Sunday, October 10, 2010

10-10-10

Pagi tadi KL hujan sekejap kemudian kering sampai ke malam. Hari ini 10hb Oktober tahun 2010, yes perfect ten, nombor baik & angka unik yang akan diingati selamanya kerana ia takkan berulang untuk tempoh 1000thn lagi. Itupun kalau spesies ini ada lagi.
Dalam lingkungan tarikh ini aku nak cerita apa yang berlaku sekeliling.
MotoGP M'sia ke 20, Valentino Rossi muncul juara, kemenangan ke 46 bersama M1 Yamaha. Rakan, Jorge Lorenzo muncul Juara Dunia berbaki 3 perlumbaan di litar Sepang yang diadakan pukul 4ptg. Penonton teruja dengan kehebatan Rossi yang 'berani mati' meskipun masih cedera dan ketinggalan ditempat ke 11 awalnya.
Tarikh keramat ini, berjuta2 orang berkahwin di seluruh dunia. Di M'sia Sheikh Muszappar Angkasawan pertama mendirikan wedding of the year & beberapa selebriti.
Sukan komanwel di India masih berlangsung, M'sia masih mengharap emas ke 10.
Di hujung tarikh tersebut berlaku kemalangan ngeri membabitkan 2 bas, 4 kenderaan lain di Melaka. Kematian serta merta 12 orang dan lebih 40 orang lagi cedera & parah.
Semua yang berlaku itu akan menyusul pelbagai macam isu berbangkit dan bermacam2 kontraversi tak sudah2. Dengki, tak puas hati, dendam dan macam2 perangai dapat dilihat.
Begitulah angka 10 itu sempurna tak semesti semua berlaku akan menjadi sempurna yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment