Wednesday, April 28, 2010

Konsert Double Trouble Search-Wings II

Bukit Kiara mari! Tiket dah beli, aku jangkakan Awie pancit. Amy pulak suara dia memang macam tu nak buat camna, suara budak.

Nanti balik update!




Letih! Penat! Sangap! Selsema! Dehidrasi! Nak mampos. Tolong...
Lain gambar cari sendiri! besht...

Sunday, April 25, 2010

P Ramlee Kempen Untuk Melayu

PRK Hulu Selangor, blogger keling tadi ketinggalan, tapi dihujungnya muncul YB baru dengan majoriti 1725 suara, mengalahkan 731 undi rosak.
Sebagai peminat Mahathir aku tertanya2, adakah kerana mantan PM itu turun padang maka 'kerajaan' negeri kalah. Tapi bukan itu faktornya, rupanya P Ramlee sendiri turut berkempen, penduduk Hulu S'ngor dengar cakap seniman agong itu, tapi dia tak cakap pilih Kamal la..
P Kamalathan (BN) 24997, Zaid 'saya pun melayu' Ibrahim 23272.
BN menang Hulu Selangor Zaid PKR kalah

Kalau memilih calun, ala tuan, pilih betul-betul
Kalau tersalah pilih, ala tuan, kena kaki botol

Saturday, April 24, 2010

Belgium Haramkan Burqa

Belgium menjadi negara pertama haramkan pemakaian kelubung muka Julai ini, ia akan diikuti oleh Perancis & Belanda. Alasannya ia merendahkan martabat wanita, katanya. Namun ditentang oleh wanita islam disana mengatakan ia hanya ditujukan pada orang islam sahaja.
Aku? Dalam konteks M'sia yang tudung sudah pun menjadi fesyen atau wajib dan tidak memakainya adalah serong, sebelum ia menjadi lebih ekstrim & melampau, sebelum tudung menjadi wajib atau dikuatkuasakan mesti, sebelum akhirnya bila mana tudung menjadi suatu yang liberal pula digantikan dengan burqa @purdah @hijab dan dianggap islamik dan trend; dengan ini atas part2 tertentu aku mengishtiharkan sokongan pada Belgium, diikuti Perancis & Belanda.
Aku tak perlukan sebarang komen bagi budak2 yang umur bawah 40, atau lebih tepat yang pernah bergelar pelajar sekolah zaman pemerintahan Dr Mahathir sejak 1981 (ramai tuh), yang beliau sendiri sifatkan gagal mengubah sikap or mentaliti generasi ini. So tak boleh pakai aku reject.
Tapi World Cup tetap Italy & Argentina. haha..
p/s : x leh pakai seluar pendek camna lak?

Monday, April 19, 2010

Konsert Percuma DBKL

Sebelum aku buka internet malam Achik eksiden, sebenarnya aku baru balik konsert.
Balik kerja, terus ke DBKL sebelah Dataran Merdeka. Ada konsert Balada Orkestra DBKL, receptioner kata pergi tingkat 2.
Diluar auditorium ada beberapa meja jual CD. Dan ada seorang brader ramah mengedar risalah dan menjemput masuk kedalam dewan, urusetia agaknya. Di dalam, pemuzik2 orkestra sedang test power.
Jam 8mlm dewan hampir penuh, mana diorang datang aku tak tahu. Aku duduk agak depan jugak. Pukul 8.45 baru start konsert, Mac Rahayu aku rasa macam kenal, memang panas dia punya show walaupun berusia tapi dah macam dalam pub pulak rasanya.
Lepas tu Aswad AF5, ok2 je.. Tak boleh bla suara dia. Tapi ternganga juga aku bila Nas Adila masuk, rasanya dia pernah join AF, boleh tahan show dia. Boleh buat konsert sendirilah, tapi percumalah tapi.
Kemudian masuk kumpulan Solo, orang sebelah & belakang berbisik 'sape ni? tak kenal pun..' Persembahan kerohanian semacam teater itu betul2 hebat, vokalis macam pernah tengok, mungkin masuk pertandingan agaknya, tapi mamat yang menggoreng gitar letrik tu macam brader yang bagi risalah kat pintu tadi, laaa.... Dahsyat bro!
Dan kemuncaknya BPR keluar, memang pukul habis cakap lu. Abg Joey dengan Awang masih berbisa. Sampai penonton minta 1 lagu lagi. Selamba Joey cakap konsert dah free mintak lagi lagu, kah kah... You rocklah bro. Walaupun ada lagu di rendahkan key memang sempoi show otai2 ni, kalau kena tiket pun berbaloi, tapi biar RM5 tapi arr..
Apapun aku akan datang lagi, memang best orkestra campur rock jadi balada gamaknya, konduktor dia nama Mirza dengan geng2nya memang cool layan rock BPR. Kalau ada lagi konsert, jangan tak hebah pulak. Aku datang! Cayalah DBKL.
Sayangnya, aku takde rakam apa2 pun audio or visual untuk record, kebetulan singgah je beb. Apa pun memang happening hujung minggu punya event.

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Bersatu Dengan Bapa Dan Anaknya

Aku tak tau kenapa baru2 ini artis yang aku minat meninggal mengejut, bila sebut mengejut kira muda matinya. Itu buat siapa saja mengenali nama tersebut tersentak & berbekas agak lama, macam P Ramlee.
Achik Spin adalah antara artis generasi baru yang aku minat suaranya, selain dia aku nak kena sebut (takut nanti dah tiada barulah nak cakap macam ni) Lan MUH, Lan Kristal & Faizal Tahir, sebelum tu Aqasha juga mempunyai tone yang sedap. Tapi Achik atau nama sebenar Abdillah Murad suaranya lebih bersih walaupun bernada tinggi, sama juga dengan arwah Along Spoon, seorang lagi suara bersih sedap didengari. Tak caya cuba pasang balik lagu 2 orang penyanyi ini.
Aikk.. Along Spoon - Achik Spin. Macam kebetulan pulak nama panggilan yang hampir serupa, dan kesudahan yang hampir sama.
Otai2 Saleem Iklim & Jamal itu sudah tentu. Kalau lakonan pula aku kagum dengan Bell Ngasri. Dan aku cukup senang dengan peserta2 Raja Lawak. Cuma aku nak nasihatkan si Nabil, bawa motor tu.. kalau boleh bawa kereta, walaupun muka kau macam V. Rossi tapi lupakan saja zaman merempit2 ni. (terbaru!)
Mengenai Achik balik, aku selalu bayangkan Achik bila dah tua nanti badan & populariti akan sama macam Hail Amir yang popular dengan pasangan duet Uji Rashid, bezanya Achik lebih dominan. Lagu2 berduet dengan Nana akan dinyanyikan, didengari sampai bila2, relevan selama2nya. Achik Spin Meninggal Dunia kemalangan Seremban
Petang tadi usia 28 tahun Achik Spin berakhir dalam kemalangan yang membakar MPV dinaiki, samada arwah turut terbakar atau tidak ia memang suatu tragik. Aku harapkan Achik sewaktu kejadian sudah tidak sedarkan diri, azab Ya Allah!
Memang malang, 2 tahun lepas anaknya meninggal, kemudian datuk kepada bayi tersebut pulak menyusul. Tapi kini Bapa, anak & datuk bersatu semula di alam yang sama. Untuk mereka, AlFatehah..
Video xcdent di sini.. hrp mamat gemuk tu cepat upload!

Saturday, April 17, 2010

Kamalanathan

Aku tertarik dengan nama Kamalanathan yang merangkumi 3bangsa. Kamal nama orang Melayu, Alan untuk Cina, Nathan memang Indialah.
Ala 1Malaysia Najib, katanya.

Friday, April 2, 2010

AlFatehah Din Beramboi

Kami sayangkanmu, tuhan jua lebih menyayangimu Din Beramboi.
Kau hiburkan kami semenjak zaman kaset N9 lagi dengan jenaka spontan, lawak merapumu unik tapi kadang2 satira yang berkias tajam penuh makna. Kehilangan bakat besar buat negara seorang penghibur, kartunis, pelakon, penyanyi, pengacara, DJ, pelawak espelaben-espelebet dan macam2 lagi. Tapi yang penting suara powermu akan dirindui.
Ramai minat dia baru2 ni, serius aku minat lawaknya & personalitinya lama lagi, teringat waktu dengar THR dulu, itu kerjaya paling cemerlangnya dalam industri hiburan. Kebanyakan segmen 4-5 jam yang dikendalikan perfect untuk jadikan satu album, ada story. Ingat juga 1st day Aby Fana kena buli di alam radio, sampai perangai gila2nya terjangkit pada Aby sampai sekarang, inilah cikgu dia (tak pernah dengar statement dari Aby).
Akhirnya, nasihatku kalau sesiapa kena demam lebih 2hari, bawalah ke hospital segera. Rasa2 macam denggi elakkan pergi Hospital Selayang! meninggal dunia
Minta penjelasan pihak HS, kenapa sebelum sampai sedar kemudian di'tidur'kan? tak bolehkah dirawat dalam keadaan jaga atau tidak dikomakan! Mati bukanlah urusan kita, Allah.. Tapi HS dah selalu sangat kes macam ni. Dan lagi, berapa ramaikah pesakit, suspek denggi atau jangkitan binatang ini telah dirawat? n berapa banyak yang selamat dan gagal di sini? Mushkil..
Damailah kau disana Din Beramboi, alFatehah..