Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 4

Jambu pegang ini minggu! Betol punya gila tahap dewa dia punya lawak. Satu rekod dalam sejarah dunia komedi. Lawak yang tak peduli punchline, full 4minit hanya gelak semata-mata, punchline bersepah2. Fuh! Bersambung-sambung ketawa. Ini dah kira wajib pergi final, kalau tak masuk gak kasi bakor astro.
Minggu ini bukanlah dikira terbaik, tetapi bila dah sampai minggu ke 4 ini, pilihan sepatut sudah jelas. Sekurangnya yang akan ke final perlu dikenal pasti.
Penonton atau pengundi sepatutnya lebih adil memilih bakal finalis berbanding hanya mahu menaikkan favourate mereka dengan cara menjatuhkan peserta bukan pilihan mereka walaupun tahu kehebatan lawan.
Ini yang menjadi dilema rancangan realiti-sms yang akhirnya tak pasal2 peserta bukan bagus juga layak ke final kerana sikap memperlekehkan saingan sengit peserta kegemaran mereka.
Bagi aku jambu dah mendapat tempat, lawaknya memikat hatiku, dan kalau ia ditakdir menang sekalipun Jambu deserved. Setidak2nya orang sudah tahu kenapa Yus Juara RL1.
Jika Nabil menang, dia adalah maharaja lawak sebenar bagi aku, one-man show. Kalau JoZan menang pula, populariti dan kepakaran mereka beraksi selama 4 tahun berbaloi dan kekalahan mereka pada tangan Yus berbayar. Sepah pula, aku kira mereka sudah boleh ganti Senario. Asalkan 4 ni ke final cukup.
Format 50-50 sms vs juri juga cukup membantu hala tuju ML, sebab kita tahu trend sms bagaimana, lebih kepada sentimen.
Walaupun sudah sampai tahap Maharaja Lawak yang menampilkan bintang dan sudah ada nama, sentimen sms tak berubah juga nasib baik juri2 cepat cantas. Harap, tiada lagi sentimen kenegerian dari Kelantan, Sabah, Penang dan Sarawak, tagih simpati konon dispatach orang susah spt drama Yus dlm RL1. Semua dah kaya pun, tinggal lagi pengalaman dan persembahan.
Jadi setakat ini, yang kekal dan terkeluar agak memuaskan dan diharap ia kekal begitu tanpa ada kejutan yang tak enak didengar. Astro pun tak mahu orang kata dia berdendam dan sabotaj peserta kiranya kacang lupakan kulit, ye tak?
Secara keseluruhan minggu ini tidaklah perfect tapi lawak itu hidup. AC juga sudah semakin serasi, cuma dailog perlu dipelbagai. Juri juga sama. Dan aku cukup tertarik ucapan terakhir Alex. Bukan pelawak! tp sporting penonton dia sampai tahap kini.
Pendek kata Nabil, JoZan, Sepah dan Jambu mesti berada di final, itu sepatutnya berlaku. Maka andai anda penyokong peserta diatas tak perlu jadikan peserta lain diatas sasaran menaikkan rating. Selain 4 peserta ni, hak lain, jika pun terkeluar saya yakin populariti, nama & kehebatan mereka tak terjeas.
Penilaian aku minggu ini (by youtube ikut urutan acara)
1. Jambu -Ngorat Nora Danish berjoging. Bedeboom!! Kelakor tahap dewa. 4 minit tak nampak mana punchline semata-mata gelak. Din Beramboi yang aku minat pun tak boleh buat aku ketawa non-stop camni.
2. Nabil -Saintis mesin masa. Smart, canggih, penuh imaginasi, kreatif dan lancar. Penonton turut sama berfikir.
3. JoZan -Pencuri Tabung Surau. Waa boleh mengarah filem ni. Persembahan dramatik tapi hujah tak lojik tu perlu dimantapkan, solat tu bahaya.
4. Sepah -Penculik anak peguam. Santai dan mantain. Memang susah nak bagikan dailog 3org dlm masa 4 minit.
5. Balas -Putera cari Cinderella. Cerita hancur. Dailog goyah, 'sengaja' lupa skrip saja. Tp lawak selenge & lucah double meaning diterima ramai.
6. Man -Wak pergi konsert J. Bibier. Sangat berusaha tapi nampak cam dh give up. Tapi persembahan not bad.
7. Amir -Superhero. Persembahan terbaik Amir. Aku tak tahu siapa yang undi dia, orang Kelate?
8. Jihan -Cikgu sekolah Celine Gomez. dailog 2 identiti tu boleh buang, mengganggu!
9. Alex -Pilot. Pilot plot blur. (terkeluar)
Ps; Nasiblah tengok Jambu last, kalau tak, tak tengok lain der..

5 comments:

  1. apa ko merapu ni..nampak sgt xtau menilainya.bias...

    ReplyDelete
  2. jozan terbaek!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. anon, merapu dlm blog sdiri xpe.. ini penilaian peribadi. bias bukan soal kalau aku pilih yg bagus.

    ReplyDelete
  4. undian sms cerminan bgaimana pengundi negara ini buat keputusan memilih.

    ReplyDelete
  5. sangat setuju 4 pelawak ini ke final..masalahnya follower diorg xmau support yg len,kutuk lg ade.

    ReplyDelete