Wednesday, October 20, 2010

20-10,2010

Wow, sekarang ni kira hari yang special saja.
Parti Anwar Ibrahim baru lepas buat kumpul-kumpul. Wow, dahsyat huru hara satu negara. Parti orang melayu juga sedang berhimpun. Najib baru tunjuk dia ada telur, tapi boleh percaya ke telur dia?
Hisham, huh haram. Zahid, bodek. KJ, hampeh pemuda dia. Puteri, pewweet... Wanita, pulak nak minta itu minta ini. Azmin, MP Gombak ni kesian, semua pakat tak suka kat dia, harap Anwar je la.
PRK di dua tempat, ini yang keberapa pun aku tak ingat. Politik, politik politik! Tak sudah-sudah..

Sunday, October 10, 2010

10-10-10

Pagi tadi KL hujan sekejap kemudian kering sampai ke malam. Hari ini 10hb Oktober tahun 2010, yes perfect ten, nombor baik & angka unik yang akan diingati selamanya kerana ia takkan berulang untuk tempoh 1000thn lagi. Itupun kalau spesies ini ada lagi.
Dalam lingkungan tarikh ini aku nak cerita apa yang berlaku sekeliling.
MotoGP M'sia ke 20, Valentino Rossi muncul juara, kemenangan ke 46 bersama M1 Yamaha. Rakan, Jorge Lorenzo muncul Juara Dunia berbaki 3 perlumbaan di litar Sepang yang diadakan pukul 4ptg. Penonton teruja dengan kehebatan Rossi yang 'berani mati' meskipun masih cedera dan ketinggalan ditempat ke 11 awalnya.
Tarikh keramat ini, berjuta2 orang berkahwin di seluruh dunia. Di M'sia Sheikh Muszappar Angkasawan pertama mendirikan wedding of the year & beberapa selebriti.
Sukan komanwel di India masih berlangsung, M'sia masih mengharap emas ke 10.
Di hujung tarikh tersebut berlaku kemalangan ngeri membabitkan 2 bas, 4 kenderaan lain di Melaka. Kematian serta merta 12 orang dan lebih 40 orang lagi cedera & parah.
Semua yang berlaku itu akan menyusul pelbagai macam isu berbangkit dan bermacam2 kontraversi tak sudah2. Dengki, tak puas hati, dendam dan macam2 perangai dapat dilihat.
Begitulah angka 10 itu sempurna tak semesti semua berlaku akan menjadi sempurna yang kita harapkan.

Friday, October 1, 2010

Bumi Baru

Saintis jumpa planet hampir sama dengan bumi terletak hanya 20thn cahaya dari bumi. Besarnya 3x bumi dan ada mataharinya sendiri dengan jarak yang cukup membuatkan suhu & gravitinya sama spt bumi. Kemungkinan berpuasa 37hari. Air sedang diusahakan.gua musang kelantan kuli tengku razaleigh
Aku dan kawanku Dr Vogt namakan Gliese 581, sempena Pilihanraya Kecil DUN Galas. 581 itu majoritinya campur undi rosak, itu ini.kematian che hashim sulaima
kalau ada flight macam nak pergi haji setakat 10k boleh cari, aku ingat hijrah ke sana lagi baik, bumi ni dah berubah banyak. Dah teruk!! Akan datang macam manalah. Kalau tak pergi harap cucu-cicit dapat kesana.mahathir sakit australia nik aziz
Dari mata kasar disana belum confirm lagi samada warnanya sehijau hutan hujan tropika atau birunya air laut. Jangan sampai sana jumpa Chin Peng cukup, kalau sekadar Hitler..