Friday, May 14, 2010

Amin Tidak Sekuat Dulu

"Ya Allah berilah taufik & inayahMu kepada DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan..."
Aminnn.....
Begitulah bunyi doa dihujung khutbah jumaat pertama kalinya di Surau (kini masjid) Ikhwan Tmn Samudera tadi, tapi kedengaran perlahan dan semakin perlahan sekarang, tidak seperti 2tahun sebelum ini yang bergema, semacam ada getaran serentak segenap penjuru masjid setiap kali.
Senang je, aku andaikan ini semua ada kena mengenai dengan politik pelik yang dimainkan (terutama no1 PAS no2 DAP no3 PKR no4 UMNO). Begitu juga kemelut identiti Raja2 & kerabatnya kebelakangan ini, tampaknya berlumba2 menyerlahkan sifat 'raja berjiwa rakyat', sementara pula 'rakyat berjiwa raja'.
Sebelum itu doa antara khutbah juga di sesetengah masjid tidak dialun bilal, hanya diam begitu, mungkin doa dalam hati. Yang ini, aku kira nilai2 masyarakat islam M'sia yang selama ini kita amalkan kini telah diganti dengan penularan oleh pengamal2 agama berfahaman wahabi.
Sebelum dari itu selawat antara rakaat ke rakaat tarawih di surau2-masjid2 sepi, dan jangan mustahil beberapa tahun akan datang tidak akan berkumandang lagi selawat & wirid zikir yang menjadi identiti & kemeriahan ibadah di bulan Ramadhan itu, nak ikut Mekah ya?
Ramai tidak tahu & betapa fahaman Wahabi itu menjanggalkan budaya sesebuah masyarakat dimana saja ia berada. Siapa yang pernah ke negara arab sedar dengan puak2 yang karenahnya sungguh merimaskan ini.
Tapi ramai yang tak sedar di Malaysia sudah lama style & gaya wahabi telah lama diamalkan di Kelantan.

No comments:

Post a Comment