Tuesday, May 25, 2010

Beza Konsert AF8

Sabtu lepas aku ke konsert AF8, di Bukit Jalil, nanti senang aku ceritakan.
..........juara shahir af8 konsert final akademi fantasia 8
Malas nak cerita banyak sebenarnya. Ini 1st time aku ke konsert AF semenjak 8 musim berlalu, saja nak isi masa yang sekarang ini lapang-selapang2nya. Aku kalau orang kutuk atau pun tiada sambutan, haa itu lagi aku nak pergi.
Memang kacau tengok 'konsert' siaran langsung ni, waktu time iklan betul2 potong stim. Tak macam konsert live, bebas... Diorang layan kita, kita layan diri, & masing2 pun sama layan, takde masa nak komplen itu ini, belasah je. Ini lain, kita pulak dah macam kru part time nak menjayakan rancangan tv live lagi 'realiti' ini. Nak sedapkan hatilah. Bezanya aku tidak dibayar.
Takpe, sekurang2nya dapatlah tengok produksi buat kerja dibelakang tabir, terutama floor managernya yang sibuk. "standby!! 30second.. 3..2..1 (muzik)".
Walaupun berjalan lancar, tapi jiwa konsert tu takde. Diganggu pula sorakan yang tidak seimbang, kosentrasi aku terganggu. Ya lah, macam tengok bola ditempat lawanlah, tapi aku datang bukan untuk itu semua.
Secara keseluruhan aku nilai, semua peserta membuat persembahan hebat sekali, hampir tiada celanya dari mata kepalaku dari dalam stadium dekat level 2.
Daus & Iwan all out, sebab suara & perform diorang tak berapa best sebelum2 ni. Adira yang dikatakan pelajar cemerlang AF8 pun, tiada apa yang hebat lebihnya aku tengok, biasa2 saja. Shahir, boleh aku kira layaklah juara kalau dinilai dari persembahan malam tu, walaupun suaranya taklah semantap Adira & Maulana, sikit je lebih, takde banyak sangat.
Tapi Maulana, kalau aku dengar nilai secara live, Maulana mempunyai suara yang paling sedap antara 5 finalis (mungkin 12org peserta AF8), suaranya lantang, jelas, bulat, kalau dengar di tv (kalau ada rakaman album pun) macam tulah dengar live. Ada yang kata Adira bagus, bagi aku bunyi leper tu betul2 mengganggu telinga, kalau lagu tinggi mungkin sedap kot, mungkin tak semua lagu dia boleh bawa dgn leper tu. Samada dia nak jadi sedap macam Jac atau Mila, entah.
Kalau ditanya show yang boleh aku ingati, sudah tentu Maulana dengan lagu barunya dan Shahir juga dengan lagu barunya, tapi yang dinyanyikan setelah diishtihar juara, bukan yang first, memang manis! Pelik bukan? kedua2 lagu baru menenggelamkan lagu lama, belum pernah terjadi AF sebelum ini.
Akhirnya, kalau ditanya juga best ke? berbaloi ke? pergi konsert final AF8 ini, aku katakan tak rugi pun, semua itu pengalaman & mungkin sejarah yang akan dikenang sampai bila2. Yang aku rasa menyesal satu je, patutnya cukup aku beli tiket RM10 bukan RM20, tapi nasib baik tak RM50.
Aku bukannya nak komplen apa, jauh lagi tak berpuas hati. Cuma nak membezakan nilai antara konsert live, konsert unplugged dan konsert live di tv.

Monday, May 24, 2010

Singapore Selesai?

Wah hebat! Lawatan kerja Najib Razak ke Singapore menyelesaikan banyak kes2 tertangguh sejak beberapa PM lepas. Itu berita utama malam ni. M'sia perlu berhati2 dengan S'pore. Aku nak tengok apa yang telah di'selesai'kan itu lebih dekat lagi.
Macam ada benda tak kenalah. Paling aku tak suka Hishamuddin Hussein Menteri Amaran ada terselit di situ.
satu

Wednesday, May 19, 2010

Lubok Rohu

Kelisa merah itu meluncur lancar di tengah malam isnin, menyusuri ibu kota yang tak pernah tidur.
Sedar2, di highway selatan ke utara. Seronok jadi orang bujang, ke mana saja tiada siapa peduli, tapi sampai bila? terdetik.
11.90sen di tol Slim River, sebelumnya 40 di pam minyak. Kawan2 punya pasal, layan. Arah kanan ke Trolak terkial2 mencari dimana arah Felda Utara.
Empunya diri dikejutkan lena oleh kami akibat kegagalan Maxis berfungsi.
Kedamaian suasana kampung terserlah apabila tiba pagi hari. Minum pagi dikedai menampakkan ketenangan dan kebahagiaan orang kampung yang lalu lalang dan bersarapan pagi. Alangkah indah kalau aku penduduknya, kata hati. Jauh dari manusia2 sesat berkepala hijau yang melarikan diri ke bandar.
Barangannya murah, makanan ikan yang kubeli minggu lepas RM6 disini RM3. Mesin joran cina kasi RM20 & barang kenangan yang susah dapat diKL kubeli begitu murah, topi, lastik 3-4RM.
Hobi memancing biasanya untuk melupakan masalah duniawi dan juga menagih ketenangan alam semulajadi ciptaan tuhan. Tapi disini ketenangan itu tidak diperolehi dek penangan rohu kebuluran.
Kolam (Wie sebut, aku panggil lombong, Din pula tasik) betul2 lubok Rohu. Dibaling mata kail pasti ada hasilnya, tak menang tangan kaki pancing ber5. Momentum kadangkala diganggu ikan punk (telapia hitam), tetapi berbaloi2 datang dari bandar walau melalui ranjau berlopak2.
Kepuasan jelas terpancar diwajah apabila hasil kami di bahagi2, kategori lightweight dipanggang segera.
Kata orang tua Din, kepala rohu sebesar jag sahaja dibawa balik selainnya dilepas semula, tak laku dikampung, tulang banyak (Azan tercekik tulang). Kalau di KL, si Bangla memang favourite. Itu nampaknya tamparan, satu cabaran supaya datang lagi. Kita cari kepala gajah.
Jumpa bulan 6 nanti.

Tuesday, May 18, 2010

Akademi Fantasia 8

Aku layan juga AF tahun ni, walaupun.... biarkan. Aku layan je. Juara pilihanku musim ini;
waktu prelude : Iwan
waktu mula : Maulana
waktu tengah : Adira
waktu final : Shahir
biasalah berubah2, habis nanti tukar lagi.
Pilihanku sebelum2 ni (ketika masih berlangsung), ada muncul juara, ada tak menjadi & sedang bergelut pun ada. sini sini sini

Vince AF1 -- Zahid AF2 -- Mawi AF3 -- Faizal AF4 -- Shawal AF5 -- Riz AF6 -- Aril AF7.

update : aku tengah berkira nak ke konsert AF buat 1st time.

Monday, May 17, 2010

Lionel Messi

Jaringkan 2 biji gol, Barcelona Juara '10. Tamat debaran. FA pun tamat, PL pun tamat, Thomas pun habis. Standby World Cup semua..

Sunday, May 16, 2010

Tentera Dan Polis Paling Bodoh Di Dunia

Aku tak tahu apa jenis demokrasi yang diamalkan di Thai. Apa pendapat Saudara Anwar, adakah demokrasi ini yang nak dibawa di M'sia?
Elok kita kembalikan demokrasi yang kita amalkan 50tahun pasca merdeka, itu lebih baik daripada politik cina-pek yang mula dipelopori cina-pek dari Taiwan, Korea dan geng2 mata sepet ini. Sekarang dah menular ke Thailand, sana pun banyak babi sial ni. Itu pasal jadi macam tu.
Ekonomi Indon yang dipegang oleh orang Cina juga mampu menggoncang sosio-politik negara itu, tak mustahil M'sia akan menjadi mangsa seterusnya, walaupun sedang bertahan hebat dengan puak yang kelihatannya nak menguasai negara migrasinya waima dunia. Dasar tak sadar diri!
Aku tengok berita tadi, ajaib! apa punya askar dan polis kena belasah, pelik.. betul2 bacul!

Saturday, May 15, 2010

Realiti Ranking No1

Waktu aku tulis ini Chong Han bermain, 2 pemain sebelum ini kalah ke China.
Kempen piala Thomas ni aku dengar heboh waktu DT lagi, tapi sebabkan beberapa keadaan aku tak berapa endahkan sangat. Sejuk begitu saja.
Jadi kesimpulan yang aku boleh buat, M'sia kalah sebab gelaran Datuk telah membebankan Chong Wei Misbun & skuad negara. Ironinya CW pemain no1 dunia dah berapa tahun, tapi rekod menunjukkan Lin Dan adalah no1 sebenarnya.
Logik tak? Logik tak?? Kena tak ulasanku.. hahaha...
CW akan sentiasa dibayangi LD, bila LD tenggelam CW pun sama tenggelam. Macam Taufik & Gade dulu. Ingat! masa tidak menunggu anda Chong Wei.
Tahniah Datuk.. Nanti kita kasi Datuk Seri...

Friday, May 14, 2010

Amin Tidak Sekuat Dulu

"Ya Allah berilah taufik & inayahMu kepada DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan..."
Aminnn.....
Begitulah bunyi doa dihujung khutbah jumaat pertama kalinya di Surau (kini masjid) Ikhwan Tmn Samudera tadi, tapi kedengaran perlahan dan semakin perlahan sekarang, tidak seperti 2tahun sebelum ini yang bergema, semacam ada getaran serentak segenap penjuru masjid setiap kali.
Senang je, aku andaikan ini semua ada kena mengenai dengan politik pelik yang dimainkan (terutama no1 PAS no2 DAP no3 PKR no4 UMNO). Begitu juga kemelut identiti Raja2 & kerabatnya kebelakangan ini, tampaknya berlumba2 menyerlahkan sifat 'raja berjiwa rakyat', sementara pula 'rakyat berjiwa raja'.
Sebelum itu doa antara khutbah juga di sesetengah masjid tidak dialun bilal, hanya diam begitu, mungkin doa dalam hati. Yang ini, aku kira nilai2 masyarakat islam M'sia yang selama ini kita amalkan kini telah diganti dengan penularan oleh pengamal2 agama berfahaman wahabi.
Sebelum dari itu selawat antara rakaat ke rakaat tarawih di surau2-masjid2 sepi, dan jangan mustahil beberapa tahun akan datang tidak akan berkumandang lagi selawat & wirid zikir yang menjadi identiti & kemeriahan ibadah di bulan Ramadhan itu, nak ikut Mekah ya?
Ramai tidak tahu & betapa fahaman Wahabi itu menjanggalkan budaya sesebuah masyarakat dimana saja ia berada. Siapa yang pernah ke negara arab sedar dengan puak2 yang karenahnya sungguh merimaskan ini.
Tapi ramai yang tak sedar di Malaysia sudah lama style & gaya wahabi telah lama diamalkan di Kelantan.

Thursday, May 13, 2010

Musa Dan Sime Darby

CEO Sime Darby, Zubir disuruh cuti dan berhenti oleh Musa Hitam atas kerugian hampir RM2billion. Sepatutnya bukan saja CEO, Musa Hitam pun patut letak jawatan. Bodoh betul geng2 Badawi ni. Apa tangkallah yang kau pakai.
Aku cadangkan Sanusi Junid ambil alih Pengerusi baru Sime Darby.
Najib perlu bertindak segera, kerana PNB, pelabur utamanya adalah pengurus aku punya ASB, ASN & ASW. Koyak aku punya dividen tahun ni kang!
Bongok punya lembaga pengarah! korang takutkan si Musa & keluarga Dol tu apa pasal. Macam bangsat la korang. Ada benda tak kenalah dalam management ni, korang main rasuah kah? SPRM tolong siasat!

Saturday, May 8, 2010

Aquarium

Di dalam negara itu Aquarium namanya,akulah Rajanya. Kamu semua sekalian hamba rakyat adalah naunganku harus sembah hormat padaku.
Aku sentiasa mengawasi kalian, justeru berbaik2lah kalian sesama kamu. Lihatlah apa yang berlaku pada Oscar bagaimana aku angkatnya sehingga lemas, ingat! kalau kamu ulang lagi hukuman lebih berat menanti.

Monday, May 3, 2010

Bersardin Di Kandang Kuda

Aku singgah kejap Tasik Titiwangsa, kata ada pertandingan memancing, ada karaoke. Mana tahu boleh masuk. Haram takde apa pun, ada pula yang kata 11 Mei pulak. Apa ni ondscene?
Pukul 5.30 hujan lebat, tak boleh singgah mana lagi, terus ke Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Club di bawah jagaan Berjaya untuk orang berjaya sekitar Bangsar, Damansara & Hartamas bersosial & beraktiviti.
Di Arab, Club2 ni dah macam wajib register macam budak2 masuk sekolah, kalau tak mana nak dapat fasiliti padang bola, ping-pong, swimming pool, gym & segala macam kemudahan lain spt dewan bagai. Dari ahli club inilah dicungkil bakat atlet mewakili club seterusnya negara, ada coach lagi.
Club dalam arabic, Nadi. Nadi dalam bahasa melayu apa? haa pandai. Nadi kalau tak bergerak, mati.. pandai pun!
Malaysia? lain sikit tiada nadi pun tak mati. Sebut saja club ia adalah tempat kumpul orang kaya2 & orang selainnya segan nak jejak tempat begini. Tapi suka mengata, sinis.. Sekian t/kasih.
konsert double trouble II 2010 (1 mei) bukit kiara kuala lumpur search-wings
* * * * *
Sepanjang jalan Sprint kereta sudah banyak tapi masih lancar, aku ikut Seri Hartamas sampai simpang kiri Suruhanjaya Sekuriti kereta dah start parking tepi jalan, rugi aku tak masuk celah2 kosong tadi. Di sebabkan masih awal dapat parking dekat jugalah. Simpang kanan dah kena block, diorang buat jual2 makan, t-shirt. Awie n gengs2 motor besarnya boleh masuk sampai arena.
Hujan renyai2 buatkan aku nak masuk awal cari tempat, tanda2 tiket habis membuatkan aku kena cepat cari tempat duduk.
'Ni dalam beg ni apa bang?' budak sekuriti baju biru tanya. 'Pisau, kamera, payung tak boleh bawa aar..' Sampai 4 kali check point sekuriti dia. Wah.. betul2 dah pengalaman ni.
Masuk dalam indoor arena kedengaran suara DJ Ismahalil Hamzah berceloteh, member aku suruh aku snap nanti dia minat.. banyak bagi motivasi katanya, itu pasal aku tengok berjanggut sekarang ni. DJ otai ni aku kira setaraf dengan Din beramboi kurang ajar dia, diorang juga penyanyi/pemuzik, tapi Din lebih sikit tu pasal aku minat lagi Din.
6.20 aku lega dapat duduk ditengah2 hall atas kayu dinding dibuatnya alas, celah2 tu aku tengok pasir, tempat kuda berlari agaknya. Abuk pun abuk lah, janji dapat duduk, sambil dengar celoteh DJ yang tak ghenti2 bakar semangat, panduan2 suasana yang berlaku 2jam dari sekarang. Tak kering gusi dibuatnya. Sambil tu layan konsert DT1 yang lepas di 2 skrin besar.
Aku keluarkan kamera yang aku sorok dari sekuriti tadi, mula lah snap. Tiba2.. DJ suruh semua bangun, apa hal ni, nak start dah ke? Tengok jam 7.40 baru. Dia kata warm up, baru aku tahu, rupanya dewan dah penuh sementara kat tangga masuk tu macam ikan keli dalam kolam meliuk2 masuk, yang duduk bangkit, yang dibelakang ke depan & di luar pulak masuk, sendat, padat, sardin!! Aku tengok Jala muka dah lain macam. Habislah budak2 U, budak2 skema, budak clubbing masaklah korang, aku nasib baik sebelum keluar aku masak 4 biji telor mata buat burger, tambah kebab kat gerai luar n 100 plus. Adalah tenaga sikit, tapi semangat tu penting.
Nak tunggu sejam lagi pun dah ada yang tumbang, air tak boleh masuk, makan pun tak boleh. Pandai2 korang lah nak hidup. Padan muka, merasa padang mahsyar punya haba ye.
Tepat 8.50 Ismahalil mengumukan tirai konsert dibuka, waktu ni keadaan yang dari tadi dah macam MU jaringkan gol bertukar kepada orang kena rasuk hantu bila mana bunyi gitar & drum menusuk telinga, bukan lagi telinga, lu punya dada kena tendang kuda, tali perut macam terkoyak dah.. kahkah.. Suasana semakin gamat dan tak terkawal bila kelibat Amy & Awie muncul dengan menyanyikan lagu Gemuruh. Memang gemuruh arena itu malam.
Penonton semakin menjadi2, melompat2, terhangguk2 ikut bunyi drum. Menyanyi ramai2 mengalahkan penyanyi, lagu tinggi pun boleh lepas, masing2 nak kuatkan suara masing2 nak kalahkan speaker & audien. Aku boleh cakap, penyanyi tak payah susah2 nyanyi, back up dah ada ramai, penonton yang lebih banyak menyanyi daripada Amy & Awie.
Lagu2 yang dipilih sesuailah untuk jamming, gig dan konsert macam ni. Bukan nak dengar suara vokalis sangat pun, nama pun dah konsert, orang nak layan jugak skil drummer & guitaris sama. Yang layan masih kuat walaupun hampir 4 jam berdiri tapi yang tak terlayan, nak dengar lagu yang hits saja, yang tak biasa, canggung tercegat je, haa korang boleh tumbang. Lepas tu boncher angkat ko bawak ke tengah dan ko boleh tidur tepi pagar tu. Air dah dipancut 5x tapi tak boleh hilang panas malam itu.
Sempat rakam video lagu yang hits seperti Gemuruh, Sejati, Isabella dan apa2 lagi, bateri pulak tak cukup nak tangkap semua.
Secara keseluruhan konsert memang best giler, tempat pun sesuai, walaupun kapasiti katanya 15,000 tapi ingat lebih lagi tu, kenyanglah penganjur..pergh... Kalau buat dekat stadium Putra bukit Jalil mungkin tak terkawal pasal kapasiti 16ribu yang boleh duduk saja, belum yang berdiri lagi, jadi demontrasi Anwar karang, mesti huru-hara. So Bukit Kiara is right choice.
Segmen2 dalam persembahan mantap, terutama pertarungan Yazit vs Black, mulanya tengok Yazit dah macam kena makan, akhirnya kedua2nya sama hebat, pandai korang mainkan penonton. Nasib baik hardcore tak kuat macam dulu, kalau tak boleh gaduh. Kemudian gitaris tersohor negara Joe vs Din berentap, aksi & gaya saja hebat tapi tak berapa mengancamlah. Gitar Joe (macam Slash punya) lebih sedap aku dengar. Mungkin gitar sesuai persembahan solo kot.
Persembahan vokalis Amy macam biasa mantap, cuma tak macam dulu lincah mungkin berusia & pegangan dah lain sikit. Berbeza dengan Awie yang mulanya lagu Gemuruh macam nak pancit aku dengar tapi lepas tu mula menunjukkan belang dengan aksinya dengan Wings, memang dahsyat persembahan Awie. Lu ada minum ke bro? lain macam semangat lepas tu haha.. Jangan sampai ting tong cukup. Grup sebelah aku layan ganja apa, bau kuat. 4jam segar.
Aku boleh cakap Wings peganglah itu malam, bawa lagu fast pun banyak budak2 boleh nyanyi, biasa karaoke kot. Walaupun suara Awie lepas, kejap macam tak boleh lepas (macam je). Search pulak nak all out ke tak nak, teragak2 ye 'ustaz' Amy tapi diorang steady je..
Penutupnya cukup menarik duet Lu Punya Suka. "Asyik hei hei.. yei yei..".Lepas tu berlawan "Lu punya.." "Lu punya suka" Suka hati lu..". gamat stadium yang rata2 dibanjiri umur lingkungan 30an hingga lewat 40an. Yang budak2 tu, baru deme tahu yer..
Lagu terbaik malam itu, Nur Nilam Sari. Awie & Amy berduet (aduh tak rakam pulak), aku tak ingat lagu penuh kah atau medley, tapi sampai sekarang terngiang2 bait2 lagu tu diiring bunyi gitar Joe bersama hentakan ganas drum. Sound system first class, sakit dalam sedap.. seperti setiap malam adalah malam pertama, dara selama2nya. boleh!!
Syabas untuk kedua2 lagenda rock ini, Search; Amy, Nasir, Din, Kid, Yazit & Wings; Awie, Joe, Eddie, Black. U rawkk.. Ganas!! Masyuk...
Aku? masyuk angin.. Penat, letih, dari tadi duduk bersin. Keluar je cari air dulu. Tumbang satu hari cakap lu.. Haa Orang2 Johor standby korang ekk, jangan terkujut pulak nanti. Aku dah bagi tau awal2. Tapi gerenti memang puas n berbaloi.