Thursday, May 28, 2009

Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC

UPDATE 3
25MAY'09 11:53PM

Aku dan Achik isi minyak sekejap di Petronas dan jumpa Achu sorang lagi adikku, dia Liverpool fan so dia tak ikut. Tengah pam tayar dan isi air, hujan mula turun. O oo.. macam mana nak tengok open show kalau hujan, kantoi.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Sedang macam2 difikirkan, sedar2 dah sampai di Sunway singgah ambil Yan, Syafik dan Paat terus ke restoran Bidara. Hujan baru turun di sini, ah! kami nekad redah saja. Kalau lebat sangat baliklah gamaknya.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Jam menunjukkan hampir 2 pagi, lokasi sudah penuh dengan penyokong MU dan anti-MU, walaupun game akan bermula sejam lagi. Nasib baiklah hujan dan semua bertempiaran lari ke kaki lima kedai tinggalkan kerusi-meja yang basah. Dapatlah kami ambil tempat duduk sejurus itu khemah makan dipasang.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Aku tercari2 penonton final tahun sudah, lawan Chelsea kalau ada peminatnya disini yang kali ini menyokong Barca pula, arab mabuk dulu pun tak nampak. Memang happening tahun lepas.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Penyokong MU memang ramai sekali berbanding Barca, mungkin La liga kurang diikuti peminat bola di M'sia, tetapi sebab bencikan MU maka datang sokong Barcelona untuk menunjukkan kebencian tersebut.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Permainan yang dijangkan hebat dan sengit bertukar sebaliknya. Bunyi saja wisel permainan, Barca yang bermula gugup terselamat cubaan bahaya Ronaldo, sebaliknya menunjukkan Red Devil siapa sebenarnya pasukan yang seolah2nya tidak bersedia untuk final. MU yang memakai jersi serba putih bermain serba tak menjadi, serta diluar kemampuan sebenar. Barcelona menggunakan kesempatan itu menguasai bola dengan cemerlang.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Hasilnya Barca menggamatkan seluruh stadium Rome dan seluruh peminat di dataran sunway ini dengan gol Eto'O pada minit ke-9 dan tandukan Messi ke-70 memberikan 3 kejuaraan buat Barcelona pada tahun ini. Barcelona bukan hebat sangat tahun ini tetapi mempunyai waktu yang tepat untuk mengharungi musim yang sangat gemilang bagi kelab itu.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Tiada kekecewaan bagi penyokong MU yang mula meninggalkan dataran sunway, sememangnya Barca layak dan tewas kepada juara Sepanyol itu adalah satu penghormatan buat MU. Kalau tewas kepada Arsenal atau Chelsea pasti menyakitkan hati dan mungkin tak lena tidur dibuatnya. Dan beberapa kerat penyokong2 mereka inilah masih tidak berganjak tersenyum puas melihat tewasnya MU.
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Seorang sepupuku yang memang anti-MU dari semalam lawan sms, aku balas "MU dan Barca aku punya, Real Madrid Arsenal Chelsea bukan aku, menang kalah x kisah. Tp bagus jugak Barca kena belasah 4bijik gol" hangatku. Pasti dia seronok giler result pagi ni dan tadi dia menulis ringkas "Hehe.." Aku faham maksudnya dan aku balas kembali, aku harap dia faham maksud aku kali ini.

"Hehe.. Dah mcm umno lwn Pakatan Rakyat, bukan sokong sangat PR janji umno kalah! MU main macam taik, Messi yes player of the year kali ni.. Sokong yang terbaik, menang.."
Final UEFA Champion Legue '09 : Manchester United 0 vs Barcelona FC 2
Aku kata kalau dia balas, maknanya dia tak dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan. Semua penyokong MU cool, tiada kecewa sangat. Menang sudah selalu, kalah sekali sekala perlu. Dan sepanjang perjalanan pulang aku bersembang rancak dengan Achik mengutuk Ronaldo & MU atas prestasi dan sikap angkuh mereka. Dan kataku "Kalau Ronaldo ke Real, kan bagus Messi masuk MU?" Huhu..

Sampai rumah 5.30 pagi, tak macam tahun lepas pukul7. Sebelum aku tidur aku belek sms, tiada balasan..
********************************************************
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC

UPDATE 2
28MAY'09 5:21AM

Bravo Barcelona the King of Europe 2009!
Man United 0 - 2 Barcelona
Eto'O, Messi .
Messi layak untuk pemain terbaik tahun ni. Aku masuk tidur dulu..
********************************************************


Manchester United vs Barcelona FC, siapa bakal bergelar juara? akan ditentukan beberapa jam sahaja lagi. Man U dan Barca kedua2nya kelab pilihanku, MU adalah kelab yang aku ikuti selalu perkembangannya sementara di Spain Barca adalah pilihanku berbanding Real Madrid.
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC
Jadi kita layan saja game pagi nanti sampai habis, perlawanan antara juara England dengan juara Sepanyol ini dijangka hebat. Ditambah lagi kelibat 2 penyerang terhebat masa kini, Ronaldo dan Messi pasti syok, tak rugi menontonnya samada menang atau kalah. Apapun jangkaanku MU akan belasah Barca 4 bijik gol mlm nih.. huhuhu
Final UEFA Champion League : Manchester United vs Barcelona FC
Aku nak gerak dulu ke Sunway menyaksikan live di restoran mamak disana, pasti riuh nanti! Penyokong MU lawan dengan anti-MU. macam UMNO lawan Pakatan Rakyat pulak.

Monday, May 25, 2009

Jatuh dan Jatuh

*Valentino Rossi terjatuh dari motornya pada beberapa lap2 terakhir, dan hanya menduduki tempat ke-16 dilitar Le Mans yang basah pada grand prix France. Ini menjadikan Lorenzo mendahului mata dan pelumba lain merapatkan kedudukan.
-kadang2 nasib sentiasa menyebelahi kita..

*Antara kelab elit Inggeris Newcastle United yang dibimbing Alan Sherer jatuh ke division 1 setelah berada selama 16tahun dalam Liga Perdana. Pasukan yang membariskan ramai pemain bertaraf antarabangsa seperti Owen, Duff, N.Butt, Viduka, Collocini serba tidak kena apabila tewas pada Villa di perlawanan terakhir, walaupun sebenarnya mereka perlukan hanya 1point untuk kekal.
-kadang2 nasib tidak menyebelahi kita..

*"Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Begitu juga Velupillai Prabhakaran terbunuh setelah pemerintah Sri Lanka menggempur kubu pemimpin Tamil Tiger itu. Ramai juga penyokong puak2 ini di M'sia seperti Hindraf dan MIC.
-kadang2 kita ingat nasib sentiasa bersama kita..

*Bekas Presiden Korea Roh Moo-Hyun terjatuh dari tebing bukit dirumahnya. Nota terakhir darinya mengesahkan beliau sememangnya ingin membunuh diri setelah menghadapi tuduhan rasuah, ia menjadikan peristiwa pertama dalam sejarah Korea seumpamanya.
-kadang2 kita ingat nasib tidak nenyebelahi kita..

Sunday, May 24, 2009

1-2-3, Cheese...


Semalam Thomas hantar sms kat aku, minta hantar nama penuh nak daftar nama aku kalau nama aku ketinggalan.

Baru pagi ni aku teringat aku kena masuk pagi, sebab ada seminar Cheese di Bangsar. Apalagi kelam kabut aku dibuatnya, tengok jam pukul11. Sial! boleh tak ingat pulak. Sampai ofis jumpa bos katanya tolak pukul 12.30. Takdelah apa2 pun, aku yang kelam-kabut tak tentu pasal. Agaknya jarang pergi seminar kot, lagipun nak mencari tempat di Bangsar bukan main susah.

Kami berempat naik kereta Jamal, sampai di Hotel Le Meridien dan terus ke tingkat 8 meja pendaftaran disambut Thomas sendiri. Dan terus dibawa makan cheese yang di sponsor ARLA, turut menunggu salah seorang prinsipal dari Denmark yang akan bertolak pulang malam karang. Sempat lagi buat bisnes mat saleh ni, asal singgah aje mesti ada program bisnesnya. Lagipun barangannya mahal berbanding produk lain dan negara islam seperti M'sia pasti sensitif dengan halal-haram. Jadi mesti kena raikan pelanggan.

Banyak sungguh hidangan yang disediakan oleh chef hotel, menariknya semuanya berkaitan cheese. Pizza, lasagna dan macam2 lagi aku tak tahu apa namanya dan setiap hidangan ditulis kandungan cheese yang digunakan samada mozarella, parmesan, Cheddar, mould cheese dan banyak lagi, semuanya cheese.

Bila disebutkan cheese sudah tentu ada kaitan dengan butter, cream dan semestinya susu kerana ia diambil dari mamalia tersebut: lembu, kambing, biri2, kerbau, rusa, unta dan orang? boleh kot.. Dan sudah tentu ia mempunya rasa tersendiri.

Bagi aku industri cheese di M'sia amatlah cerah, memandangkan hampir tiada pembuatannya disini, maka kita mengharap cheese import dari Denmark, England, Austalia, US, Italy dan lain2. Baca Chedet sini dan sini.. Dan sudah tentu harganya berganda2 disebabkan import dan cukai. Sedangkan permintaan semakin meningkat. Harus diingat, bila anda membuka industri cheese bermakna anda membuka industri lain spt ternakan, daging dan juga sampingan daripadanya.

Kalau kita lihat skrang rakyat M'sia sudah mula menukar resepi diet harian mereka, terutama orang cina. Daripada makan tradisional semata2 kepada gemar gabungan makanan berat yang menjadi sajian Global terutama di Eropah dan Timur Tengah.

Cheese adalah lebih dari bisnes sebenarnya, ia berkaitan budaya baru di M'sia. Yakni menukar cara diet masyarakat daripada makan karbohidrat kepada lebihkan makanan tenusu, fiber dan tinggi protein, akan menukar sama sekali fizikal (ketinggian), kesihatan, keyakinan dan kecerdasan rakyat Malaysia supaya 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan orang luar. baca sini - sini - sini - sini - sini dan sini

Jadi kalau kita boleh simpan duit gaji untuk Astro, tol, prepaid, tengok wayang dan macam2 lagi, apalah salahnya kita simpan secara tetap untuk makanan tambahan berkhasiat ini. Kalau pun tidak untuk kita fikirkan untuk anak kita.

Majlis kemudian bersambung dengan seminar didewan sebelah. Tinggi sungguh mat saleh yang bagi ucapan tu, agaknya makan roti dengan cheese hari-hari. Di ceritakan serba sedikit mengenai cheese dan syarikatnya. Letih betul mendengarnya, macam masuk sekolah balik.

Pukul2.30 ada tea break, aku tak berapa selera nak makan, perut meragam. Keluar di swimming pool disebelah seminar room mengasap sambil cuci mata tengok orang putih berjemur tengah panas terik, macam tak pernah jumpa matahari pulak. Wow besarnya, betul lah makan roti & cheese.. Ada pokok kelapa atas bangunan, pergh!

Sambung seminar, ada dailog dan kuiz dan diakhiri dengan penyampain sijil dan bergambar kenangan bersama semua peserta yang semuanya dari industri food service dan hotel, kecuali kami berempat. 1-2-3, cheese...

Balik ofis sambung kerja macam biasa, Sempat aku cilok kek dari hotel tadi dan bagikan pada staf aku. Dan bila keluar program semacam ini terasa macam2 idea datang dan bersemangat aku kerja.. Ye lah! sekejap je tuh, lepas tu lembik macam bubur nasi.

Sunday, May 17, 2009

Champion vs Looser

Man United 0 - 0 Arsenal
Manchester United kenduri Juara Liga Perdana Inggeris '08/'09! 3kali berturut2..

1stHafiz 2ndAril 3rdAkim 4thYazid 5thIsma
Akademi Fantasia 7 melabuh tirai! Tiada kejutan tak menjadi.. Produksi AF terbaik pernah diterbitkan..




Malaysia 0 - 3 China
Malaysia terkandas di semi-final Piala Sudirman tewas pada China. Kejohanan Badminton Pasukan Campuran Dunia itu menemukan China vs S Korea di final.


Malaysia 3 - 3 China
6 penalti 7
Malaysia tewas lagi ditangan China kali ini Hoki Piala Asia VIII dalam penentuan tempat ke 3-4.

H1N1

Malaysia 11

Wednesday, May 13, 2009

13 May '09

Bateri handphone aku kong dari semalam, aku charge kat ofis. Dan bila hidupkan semula, tu dia 42 miss call dan berpuluh sms diterima. Bertalu2 suplier call aku buat dek jer, maklumlah masuk ptg, peduli apa aku!

Boss ada meeting hari ni, baguss.. Kemudian dengar cerita sambung cuti, entah berapa hari tak tau. Ah! dia ada ke takde sama je.

Bila bos takde dah macam parti kat ofis, bancuh air, masak2, makan dan bersembang kosong huha huha.. Pasal politik di Perak jadi bahan debat tapi masih boleh ketawa dan makan minum riang. Hew walaupun orang cina tapi peminat Mahathir, walaupun dia orang MCA atau Gerakan tetapi hal di Perak dia sokong bubar DUN. Si Singh malas nak masuk campur, entah takut2 atau masih hormat kawan2 melayunya. Dan masing2 mempertahankan pendapat sendiri.

Sampai keadaan makin panas, ada angkat punggung cabut keluar. Apa taknya, hinggakan boleh cakap orang cina, orang melayu, cina bukit, komunis, kompeni cina, celaka, mahu tak panas telinga walaupun masih boleh dikatakan joke dan santai kalau tak kena gaya boleh terbang kerusi.

Bila tengok keadaan macam tu, aku dari tadi diam mendengar,akhirnya mencelah "Ni.. Zamri & Nizar kedua-duanya sama je, gila kuasa, tapi mereka ada pendapat atas tindakan mereka. So kita pun patutnya ada hujah kita sendiri, jangan kita yang dibawah ni ikut membabi-buta, tanpa kita sedar kita sebenarnya menjadi alat permainan mereka yang diatas tuh. Apa nak kecoh-kecoh? cukup 5thn ramai2 keluar mengundi, siapa yang kita sokong kita pangkah!" Semua terdiam, agaknya setuju kot ngan 'pergulungan' aku tadik.

Oleh kerana keadaan dah menjadi tenang, aku pun coba tukar topik (tapi aku silap masih lagi kes yg sama) "Siapa ingat hari ini brape haribulan?" Lan jawab "13Mei.." "Ai yaa, suwei la ini hari".. sambung Hew semula. Dan serentak itu semua keluar ofis dan sambung kerja harian seperti biasa.

Aku pun sama keluar, terus ke toilet tingkat5. Terfikir sejenak dalam lif, begitu mudah sebenarnya kita bertelagah atas perkara kecil yang kadang2 kita tak tahu ujung-pangkalnya. Hanya terikut-ikut sentimen alunan musik yang dimainkan oleh orang kita gelarkan
'Yang Berhormat'..

Tuesday, May 12, 2009

AF Masuk

Hari ini aku tak bekerja, dapatlah meluangkan masa bersenang-senang menonton tv & melayari internet sepuas2nya. Banyak sekali event yang sudah sampai ke kemuncaknya. Samada di luar negara maupun dalam negara.

Piala FA & Liga Perdana Inggeris makin mendebarkan bila nak sampai ke penghujungnya, dapatkah Man U menepis serangan bertubi2 dari Liverpool, Chelsea & Arsenal? Aku rasa boleh. Begitu juga dengan saingan Liga2 negara Eropah yang lain ada yang sudah juara dan ada yang sedang bergelut untuk menang. Champion League, pertembungan 2 juara Barca vs MU bakal menentukan kelab terbaik eropah, lebih dari itu mempengaruhi siapa yang akan dinobatkan penyerang terbaik Dunia. Ronaldo atau Messi?

Begitu juga dalam dunia hiburan, American Idol sudah hampir ke final. Di Malaysia, kebanjiran program realiti begitu merimaskan. Yang paling popular Akademi Fantasia, juga sudah ke konsert final minggu ini.

Hari ini aku tengok ulangan dairi & konsert mingguan, memang banyak peningkatan para peserta tunjukkan. Mungkin sebab aku dah lama tak tengok AF kerana sibuk bekerja, maka peningkatan lebih kelihatan. Atau, aku tonton konsert saja tanpa melihat dairi jadinya konsert kelihatan lebih hebat. Sebelum ini heboh dikatakan 'tranformasi' Tomok dalam OIAM3, dan ramai yang teruja. Memang hebat persembahannya, tapi aku rasa AF kali ini lebih berbisa!

Bila difikir tengok, menariknya program realiti terutama AF ini, drama yang mewarnainya seakan realiti dunia politik tanahair. Bersandarkan 100% undian dari penonton membuatkan pertandingan yang sepatutnya diadili melalui nyanyian pentasnya menjadi lebih luas dan terbuka skop penilaian & penilaian pengundi dalam menentukan siapa yang 'layak' menjadi juara AF. Aku tertarik mengikuti semula perkembangan AF apabila pelajar favourite Aril terkeluar hanya pada konsert ke-7. Aku tertarik nak ulas pasal AF sebab budak ini, persembahan konsisten dari mula akademi, taklah bersandar semata2 adik artis, pengacara tv, penari shuffle bertaraf antarabangsa , mempunyai kelab dan pengikutnya sendiri. Dan masa depannya cerah dalam apa pun disiplin industri hiburan walau apa pun kedudukannya dalam AF.

Hasil dari penyingkirannya dikatakan rasa 'terkejut' dalam dan diluar dewan. Ramai mengatakan dia dah terkena badi pelajar2 kiut kesukaan ramai terkeluar awal. Ada mengatakan dia dah popular, over dalam diari, mengada2, cakap besar, budak KL tiada pengikut maka itu sebab dia terkeluar. Chat@ 15 blog jadi medan mengutuk bukan tempat menonjolkan bakat peserta, lebih2 lagi diuar2kan ada AF Masuk yang menimbul macam2 polemik! Perangainya poyo dsbgainya.

Sebenarnya pengutuk2 Aril bukanlah tak suka perangainya, tapi sebab mereka dah benci sistem AF itu, dimainkan isu konspirasi, semuanya dirancang, skrip lama dan muak dengan segala2nya AF. Inilah akibatnya apabila diberikan kebebasan seluasnya pada penonton untuk meluahkan perasaan & 100% undian penonton, walaupun kita tahu rasa tak puas hati pasti muncul dan anggapan konspirasi mudah sekali disebut. Selain itu sifat kedaerahan, kenegerian, wilayah, jantina, agama, bangsa, paras-rupa, latar belakang, status, pendidikan & lain2 jangan diketepikan, kemudian barulah bakat dan perangai jadi ukuran.

Perangainya konon... Mereka tak sedar perangai Aril yang 'meluat' itu ada pada diri mereka. Aril pun sebahagian dari mereka tanpa disedari, tapi mereka membencinya kerana mereka suka perkara yang orang lain tak dapat jangka. Itulah realiti perangai rakyat Malaysia berbanding penonton di lain negara, baik politik mahupun kehidupan seharian.

Betulkah ada komplot dari produksi? Aku rasa tak berlaku tapi tak mustahil boleh dilakukan. Sebab bila kita mengamal sikap 'keterbukaan' tanpa kita menunjuk perjalanan sistem yang diujudkan secara terbuka maka selagi itu ruang memanipulasi isu konspirasi mustahil akan tertutup, 'silap mata' pasti mampu dilakukan. Sepatutnya 'penguasa' perlu tahu had batasan, pandangan & pendapat dari penonton perlu didengar tapi bukan semestinya dituruti & dipatuhi.

Aril keluar kerana kekurangaan undi itulah hakikat. Pengundinya terarah sebentar pada OIAM. Setelah Tomok muncul jutawan segera, mereka akan kembali pada Aril semula walaupun kakaknya adalah saingan Aril, tapi kelompok pengundi Aril adalah sama kumpulan yang meminati Tomok. 'Kelahiran' semula Tomok bermula konsert Crazy in Love, semua tersentak. Begitu dengan si Aril penyingkirannya yang 'dijangka' menyentak hati penonton setia AF samada peminat atau yang membenci. Itulah sebab mudahnya si Aril di 'AFMasuk'kan semula. Mudah sekali menilai pengundi Malaysia, bukan? Soal dia mampu jadi juara bergantung pada faktor2 diatas dan berapa lama momentum 'sentakan' itu dapat bertahan.

Pada akhirnya juara pasti akan dinobatkan, kualiti & versatile nya para peserta bukanlah ukuran. Tetapi "kuasa 'sentakan' atau hampir2 tersentak atau masih mencari2 sentakan" itulah yang akan menentukan juara AF.

Jika ditanya aku siapa pilihan juara? Sudah tentu aku bayangkan sesudah dia bergelar juara, apa yang mampu dilakukan untuk industri. Sudah tentu berbakat besar dan kalau boleh multi-talented. Tapi siapa boleh jangka masa depan? Banyak kali dah program sebegini, orang yang kita jangka bagus dan mampu pergi jauh 'tak menjadik'.

So, nak buat macamana? Biarkan afundi dilakukan sampai hujung tahun sementara kita melihat sendiri aktiviti2 & kehebatan mereka diluar sana sepanjang tahun. Dan ishtiharkan juara pada hujung tahunnya. Barulah tahu antara kaca dan permata juara Akademi Fantasia 2009.

Saturday, May 9, 2009

Mat Rempit Mengganas

Seorang kawan tidak kerja beberapa hari, MC katanya. Sakit apa? Jatuh motosikal, ada orang tarik rantai lehernya. Entahkan betul, entahkan tidak. Alasan..

Seminggu kemudian, dia datang kerja. Kesan calar luka masih kelihatan, sahlah jatuh motor. Jangan bawa motor lagi, bahaya! "Kena ragutlah, cilaka owang tuh.." Apa2 ajelah.

Surat khabar semalam mengesahkan keraguanku mengenai keganasan mat rempit. Bukan saja berlaku di KL bahkan melanda di Kelantan, Kedah dan baru-baru ini di Ipoh, Perak. Malah beberapa mangsa terbunuh, koma dan cedera parah. Lebih sadis korbannya bertemakan 'Selamat Hari Ibu' nah.. 2 orang wanita mengandung.

Modus operandinya biasanya sama, penunggang, perempuan yang menggalas beg atau diletakkan dalam raga. Tanpa mempedulikan keadaan mangsa kemudiannya asal habuan dapat disambar.

Ada kes yang dipukul sampai mati tanpa sebab, disamun, diculik diperas ugut, malah dirogol. Woi! Lu binatang ka?

Inilah mat rempit yang ditatang2 oleh Pemuda UMNO, semakin hari semakin ganas. Ironinya mat2 rempit ini lagak dan gayanya lebih berjiwa anti-kerajaan dari pro. Pelik betul!

Semua orang tahu, mat motor ini terdiri dari budak2 bebas dan tak ingin dikongkong. Polis dan kerajaan tentulah musuhnya. Maka 'Aziz Rempit' amik inisiatif dekatkan diri pada satu golongan yang mungkin berpotensi menjadi pembangkang yang 'hebat', dengan harapan menjadikan kader2 ini tentera berani mati utk mereka kononnya.

Entah macamana silap strateginya, mat rempit tadi seolah2 berpaling tadah apabila 'malu' dituduh mereka pengikut UMNO-Barisan Nasional oleh ustaz2 DAP/PAS, maka mat rempit yang dulu menjadi ayam tambatan kini menjadi duri dalam daging UMNO pula.

Antara Mat Rempit-BN-PR, masing2 kini saling tuduh menuduh dan mengelak diri menjadi sekutu kepada sesiapa. Tanpa mereka sedari sebenarnya, budaya Mat Rempit sudah pun menular hampir di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Apa dia? Perangai si budak nakal tadi yang memberontak inginkan kebebasan tanpa batasan tanpa kawalan, kongkongan dan inginkan perhatian. Dan selesa membangkang seumur hidup.

Keretaku lancar menyusuri Jalan Tun Razak yang lengang malam ini, tiada banyak kereta mahupun mat rempit berlumba yang dikecohkan akhbar. Mana mereka pergi? kataku.. Tukar litar agaknya. Atau beralih lumba kereta sepertiku agaknya. Atau pergi dengar ceramah kot atau ada hobi lain atau.. entahlah!

"..... ku.. jalan sendiri... tiada tempat.. untuk..
(bla bla bla) ..... diketepian".....

Radio usang mengalun lagu yang mengasyikkan.. Aku layan jer.

Friday, May 8, 2009

Sidang DUN Negeri Perak

Malas rasanya bangun pagi ini, Nak pergi kerja pun malas. Tapi kupaksakan juga bangun. Aaahhh...

Start motor burukku pbruuuuumm... sedar-sedar dah sampai kota rezeki Kuala Lumpur.

Waduhh! panas sungguh hari ini, bukan hari ni saja, rasanya dah sebulan lebih badan berkuwap-kuwap dek panas yang membahang.

Mungkin bahang politik yang melanda Perak hari ini terasa sampai KL, agaknya.. Atau mungkin juga musim penyakit N1H1 yang melanda benua Amerika mengakibatkan suhu badan orang2 disana naik mendadak maka bumi menjadi panas. Ke dah kena.. Ai minta disimpang!

Panass.. Panass.. Panass..

Ada yang kata penyakit ini berpunca dari babi, tapi belum diconfirmkan lagi. Membuat penternak2 babi sedunia minta tarik balik perkataan selsema babi, TARIK BALIK!!

Babi-babi di Malaysia juga dapat merasakan apa yang dirasai saudara-saudara mereka di Amerika sana. Perrghh.. Maka bahang panas di sini bertambah-tambah jadinya. Hehe..

Nasib baiklah kerja tempat ber air-cond, sejuklah sikit. Tapi balik malam tadi pun panas juga. Aduss, macam mana nak tidur ini malam daa. Dah malam ni takde game. Malam semalam ok lah jugak, Chelsea vs Barcelona, Barca layak ke final bertemu Man U di Rom bulan depan.

Lepas bagi Kaloi dan Kelisa makan aku pun buka berita, cari berita dan belek punya berita. Aku kata, patutlah panas lain macam cuaca hari ni. Rupanya suasana di Malaysia memang panas! Daripada politik, ekonomi, keamanan dan kesejahteraan memang membara panasnya. Kalau air-cond tak sejuk tahulah apa puncanya. Tapi ini orang! Banyak karenahnya.

Aku tutup laptop aku sebelum dianya panas meletop. Kang tak pasal-pasal aku yang panas. Esok MC..

Oo Oo.. malam jumaat rupanya, patutlah panas..

Tuesday, May 5, 2009

Bismillah

Ku mulakan dengan,
Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim..

Ku mulakan blog ini.
Ku luahkan perasaan. Ku berikan pendapat. Ku coretkan sebuah cerita. Ku rakamkan kenangan. Ku lakarkan sejarah.
Sebuah DIARI buat tatapan bersama..