Friday, April 29, 2011

Eskay Terjah Kubu Kuat PKR

Tahniah PKR kerana memberi cabaran yang kuat pada Dato' T.
Pada Eskay dan sesiapa saja bekas keldai2 Anwar, ketahuilah kebenaran itu sememang pahit dan mencabar. Inilah masa korang balas balik apa yang korang dah buat pada bangsa sendiri sebelum ni. Suara rakyat konon...
Aku disana solat jumaat, menyaksikan huru hara tersebut. Pulang hampa setelah menjangka majlis dibatalkan. Akhirnya sumpah laknat berjaya dilafazkan. Lega + kecewa..

Kenapa tak mahu dengar kebenaran? Kenapa halang orang nak bersumpah? Takut apa dengan mubahalah 'lil-faasiq' kalau kita berada di pihak benar. Nampak tak? Harap tak sia2lah usaha kita semua mengerah peluh jantan masing2...

5 comments:

  1. Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil - bekas Mufti WP
    Jumaat, 29 April 2011 19:17 BlogMaster
    E-mel Print PDF

    Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

    Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

    Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

    “Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

    Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

    Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

    Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

    “Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

    “Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

    “Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

    “Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

    Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

    “Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

    “Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

    “Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

    Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

    “Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

    ReplyDelete
  2. Ya aku setuju sangat. Sebab aku bukan sokong sgt sumpah untuk buktikan kebenaran walau itu salah satu kaedah islam. Ada cara lain lebih bagus untuk cari kebenaran ala PAS ni, dulu duk pukul canang dalam ceramah "kalau berani sumpahlah!"

    Tapi kalau dia nak sumpah tak salah? mufti mana kata salah? Lepas sumpah itu urusan Eskay dan tuhannya. Kita hanya menilainya, bukan suruh siapa yg saksikan sumpah itu percaya bulat2.

    ReplyDelete
  3. bekas mufti tu bakal jadi Mursyidul Selipar am PAS..saigan harondin
    hamPAS tokleh paka

    ReplyDelete
  4. Macam mana pulak dengan cerita ustaz Pas ini..patutnya kita kena war2kan isu ni... http://wasiatpejuang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. lepas ini mufti tu patut ajar macam mana cara yang betul,agak nya kalau dia mau dato t sumpah depan dia,nuar ada berani ke jangan bachol la.

    ReplyDelete