Wednesday, June 15, 2011

Al-Kisah Ana Pusing, Anta Putar

"Ana bukan cakap besar, ana cuma mahu pusing supaya ante boleh putar." katanya sambil tersenyum puas kepada perkumpulannya yang diadakan di tengah-tengah Hutan Simpan Gombak. Para perwakilan berbisik-bisik sesama sendiri dan ada yang mengaru-garu kepala kerana masih belum faham apa yang dikatakan oleh sesusuk tubuh pemimpin mereka di atas rostrum. Malah ada yang termangu-mangu membaca kamus Melayu-Arab untuk memahami perkataan pemimpin mereka itu. Selebihnya, hanya mebelek-belek Buku Panduan Jingay.

" Ante-ante semua putar sajalah ! " katanya dengan nada bersungguh bercampur amaran.

"Ingat! ante semua sudah bai'ah sama Ketua Umum dan Pemimpin Tertinggi Mopshitdol Umum " kali ini nadanya sengaja dikeraskan.Sekali lagi perwakilan menjerit sekuat-kuat takbir dan begitu teruja dengan ucapan pemimpin tersebut.

" Ana mahu semua ante-ante semua dengar dan ta'at walaupun ante semua tidak faham apa yang ana cakap. Apa yang ana cakap tidak penting untuk ante-ante semua. Apa yang penting ialah KERJAAA-SAMAAAA" sambung pemimpin tersebut dengan mengajuknya lagu sebuah rancangan kanak-kanak yang popular Wonderpets . Bergemuruh tepukan dan laungan takbir kedengaran menyambut kata-kata pemimpin tersebut, mereka sudah faham apabila lagu wonderpets digunakan.

" Takbir ! " seru seorang perwakilan sambil bangun dan mengenggam penumbuk kirinya.

" Allahhuuuu Akbar !" jerit semua perwakilan sambil bangun terkinja-kinja.

" Adalah wajib syarie' atas ante semua undi kelompok kita ! Jom Ubah ! Kita bawa pilihanraya ke jalanraya!" jerit pemimpin tersebut. Hiruk pikuk perwakilan dengan penuh semangat dengan laungan takbir memenuhi dan bergema di seluruh kawasan Hutan Simpan Gombak.

" Kerajaan ini adalah zalim dan menolak hukum hakam toghut yang kita bawa ! Pemimpin-pemimpin mereka dayus kerana istri-istri mereka tidak tutup aurat jilbab bercap roket, selama ini mereka tipu kita dengan beri macam-macam subsidi dan bantu rakyat miskin tapi ini mana boleh ! Rakyat suka sama kita kerana kita pakai nama 'ISLAM' !" berapi-api kata-kata pemimpin tersebut menaikkan semangat kerasukan yang menguasai emosi perwakilan.

" Ante semua ada bai'ah dan taqiyyah , kita amal Tahaluf Siyasi kita kongsi kalimah Allah kita bina banyak kuil-kuil tertinggi di Asia Tenggara kita sokong semua pejuang kemerdekaan yang angkat senjata, itu Chin Peng pejuang kemerdekaan bukan komunis! Jangan percaya sama cerita bohong sejarah pihak lain, Demi Allah ini ana cakap benar ! " pemimpin tersebut bersumpah dengan nama Allah swt untuk menyakinkan perwakilan.

" Ante semua ! Demi Allah, Ketua Umum sudah kena fitnah jahat. Mana 4 orang saksi ? Itu video tipu sama ante semua ! Orang lain di upah jadi Ketua Umum ! sikit hari lagi Ketua umum akan beritahu siapa orang yang di upah, dia sudah ada 600 kotak dalam simpanan ! Ante semua jangan percaya pihak lain dalam ini hal" tambah pemimpin tersebut.

"Ante semua kena ingat, pemimpin-pemimpin pihak lawan kita tidak seperti sekutu-sekutu kita dalam parti sosialis demokrat, mereka lebih faham Islam daripada pihak lawan walaupun sampai sekarang tidak ada seorang pun yang memeluk Islam." kata pemimpin tersebut dengan penuh bangga , kembang kuncup lubang hidungnya.

" Ante semua juga maklum, kita sanggup buat apasaja untuk sekutu kita semua dalam pakat-pakat jahat, kita sanggup guling-guling atas jalanraya, kita sudah korbankan perjuangan Islam kita, kita korbankan kepentingan Melayu, kita korbankan Raja-raja kita, kita korbankan kalimah Allah, kita korban segalanya ! Asal kita boleh gulingkan pihak lawan kita! Ini jihad kita semua" Kata pemimpin tersebut .

"Akhir kalam, ante semua wajib yakin September 16 ntah bila tahun, kita akan berjaya walaupun kita tak pernah berjaya tapi yakinlah apa ana kelentong nie.. Takbiirrrrrrrr !!!!' laung pemimpin tersebut.

" AllahuakbarRRRRR!!!' sahut para perwakilan.

Pada waktu yang sama, di sebuah hotel, Ketua Umumnya sedang beraksi hebat dengan China Doll habuan istimewa sekutu mereka tanpa menyedari ada 4 biji kamera tersembunyi di dalam bilik tersebut. Tidak jauh dari hotel itu, di dalam koc KTMB, ada sepasang merpati yang turut beraksi. Di suatu lokasi lain dalam sebuh bilik no. 121 dan 122 seorang pemimpin mereka sedang berasmaradana dengan istri rakannya. Manakala, rakannya sedang berfonseks dengan anak angkatnya, istri kepada anak pemimpin lain. di sebuah rumah ibadat , kelihatan sesusuk tubuh pemimpin sekutu mereka memberikan wang derma dari hasil judi. Di luar pula, kelihatan jentera berat sedang merobohkan gerai-gerai di tepi jalan. Sementara di sebuah perkarangan masjid, ada acara senamrobik.Selepas menutup persidangan perwakilan, pemimpin tersebut bergegas kembali ke pejabat sambil menandatangani berpuluh kawasan balak sambil tauke-tauke besar tersenyum riang. Seorang pemimpin sekutu mereka berkerusi roda tersenyum puas kerana berjaya mengubah perjuangan perkumpulan tersebut tanpa perlu mayatnya dilangkahi.

kredit jas Salleh, cedokan dari blognya http://semaremas.blogspot.com/.
Al-Kisah Mamat Khalid di sini http://tempurungpecah.blogspot.com/.

No comments:

Post a Comment