima Kasih Tun Mahathir

Esok umat islam khususnya orang melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Orang bangsa lain termasuk arab takde sangat suasana perayaan ni berbanding di Malaysia, doakan semoga perayaan ini akan sentiasa meriah dan akan kekal hebat selamanya. Dan akan menjadi identiti perayaan utama orang melayu seluruh dunia, Ameen.
Ini adalah penting, kita jaga kemeriahannya, seumpama kita menjaga kemerdekaan negara kita dari dijajah semula oleh petualang2 bangsa. Ini identiti kita, adat, budaya, agama dan kekeluargaan menyatukan kita pada hari ini, walaupun kita berpisah jauh nun di mata ia tetap menimbulkan suatu perasaan yang sukar digambarkan. Ini istimewanya hari raya.
Lusa pula 31 Ogos adalah hari kemerdekaan negara ke 54. Alhamdulillah syukur banyak2 kerana masih lagi merasai nikmat berada dalam sebuah negara yang merdeka.
Walaupun sebenarnya kita telah pun dijajah semula pada 1997 dengan penjajahan yang berbentuk lain, tapi kerana Tun Mahathir lah kita masih kekal selamat. Terima kasih banyak Tun kalau tak kerana kebijaksanaan dan keberaniaan beliau kita sudah lama hanyut terutamanya orang melayu. Jasamu selamanya dikenang Tun Mahathir.
Persoalannya, sampai bila ia akan kekal begini? Sukar untuk diramalkan, hanya masa yang akan menentukan. Kerana insan hebat ini bukan selamanya akan menjadi penyelamat, masanya akan tiba dia meninggalkan dunia. Tapi sekurang2nya kita tidak terjerumus terus dalam lembah harapan yang tak pasti dan terkapai2 ditenggelami punca.
Insaflah! 13 tahun yang diberikan pada rakyat Malaysia, sebenarnya sudah cukup untuk kita menginsafi, bermuhasabah, menilai dan melihat dalam negara, jiran2 dan menyaksikan sendiri peristiwa yang berlaku di sekeliling dunia, apatah lagi melihat sendiri negara ini hampir2 dibaham kegawatan penjajahan ekonomi. sepatutnya sudah jelas hala tuju kita. Apa yang sebenarnya yang kita mahu?
Walaupun nampak kekaburan dan masih meraba2 mencari arah, aku berharap aku berdoa di masjid pagi hari raya serentak pula bersempena hari mengingati kemerdekaan negara ke 54 ini agar rakyat dan negara ini diberi hidayah apa yang patut mereka lakukan. Apa pun, aku percaya ada hikmahnya.
"Ihdinasshirathal mustaqim (ila akhiril ayah).. AllahuAkbar3x...

Saksikan video dibawah ini, menarik pada minit ke 23 apa kata Pak Janggut ni. (klu xdpt bgtau aku email!)



Kepada rakan2 blogger dan pembaca, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin jika ada tersalah kata dan semangatlah menyambut kemerdekaan negara tahun ini. Marilah kita berazam meningkatkan pendapatan diri sendiri dan merapatkan semula orang melayu dan nilai2nya.
Hidup melayu!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Teruskan perjuangan sahabat, walau kita berada posisi mana sekalipun. Janji Allah itu pasti, yakinlah.

4 comments:

  1. dimohon pada ALLAH TAALA semoga TUN M dipanjangkan umur dan bahagia selagi nyawa beliau dikandung badan...insyaALLAH.

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete
  2. Kepada yang ada kelapangan mohon dipendek2an video diatas. info bagus! Salam..

    ReplyDelete
  3. SAYA HARAP VIDEO INI DISEBAR LUAS KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA

    ReplyDelete