Thursday, April 28, 2011

Nampak Beno Menipunya


Lainkan?? Ce ce nengok..
Kenin awok.. Telinga capang awok.. Pipi awok.. Tulang pipi awok.. Mata awok.. Hidung kembang penyet awok.. Tangan kiri pengkang awok.. Dahi luas belah kiri awok.. Belahan kiri rambut awok.. Jari awok yang berketul2 lambang anu dan omega awok yang gagoh, awok.. Renungan awok pon lain.
Lain bebeno bayangnya. Nampok beno nipu nye...
Awok pakei wilcha! Tulang belakang awok lumpoh tau!! ate Ce cite ce cite..

*Gambar sebelah kiri diambil hari ini (28/4/2011) usai Anwar disoal siasat polis di Dang Wangi. Turut bersamanya R Sivarasa, Wan Azizah, Nurul Izzah, Nik Nazmi dan Tian Chua.

SIDANG MEDIA PANAS - ANWAR MAKI WARTAWAN

KL Pos 28 Apr 2011 5:38PM

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu,Nurul Izzah,Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.
Anwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan memberi keterangan berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu. Ini kali kedua Anwar memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas kali pertama pada 22 Mac lalu. Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.
Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.
"DNA apa ??" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang menanyakan soalan berkenaan. Media adalah perkakas Umno murahan,"herdiknya lagi. Peguamnya,Sivarasa kemudiannya berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu. Bagaimanapun,beliau tidak menyifatkan soalan berkenaan bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan (incriminating) berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.
"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.
"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah. Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya. Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan kes ini.

2 comments:

  1. Cara nak bagi jelas wajah untuk membanding wajah Anwar adalah dengan turunkan gred gambar yang biasa supaya sama dgn standard gambar dari video hotel tersebut.
    makasih.

    ReplyDelete
  2. makin jelas anugerahnya!

    ReplyDelete